Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Tuesday, April 19, 2011

Selamat Ulangtahun Pertama

Assalamualaikum semua!!!

Selamat Ulangtahun Pertama buat blog kesayangan IT'S ALL ABOUT OUR LIFE.

Diam tak diam dah setahun saya berjinak2 dengan dunia blogging. Niat asal adalah untuk menulis. Menulis segala macam perkara yg pernah terlintas di fikiran yg ingin dikongsi secara umum buat pembaca blog dan bloggers lain.
Tapi dalam masa setahun ni, boleh saya katakan macam2 yg saya belajar tentang kehidupan di dunia blogging. Honestly, since saya tak bekerja selama hampir 2 tahun ni, di dunia ini saya mencipta dunia sosial saya. Di dunia realiti hanya saya dan keluarga sahaja.

Jangan salah anggap... saya bukan orang yg anti-sosial atau katak bawah tempurung. Tapi saya seorang yg sangat memilih dengan siapa saya mahu berdampingan. Tapi sehingga sekarang memang sukar untuk mencari seorang teman sejati. Teman yg boleh kita berikan kepercayaan sepenuhnya kepada dia..even suami kita sendiri pun belum tentu lagi. Ye lah kan.. every human being is not perfect. Mesti ada salah silap sana sini.
Antara perkara paling penting yg saya pelajari dalam dunia blogging ialah niat setiap seorang blogger itu untuk berblogging. Itu yg paling obvious boleh dilihat. Selain dari itu, saya jugak belajar untuk bersikap lebih berhati2 bila berbicara dalam tulisan saya. That's why terlalu banyak rahsia yg tidak saya tonjolkan di dalam blog saya ini. Saya berani bertaruh, walaupun anda rajin bertandang dan memberikan komen di blog saya tentu sekali tak banyak tentang diri saya (secara mendalam) yg anda tahu.

Saya tak dapat nak tulis tentang rutin harian, aktiviti mingguan saya dan apa-apa yg istimewa tentang kehidupan saya. Kerana... tiada apa yg lebih istimewa untuk saya ceritakan melainkan tentang 3 orang penting dalam hidup saya selain keluaga. Hidup saya tak semeriah, tak segempak dan tak segojes hidup orang lain. Bukan saya menulis ini kerana saya menyesal dengan kehidupan saya, tetapi saya menyatakan kebenaran dan realiti sebenar.

Walau saya tidak hidup dalam kemiskinan tetapi saya belum lagi menikmati kekayaan. Saya tidak menyalahkan nasib yg masih belum menyebelahi saya sehingga kini, tetapi saya seringkali tertanya2 di manakah silapnya sehingga apa yg saya buat masih belum menjadi.

Sehingga kini saya masih tercari2 matlamat diri. Sehingga kini saya masih belum memperolehi apa yg saya ingini (bukan harta benda). Di manakah silapnya??? Saya masih tercari2...

Maaflah n3 hari ni sedikit emosi. Saya sebenarnya memang tak mahu meraih simpati, tapi cukuplah kalu ada yg membaca sudi memberikan kata2 semangat dan peransang buat saya memulakan semula kehidupan yg baru ni. 

Saya tak anggap diri saya seorang failure. Saya juga tidak akan berputus asa. Tetapi saya perlukan sedikit suntikan motivasi untuk saya memacu diri kearah kehidupan yg lebih baik daripada sekarang.

Harap rakan2 semua dapat membantu saya.....Terima Kasih!

5 comments:

  1. Oh ibu ilyanie....go..go..go... :)

    ReplyDelete
  2. saya kayaaaaaaa...dengan kasih sayang..=)

    ReplyDelete
  3. salam kak..
    selamat ulangtahun..semoga kekal terus dengan blog dan ceria selalu :)

    ReplyDelete
  4. wah ko pun tukar template ke..hehe

    ReplyDelete
  5. Happy Anniversary..:) keep blogging ya.

    ReplyDelete

Jom Follow Me