Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Monday, October 31, 2016

#5: Throwback Jenjalan ke UTP

Assalamualaikum.... Morning!

Baru-baru ni saya dan anak-anak mengikut suami ke UTP sebab kat sana ada lawan bolasepak team PALMA FC. Selain nak tengok game bolasepak tu saja jalan-jalan bawak anak tengok macam mana rupa Universiti ni.

Bergerak dari rumah pun dah hujan lebat, sampai kat UTP masih hujan. Jadi saya bawak anak-anak ke masjid UTP yang kebetulan dekat dengan padang bola tu. So singgah solat Asar dulu. Masa berlegar dalam kawasan masjid, rupa-rupanya ada tasik mini di masjid tu. Ada nampak orang sedang bagi makan ikan-ikan dalam tasik tu. Saya tak de bawak roti pun untuk diberi makan kepada ikan-ikan tu. Kebetulan le pulak pihak masjid letakkan satu bakul besar makanan ikan dalam plastik yang dah dibungkus satu persatu. Syaratnya sedekah je la RM1.00 untuk satu bungkus makanan ikan tu.

Seronok anak-anak bagi ikan-ikan tu makan. Banyak pulak tu ikan dalam tasik tu!! Sempat la jugak anak-anak berposing dalam masjid tu. Layan je la picca ye....







 

Tuesday, October 25, 2016

Guasa Sebagai Alat Untuk Kecantikan Wajah

Assalamualaikum... Morning!!

Sebagai wanita, kita memang menitikberatkan soal kecantikan wajah. Ada yang sanggup melabur ribuan ringgit untuk mencantikkan wajah. Apa jua cara itu pilihan peribadi. Tetapi saya nak kongsikan satu cara paling mudah dilakukan dan boleh dibuat di rumah saja at all time available. Janji kena rajin je.... nak cantik mesti kena rajin.

Melabur dengan kurang dari RM50, kita boleh buat treatment wajah di rumah. Nak labur extra leh juga guna bersama dengan krim urut muka.


Set Rawatan wajah dengan Terapi Guasa


Caranya kita boleh lakukan dengan mudah ikut langkah demi langkah seperti gambar di bawah. Nak buat anytime, anywhere, berapa kali pun boleh, jika tak guna krim urut tu pun boleh. Dapat guna krim lagi bagus, selepas cuci muka buat terapi urut guasa ni.


1, 2 - Mencegah kedutan di dahi
3 - Mencegah hidung tersumbat (saya selalu buat bahagian ni bila hidung tersumbat)
4, 7 - Kurangkan keletihan mata dan menambah ketajaman penglihatan
5, 8 -Menyihatkan bahagian bawah mata, elakkan mata panda
6, 9 - Mencegah kedut dan garis halus di sekitar mata
10, 13 -Kurangkan bintik hitam dan pori tersumbat
11, 14 - Kurangkan jeragat dan pigmentasi
16 - Menguatkan bahagian gusi atas
12, 15, 17, 18 - Mencegah kedut dan menguatkan gusi bawah
19 - Menguatkan kerongkong, mencegah kedut di leher
20, 21 - Melegakan bahu yang sakit

Monday, October 24, 2016

#4: Perkara yang paling malas nak buat..........

Assalamualaikum... Morning!!


Obviously picture can tell the whole story behind the scene kan.........

Ni le perkara paling malas yang saya nak kena buat. Dari zaman akil baligh tak suka nak buat keje melipat-lipat kain ni. Gambar ni saja je saya tepek sini nak citer kan keadaannya bila penyakit malas tu datang memang menimbun le kain baju tak berlipat macam dalam gambar tu.. hehehe.

Masa zaman sekolah dulu sempat dok asrama, jadi kain baju kena cuci sendiri. Saya sanggup dok berlama dalam bilik air tu bersila memberus baju (maklum la basuh guna tangan). Daripada mengangkat kain dari ampaian dan nak dilipat. Malas betul!!! 

Sekarang ni dah beranak pinak perangai tu memang tak ubah dah jadi habit plak. Bila dah basuh kain nak lipat tu makan sehari dua le kain baju tu dalam bakul. Kengkadang anak-anak dan suami terpaksa punggah kain baju tak berlipat tu sebab nak cari pakaian yang diorang nak guna... ahahahahah.

Saja google cari gambar kain baju tak berlipat, terjumpa plak gambar kat atas tu. Bagusnya inisiatif orang yang buat servis 'home cleaning' ni. Kat ipoh takde le lagi buat servis ni. Untuk saya yang surirumah anak dua ni je memang saja ngada malas nak lipat baju je jadi macam dalam gambar tu (jangan tiru aksi saya ni ye....). Untuk ibu yang bekerjaya memang patut sangat le guna servis ni. Tapi tu la servis ni cover area KL je. Leh la sapa-sapa dok area KL dan Selangor cuba-cuba servis ni. 

Website: Maideasy

Saturday, October 22, 2016

#3: Three stooges, Makhluk Paling Seksi dan Karpet berbulu....

Assalamualaikum.... Morning!!

Semakin hari rasa bersemangat nak improve dan upgrade presentation blog ni. Rasanya dah macam rumah sendiri pulak, nak mendecorate dan merenovate bagai blog ni. By the way, jangan terkejut dengan tajuk entri hari ni ye. Nak perkenalkan kepada semua anak bulus, mak bulus and bapak bulus yang menginap desa di rumah saya.


The Three Stooges, Belang Abu Chimi

 


Karpet Berbulu... Atam @Hitam

Makhluk Tuhan Paling Seksi, Nomey

Bulus-bulus semua tu kucing yang datang ke rumah.. diberi makan dah jadi le penduduk tetap kat rumah saya tu. Citernya pasal si Nomey tu leh tengok kat sini nanti ye. Oh ya! Nak tambah sikit, Nomey sekarang tengah bunting anaknya si karpet berbulu tu... Dah sarat dah tu tinggal nak meletup je.

Tentang The Three Stooges tu, Belang dan Chimi anak kepada Nomey. Chimi betina dan Belang jantan. Kedua ekor ni Chimi yang paling nakal, aktif dan banyak akal. Hehehe... Belang ni mungkin kacuk ngan kucing jantan yang tak sesuai menyebabkan kerap sakit. Sekarang ni masih belum sembuh selesema dan batuk. Kekadang tu mata berair je. Saya nak ikhtiar ubat secara tradisional dah cuba bagi air kelapa muda, ada perubahan cuma tinggal selesema dan batuk. 

Si Abu tu pulak citernya kucing yang datang entah dari mana tak pernah tengok di sekitar kawasan rumah, tup tup menjelma dia di depan pintu rumah saya. Mulanya tak nak bela, cuba halau last-last ke rumah saya juga dia menginap. Maka jadi penduduk tetap di rumah saya.

Citer pasal si karpet berbulu tu pulak @ Atam/Hitam, kucing ni kucing bertuan. Pemiliknya jiran dekat umah saya. Mula-mula muncul sekadar bagi makan je la. Kesian sebab mengiau kelaparan. Tetiba Atam jatuh cinta pandang pertama dengan si Nomey tu. Makanya jadilah jugak Atam penduduk separa tetap di rumah saya dan meninggalkan baka semulajadi dalam perut si Nomey tu. Nanti kita tengoklah menjadi ke idak baka Atam tu dengan Nomey.

Semua tau kucing ni haiwan 'berperasaan' dengan manusia. Dah kenal tuannya, ke mana aje saya nak pergi keluar mesti nak ikut. Yang tak tahan tu bila petang-petang saya bawak anak ke taman permainan dekat umah, yang three stooges tu mesti nak ikut. Jalan kaki aje pun...dekat. Pasti three stooges tu ikut sama jalan ke taman. Comel!

Gitulah citernya tentang anak-anak bulus saya. Jumpa lagi!

Thursday, October 20, 2016

Kembar tak serupa

Assalamualaikum.... Morning!!

Lama dah tak bercerita tentang anak-anak. Alhamdulillah.. they growing up so fast!!! Dah nak masuk tahun baru dah ni ha... tak lama dah nak cuti sekolahnya. Teruja plak!

Alhamdulillah saya dikurniakan 2 princess. Diorang berdua memang rapat ngan saya since saya yang menjaga dan mengasuh dari lahir. Tak keje kan.... opis kat umah je. So bila di bawa ke mana-mana udah le ditegur orang "Kembar ke??". Insya Allah coming soon...itu kata saya dalam hati je la.

Nak tengok ada rupa kembar ke idak...meh layan picca diorang.




Alhamdulillah..... nampak je macam kembar sebab si adik tu, Kak Ngah cepat meninggi dah nak sama tinggi kakaknya. Hehehe...

Tuesday, October 18, 2016

Cuba semak...Mana silap kita??

Assalamualaikum... Morning!!

Cuba semak sekejap. Tak lama...seminit je. Mana silap kita?

Sumber picca: Health Digest

Selalu ke kita ngadu penat?? Naik lif pun penat (itu tersangat melampau tu...)hehehehe. By the way, zaman semakin moden, cara hidup pun dah berubah. Kita kena semak cara hidup kita supaya kita boleh ambik langkah pencegahan awal. Itu kan lebih baik dari mengubati.

Hmmmmm... YOU HAVE A MESSY OFFICE. Yang ni macam mana ye? Cuba tanya en. google nanti ye.... tak pun klik link kat atas tu.

Sunday, October 16, 2016

Kisah di sebalik tabir "Darah Beku"

Assalamualaikum... Morning!!

Saya mula menulis tentang Guasa dalam entri ni, pada tahun 2010. Jadi memang betul la kan pengalaman saya tentang Guasa ni dah masuk tahun ke 7 tahun depan. Masa mula diperkenalkan saya pun takde minat nak amik tahu. Tambah lagi bila upline saya masa tu beriya-iya mengajak saya ke kelas di Elken. Ada satu masa tu dia bagitau saya "Atin.. datang la kelas hari ni. Kita belajar urut dengan tanduk kerbau...". Saya pun berkata-kata dalam hati... Hah???!!! Urut dengan tanduk kerbau???? Terkejut la kan sebab terbayangkan kita amik tanduk dari kerbau tu nak urut.

Hah??!! Takkan tanduk kerbau ni nak guna untuk urut kan...
Bila dah mula gi kelas belajar Guasa dari sifu-sifu hebat, permulaannya saya pun tak seikhlas hati mengenali apa dia Guasa ni. Saya pun mula-mula dulu anggap macam urut biasa. Tetapi bila kita dah selalu pergi kelas, sifu yang hebat tu perturunkan ilmu mereka melalui teori dan paling penting secara praktikal dan kita melihat sendiri testimoni depan mata. Persoalan mula muncul, apa dia Guasa ni sebenarnya?

Dengan sedikit ilmu yang ada, saya mula praktikkan Guasa di rumah. Saya urut guasa mak saya, mentua saya, suami tu apatah lagi kan guasa ni boleh jadi pengikat kasih sayang tau...., saya guasa anak-anak saya then pengalaman tak leh lupa saya guasa adik ipar saya la. Masa tu baru mula berjinak-jinak nak guasa orang lain, sekali dapat pengalaman yang mendebarkan cuak jugak. Tapi alhamdulillah pengalaman tu bagi saya ilmu tambahan. Kemudian saya terfikir pula nak guasa orang. Memang niat masa mula nak guasa orang luar tu sebab nak tambah sumber income. Alhamdulillah banyak membantu juga sumber kewangan saya. Tetapi tak berkat sebab buat kerana RM$$$$. Tetapi saya tak pernah tinggalkan guasa di rumah. Demam, selesema, batuk, kembung perut, sakit kepala macam-macam la saya cuba ikhtiar dengan guasa dulu. Matlamatnya tak mahu bergantung dengan ubat.

Ada satu kelas yang saya ikut pada awal tahun 2016, saya mula belajar ilmu yang lebih lagi daripada semata-mata urut dalam Guasa ni. Saya mula diperkenalkan dengan ilmu sains dalam Guasa. Saya mula mengenali apa itu arteri dan vein. Saya juga buat bacaan tambahan tentang ni. Dan saya temui ilmu tambahan bagaimana dengan menggesek tanduk kerbau pada bahagian kulit memberi kesan kepada salur darah arteri dan vein. Alhamdulillah dengan ilmu-ilmu tu saya semakin yakin dan percaya dengan Guasa.

Alhamdulillah hari ni pulak (panjang lebor citernya komer ye......) saya jumpa satu lagi ilmu yang buat saya yakin dan percaya dengan ilmu Guasa.

Masa saya browse through website ni tentang "Must Read: 7 Pains You Should Ignore". 
Bahagian yang kerap alami kekejangan otot
Salah satu poin yang menarik perhatian saya ialah #7. Leg pain with swelling (masalah biasa yang sering kita alami). Dari situ saya mula mencari bacaan tambahan tentang DVT- Deep Vein Thrombosis. Dan akhirnya saya jumpa website ni tentang Darah Beku, Blood Clot, "How to tell if you have a blood clot: Signs, Symptoms and More".

"The most common place for a blood clot to occur is in your lower leg, says Akram Alashari, M.D., a trauma surgeon and critical care physician at Grand Strand Regional Medical Center in Myrtle Beach, South Carolina.
A blood clot in your leg can have various symptoms, including:
  • swelling
  • pain
  • tenderness
  • a warm sensation
  • pain in your calf when you stretch your toes upward
  • a pale or bluish discoloration
Your symptoms will depend on the size of the clot. That’s why you might not have any symptoms or you might only have minor calf swelling without a lot of pain. If the clot is large, your entire leg could become swollen with extensive pain.
It’s not common to have blood clots in both legs at the same time. Your chances of having a blood clot increase if your symptoms are isolated to one leg."

Saya percaya dengan bacaan tambahan dari website tersebut, Guasa boleh menjadi medium untuk membantu mengatasi masalah yang berkaitan. Kadang kala kita mengambil ringan soal kesakitan yang kita alami, tetapi untuk zaman kini semuanya bukan mengenai apa yang kita rasa sakit tu. Tetapi ada cerita lain yang berlaku di dalam badan kita yang kita tak tahu. Guasa bukan ubat, bukan juga untuk merawat semata-mata tetapi sebagai alternatif atau ikhtiar awal untuk kita di rumah. Bukan untuk kita sahaja tapi turut membantu ahli keluarga, kawan-kawan dan masyarakat.

Mahu tau apa itu Guasa?? PM je.

Friday, October 14, 2016

Kuliah Jumaat: Kenali diri Kenali Pencipta Part2

Assalamualaikum....Selamat Pagi!!

Sebelum ni saya citer tentang kisah kejadian manusia secara ringkas yang mana kita adalah makhluk paling unik dan beruntung di muka bumi ni. Alhamdulillah syukur kita lahir sebagai seorang manusia, sebagai khalifah di muka bumi.

Manusia terbentuk dari sel dan seterusnya (proses dalam rahim ibu).



Keperluan hidup manusia adalah:

Makanan

Air

Udara

Keperluan lain seperti keperluan rohani dan jasmani.

Tahu tak untuk keempat-empat keperluan manusia tu adalah asas kepada keperluan sel???

Cuba la tanya en. Google nanti ye...
Manusia dapat hidup tanpa makanan selama lebih kurang (ikut sejarah) 3 minggu.

Manusia dapat hidup tanpa air selama lebih kurang (ikut keadaan individu dan persekitaran) 3 hingga 5 hari.

Manusia hanya dapat bertahan untuk hidup tanpa udara (dalam keadaan biasa) selama 3 minit sahaja!!

Keperluan hidup manusia menjadi asas keperluan sel sebab:

Dari makanan sel mendapatkan khasiat(nutrien).

Dari apa yang kita minum sel memperolehi air.

Dari udara yang kita sedut sel memperolehi oksigen.

Oleh kerana diri kita terdiri daripada jasad dan roh, 3 keperluan di atas adalah untuk jasad dan yang menyeimbangi kehidupan kita adalah keperluan keempat iaitu keperluan rohani.

Cuba kita renung-renungkan, dalam kehidupan seharian kita apakah keperluan yang kita penuhi antara keempat-empat itu??

"You know that you need air to breathe. It is the oxygen in air that your body really needs. Every cell in your body needs oxygen to help it metabolize (burn) the nutrients released from food for energy. You also know that you need food. Food gives you energy, but oxygen is needed to break down the food into pieces that are small enough for your cells to use This is known as cellular respiration and it is the process of oxidizing food molecules, like glucose, to carbon dioxide and water. The energy released is chemically trapped for use by all the energy-consuming activities of the cell. Your cells are the energy converters for your body."

Wednesday, October 12, 2016

I was dying to.....and forgot to live



Menyentap, tersentap, disentap.....Tooo Deeeppp!



Tuesday, October 11, 2016

Khasiat Minyak Ikan

Assalamualaikum...Morning!!
Apa kabar semua?? Hopefully semuanya dalam keadaan baik dan sejahtera. Pernah dengar tentang minyak ikan? Sekarang tak susah nak cari  maklumat semuanya di hujung jari tekan je nama end google kan. Cuma kita kena la tapis maklumat yang kita terima tu supaya dapat dari sumber yang boleh dipercayai.
Menurut Dr. Axe secara ringkasnya minyak ikan sangat bermanfaat untuk pelbagai sebab...


Minyak ikan (omega-3 fatty acid) boleh je diperolehi dengan makan ikan laut seperti salmon dan sardin. Persoalannya sanggupkah anda memakan sumber ikan setiap hari?? Hari-hari ikan, tukar resepi je. Hehehe bukan tak sanggup, cuma tak lalu je. Sesekali nak tukar selera. Di sinilah fungsi makanan kesihatan tu berlaku. So nakkan sumber minyak ikan ni makan la makanan kesihatan tambahan Elken EPA DHA.

Dalam banyak-banyak yang ada di pasaran kenapa nak pilih jenama yang dari syarikat Elken ni juga???? Boleh je pilih le mana-mana pun. Cuma yang buat saya yakin dengan EPA DHA Elken ni sebab ni..... teknologi yang digunakan untuk menyingkir bahan cemar.

Kolestrol merupakan isu pertama kesihatan kita. Itu salah satu punca utama kepada masalah penyakit kronik darah tinggi, kencing manis, jantung dan sebagainya. Obviously bila dah mula menghidapinya kita kena makan 2 jenis ubat kimia yang berlainan untuk mengawal kolestrol dan mencairkan darah. So, lebih baik pilih untuk makan EPA DHA Elken dari sekarang, kan!



Sumber gambar dari elken e-library.

Monday, October 10, 2016

#2: It's All About Our Life

Assalamualaikum... Morning!!

Dah 6 tahun blogging hari ni kena bagitau rahsia di sebalik nama blog yang dipilih.."IT'S ALL ABOUT OUR LIFE".

Rahsia sangat ke??? Heheheheh... nama tu pun dah jelas lagikan tersuluh citer tentang maksud di sebaliknya. Macam dah cakap banyak kali, saya menulis ikut dan apa yang ada dalam kepala. Takde rancang awal-awal skrip yang nak ditulis. Depan PC buka blog apa yang terlintas itu yang akan ditulis. So, memang sangat tepat pemilihan nama Blog nih semua tulisan saya berkait dengan kehidupan kita semua. Cuma apa yang ditulis yang berkait semuanya yang membawa manfaat kepada semua.

Dalam kehidupan kita ni kalau kita terlampau stress dengan sesuatu perkara, perspektif hidup kita hanya melihat satu perkara sahaja, idea dan pemikiran hanya tentang satu perkara je, apa yang kita buat hanya rutin dan fokus kepada satu perkara sahaja nanti hidup kita seumpama robot yang dah diprogramkan. Statik je! Takde adventure. Tak semestinya kita kena gi hiking, water rafting ke, tidor tepi gunung macam dalam gambar bawah ni ke... tak semestinya itu dinamakan adventure dalam hidup. Setiap hari kita mesti cari kelainan, sesuatu yang berbeza dalam hidup untuk jadikan hidup kita adventure!


 Dah melalut ke laut plak dah....Oh ya! Kat header blog tu, selain nama blog saya ada letak nama Puteri Hannan a.k.a Ibu Ilyanie, Insya Allah next entri saya citerkan lebih lanjut.

Friday, October 7, 2016

Kuliah Jumaat: A day a good deeds

Assalamualaikum... Morning!!

Manusia hidup mencari kebahagian. Apa yang dilakukan setiap hari adalah untuk membahagiakan diri dan orang di sekelilingnya. Kebahagian bermula dari rasa ketenangan dalam diri, terutamanya pada hati kita. Kita tenang kita akan bahagia.

Untuk tenang kita perlu memiliki keadaan emosi yang baik. Keadaan emosi yang baik hanya datang dari tindakan dan perkara kebaikan yang kita buat setiap hari. Sebenarnya masa umur saya 30 tahun saya mula menjadi orang yang 'soul-searching' setiap hari. Saya tanya soalan macam-macam pada diri dan setiap hari alhamdulillah Allah sentiasa bagi inspirasi yang buat saya berfikir dan berfikir...

Salah satu cara kita nak dapatkan kebahagian dalam hidup kita ialah kita mesti buat 'A day a good deeds'. Good deeds ni means act of kindness. Apa-apa je perkara yang kita buat mendatangkan perasaan dan emosi yang baik.

Pendapat saya bukan hanya tunjuk baik atau berbuat baik yang orang nampak tu je yang nak kata act of kindness. Kita boleh mulakan dengan satu perkara ni dulu yang boleh kita buat tiap-tiap hari sehingga jadi habit kita. Ianya ialah Forgive to Forget. Memaafkan.

Nak buat ni bukan senang jugak sebenarnya. Siapa yang sanggup nak maafkan orang yang dah buat salah kat kita? Lebih-lebih lagi yang terlibat dalam menjadikan hidup kita menderita. Memang susah sangat nak maafkan orang tu!!! Saya pernah berada dalam situasi ni dah lama juga saya amik masa untuk sedar yang akhirnya saya kena maafkan orang tu untuk hidup lebih tenang.

Bila kita tidak memaafkan orang yang dah buat salah dengan kita ianya seolah-olah seperti gambaran di bawah. 
 
Credit picca to en.google
Bila kita diheret macam tu apa kita rasa? Sakit, derita, terseksa, penat, luka, cedera kita rasa semua perasaan yang tidak baik. Kenapa nak terus berpaut pada tali tu sedangkan kita menderita diheret seperti tu. Lepaskan tali tu kita berguling-guling(struggle) kejap lepas tu hilang rasa sakit, derita, terseksa, penat, luka dan cedera tu tadi. Kan??

So, mulakan dengan memaafkan. Forgive and Forget. Memang susah tetapi kena paksa. Bila kita rasa susah nak maafkan orang, cuba ingat gambar yang saya tepek tu. Mesti tak mau rasa sakit macam tu kan? So Let it go...let it go.....can't hold it back anymore (nyanyi pojen sikit). Mula dengan memaafkan diri sendiri dulu. Diri kita banyak kelemahan, kekurangan kita kena terima dan maafkan diri kita kesilapan yang pernah kita buat. Kita mohon keampunan dari Allah dan bertaubat mengaku kesilapan diri kita pada Dia. Insya Allah kita mudah nak maafkan orang lain. Mula lakukan hari ini terutama semasa sebelum kita nak tidur.


Semoga kita menemui kebahagian yang dicari dalam hidup kita, Amin...
Lagi satu tips boleh cuba.. setiap hari cuba cakap ni pada diri
"I AM SORRY, PLEASE FORGIVE ME, THANK YOU AND I LOVE YOU"
Pada diri sendiri di hadapan cermin.  

Monday, October 3, 2016

#1: Me now and 15 things u don't know about me

Assalamualaikum.... Morning!!

Hari ni saya mulakan misi menyahut seruan menulis entri mengikut tajuk-tajuk yang dah diberikan. Suspen je bunyinya...! Insya Allah saya nak mulakan ni untuk memberikan direction kepada blog kesayangan saya nih yang dah macam virtual diary saya. Selalu tu tulis ikut dan je... kekadang sendiri pun tak faham akhirnya apa yang ditulis. So hari ni kita nak bercerita tentang diri saya. 

Who am I?

Me... the latest version

By the way, ada sesapa yang nak join, sila tinggal komen nanti saya BW kat blog awak tau.....



7 perkara yang saya suka:

Menulis
Saya suka tulis. Apa je perkara yang bermain di fikiran akan hilang bila saya tak tulis. Bukan tu je, dengan menulis saya rasa lega sebab dapat lepaskan apa yang terbuku di fikiran.

Membaca
Novel RAM adalah novel favorite saya. Suka sangat baca novel RAM. Dan tak lama lagi salah satu hasil tulisan RAM akan diwayangkan, tak sabarnya!

Shopping
Yang ni semua orang perempuan pun suka. Cuma tinggal lagi ada sen ke takde je... Kalau ada tu dengar pulak ada SALE kat mana-mana.... habis la. Saya suka shopping beg tangan, kasut, baju seluar masa SALE biasanya suka beli kat Vincci.

SILENT MODE
Saya jenis suka diam diri ambil pendekatan tak cakap banyak. Orang selalu salah anggap ingat saya ni jenis menyombong. Sebenarnya tak pun cuma saya tak rajin nak sembang sangat. Cakap bila perlu je. Untuk berdepan sesuatu perkara yang saya tak puas hati saya pun amik pendekatan ni jugak. Bila perlu keadaan sesuai saya rasa nak cakap baru saya cakap.

Peace yo!
Saya suka peace yo! Even citer kat TV perang-perang, gaduh-gaduh yang heavy saya tak tengok. Andainya di sekeliling saya tetiba saya dengar orang gaduh bertekak ke.. saya dok jauh-jauh.

Meeeeeoooooowwwwwww
Saya pencinta kucing. Sangat tersentuh hati dengan makhluk Allah paling seksi ni. Tetapi belum le sampai ke tahap kawan-kawan lain yang hardcore menjaga kebajikan setiap kucing-kucing jalanan yang ada di merata tempat. Buat masa sekarang ni saya layan yang dok datang umah je. Ada juga niat satu masa nanti nak sumbang (bersedekah) kepada kucing-kucing jalanan...

Lagu-lagu Mat Salleh
Bila dengar radio, layan MP3 ke layan video kat youtube ke.. saya suka dengar muzik Mat Salleh. Bukan tak mo dengar lagu-lagu dan muzik tempatan. Cuma telinga tu selesa dengar muzik dan lagu Mat Saleh. Biasanya bila nak dekat-dekat raya tu je baru pasang radio siaran lagu-lagu raya. hehehe... 

3 perkara tak suka:

Kelab ketupat
Maaf ye... honestly saya bukan ahli kelab ketupat. Sangat la jarang nak dok bersembang citer tentang masalah orang ni. Saya kalau nak tau masalah orang saya terus direct dengan orang tu bukan tau dari mulut orang lain.

Kotor, serabut, semak, selerak
NO NO NO.... jangan bagi nampak semua ni di umah. Membebel le jawabnya. At the same time tangan tu ngutip le satu-satu benda yang semak, selerak, serabut tu....

Pedas
Bab makan ni agak cerewet jugak. Sampai En hubby kadang tu merungut ada je benda yang tak makan. Pedas ni bukan tak suka sangat boleh la terima cuma tak jadi favorite.

5 perkara lain tentang saya:

Harry Potter
Suka bebenor teman movie nih. Bila tengok citer ni leh bawak diri ke dunia lain kejap.

Saya seorang yang garang... macam singa!
Hahahaha... memang garang! Anak-anak sedara (terutama belah suami) saya tak berani nak tenung mata dengan saya. Nampak saya diorang lari... hahaha. Anak-anak saya didik dengan ketegasan dalam kasih sayang. Yang tak betul tak betul la... at time saya berkompromi juga tak la diktator sangat.

Teringin nak travelling
Travelling perkara yang saya suka. Cuma saya belum berkemampuan untuk buat perkara tu. Insya Allah ada rezeki saya nak mulakan tahun 2017, back pack seharian dengan anak-anak ke Kuala Lumpur. Lain kali saya citer...

Teringin nak pregnant lagi.... hehehe
Sekarang ni ada je suara-suara sumbangsih kedengaran, mengusulkan saya tambah korum sorang lagi. Maklum la anak-anak dah besar, yang kak Ngah patutnya leh la ada adik. Yang ada pun gugirl 2 orang leh la usaha dapat sorang lagi boboy... hehehe itu le suara sumbangsih tu. Insya Allah tak tolak rezeki teringin juga nak pantang lagi...tunggu je la.

Saya tak pandai biz walaupun saya amik course biz masa kat UUM.
Memang bukan otak niaga le. Walaupun darah orang niaga tu (abah jual mee kicap kat Ipoh) mengalir dalam badan. MLM (Elken) yang saya join pun saya tak khatam lagi. Hehehe.... walau hajat hati tu nak jugak buat biz.

Kesimpulannya saya orang yang simple je. Cuma perkara prinsip tu ada masanya saya buat orang tak boleh terima siapa Ibu Ilyanie ni. 
So, till next entry! 

Jom Follow Me