Assalamualaikum.. Selamat Pagi!!!!
Tak payah citer banyak-banyak... gambar tu pun dah cukup citer tentang entry saya hari ni. Di ambang 2013, apa citer anda semua??? Resolusi 2012 dan persediaan 2013??
Firstly saya nak citer tentang anak-anak. Alhamdulillah mereka membesar dengan sihat dan alhamdulillah yang paling obvious 2 beradik nih, pot pet pot pet macam bertih jagung. Walau tahun 2012 mencabar buat saya membesarkan mereka terutama sekali tentang kak ngah Najihah yang dah 2 kali masuk hospital sebab gejala batuk dan demam.
Citer tentang kak long Wawa.
2013, going to be 5 years old dan akan belajar di sekolah tabika kemas. Tak sabar rasanya nak tengok gelagat hari pertama di tabika kemas. Masa umur 4 tahun ni saya hantar dia ke taska permata kemas. Banyak main dari belajar. Planning saya 2013 nak carikan tempat mengaji untuk dia. Mulut makin bijak bertutur, mengomen, mengkritik dan paling tak tahan sekarang ni cara nak berdepan dengan dia kena guna cara konfrantasi secara berkasih sayang dan secara penuh mainan psikologi. Kadang-kadang tak tahan tu ada la juga guna penyangkut baju bagi gempak sikit. 2013, nak pupuk semangat baru dalam diri kak long Wawa supaya dia boleh jadi kakak yg baik dan anak yang solehah.
Geng Taska Permata Kemas |
Citer tentang kak ngah Najihah (dah tak leh bahasakan adik dah...).
2013, saya masukkan Jihah ke taska permata kemas. Sebab apa? Awal sangat kot...? Sebab Jihah perlu didisiplinkan dirinya.
Personaliti dan karakter Jihah sangat bercanggah dengan kak long Wawa. Walau baru berusia setahun jagung, perangai, minded dan personaliti bak budak berusia 2-3 tahun. Yup! She's matured enough than her age. Mula berjalan seawal usia 10 bulan, mula menyebut perkataan seawal usia 12 bulan, dan Alhamdulillah sekarang dah boleh bercakap dan boleh memahami arahan-arahan mudah, boleh tunjuk mana satu telinga, mata, kepala, rambut mulut, kaki dan tangan bila kita yang menyebutnya. Pakai baju sendiri pun dah mula pandai (dengan bantuan ibu bagitau mana lubang nak masuk tangan n kepala). Dan satu lagi sebab kena hantar dia ke taska, dia sangat suka menyakat orang. Yup! Umur setahun jagung pandai menyakat orang.... jadi kena ajar bab disiplin sikit.
Citer tentang Ibu Abah pulak.
Alhamdulillah dan Insya Allah... rumah tangga yang dilayari sejak tahun 2007 akan masuk tahun ke 6. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hubungan suami isteri... ada la jugak turun naiknya. Tapi apa yang penting??!! KERJASAMA!!! Tolak ansur, berdiplomasi dan jangan sesekali ada perasaan negatif dalam diri.
Tahun 2013, berharap agar lebih banyak komunikasi 2 hala dan musyawarah antara kami. Semakin hari semakin sibuk, sampai nak duduk bersembang pun kena buat appoinment..:D. Perkahwinan kami atas dasar cinta selepas kahwin (jadi banyak percanggahan dan perbezaan, tapi kerana chemistry antara kami), alhamdulillah jodoh antara kami dah ditentukan dan bila dikenang-kenang memang tak percaya yang kami boleh bersama selama 6 tahun ni.
Citer tentang saya dan Biz Elken...
2012 banyak yang telah saya belajar tentang hidup. Bukan senang nak hidup senang, tapi TAK SUSAH juga nak hidup senang. Semuanya di atas pilihan sendiri, nak senang jadi senang, kalu fikir susah jadi susah.
2013 ada banyak perancangan untuk menjayakan biz saya ini. 2012 macam saya katakan, saya belajar... banyak yang saya belajar tentang cara nak menjayakan biz ini. Nak berjaya bukannya untuk dapatkan RM3000-5000 sebulan. Tetapi nak berjaya dengan biz Elken, mesti kena dapat RM10,000.00 sebulan!! Itu baru boleh dikatakan berjaya di Elken (berjaya sikit la....). Macam mana nak buat??? Itulah yang saya belajar semasa di tahun 2012.
Lagi saya belajar... nak menjayakan biz Elken, saya mesti ada IMPIAN. Kerana itulah yang menggerakkan perjuangan saya. 2012, impian saya tak cukup besar, jadi ada turun naik. Bila semangat datang baru ada motivasi, bila semangat hilang tak de motivasi. Jadi saya revise balik kenapa nak buat biz Elken??
1. Nak bagi kesihatan yang baik kepada keluarga terutama mak abah, mak mentua, anak-anak dan suami.
2. Saya nak income RM10,000.00
3. Saya nak pergi melancong (honey moon @ family trip) ke Australia!!!!
4. Kebebasan Kewangan (Debt Free)
Bila nak berjaya dengan biz Elken, saya mesti IKUT 100%, kena ikut sistem pendidikan, kena ikut cakap upline, dan kena ikut 100% apa yang dah sedia ada. Tak payah nak memandai-mandai rekacipta cara lain. PHOTOCOPY JE!
99% sikap saya mempengaruhi kejayaan biz saya. Sebelum ni saya seorang yang sangat tidak pandai bersosial (bermasyarakat) suka buat hal sendiri, tak suka nak bazir masa sembang, tak suka grouping, tak pandai senyum, tak pandai amik hati orang, selalu buat orang terasa hati, macam-macam sikap negatif.
2012, saya ubah tetapi belum capai 80%, 2013 saya perlu ubah 100%!! Hati kena ikhlas, jujur dan telus bila berkongsi, 4 besar mesti kena BESAR (mata, suara, gaya dan senyum). Kalu dulu tak pandai bermasyarakat, sekarang kena pandai bermasyarakat. SEMUA KENA BERUBAH!!
Buat biz Elken tak susah langsung, kalu nak capai income RM10,000.00 sebulan cabaran yang hebat perlu dihadapi. Kerana kita nak buat sesuatu kerja yang berbaloi, kita hadapi saja cabaran dan dugaan itu dengan senyuman....
2013 tahun penting bagi saya, saya perlu capai satu perubahan dalam hidup sebelum usia saya menjejak ke era 4 series....
"Ya Allah.. Aku hanya merancang, Engkau adalah perancang. Bantuilah aku menjayakan segala perancanganku di tahun 2013 ini, Amin..."
Semoga azam dan perancangan tahun 2013 anda juga berjaya, Amin.

No comments:
Post a Comment