Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Wednesday, April 13, 2011

Kehidupan seorang aku

Aku teringin nak buat blog sendiri. Tengok member2 yang ada blog sendiri dan ada followers sendiri cam best aje, tapi aku ni kengkadang tak de idea untuk menulis. Idea tu ada tapi sekadar berlegar2 di dalam kepala, tak tau nak tulis macam mana. Lagi satu aku takut orang tak faham ngan tulisan aku dan orang boring nak baca lak nanti. Tapi aku harap korang tak boring nak baca bl akhirnya aku ambil keputusan untuk menulis kat FB aku ni.

Sebenarnya aku runsing, serabut, keliru, dalam dilema, resah gelisah.... Macam2 yang sedang aku fikirkan tentang kehidupan aku dari dulu sampai le sekarang. Kadang2 aku tertanya kenapa, mengapa, bagaimana, apa....????? Aku tak punya jawapan yang pasti....

Oklah, meh aku kongsi bersama dengan korang tentang kehidupan seorang aku... Bukan niat mencari simpati, bukan niat menonjolkan diri atau untuk menimbulkan riak di hati. Tetapi sekadar ingin berkongsi bersama secebis kisah kehidupan seorang aku.... Seorang graduan yang ada latarbelakang pendidikan yang boleh dibanggakan tetapi tidak mendapat peluang untuk memperolehi jawatan yang setimpal dengan kelayakan..... Sehingga kini aku tak faham....???

Masa zaman sekolah dulu, terutama sekali di SMTLC (Sek Men Teknik Lebuh Cator, Ipoh), pencapaian akademik aku amat membanggakan. Aku pernah mendapat kedudukan pelajar terbaik bagi kelas aku PPN (Pengurusan Perniagaan (97/98). Selepas tamat SPM dengan pangkat 1 agregat 12, aku terus mengambil keputusan menyambung pelajaran ke peringkat Ijazah di UUM. Tapi aku perlu melalui pengajian di peringkat Matrikulasi terlebih dahulu. Memang takde Uni lain yang jadi pilihan, masa tu memang aku nak sangat ke UUM.
Sementara menunggu keputusan UPU (pada masa tu aku ingat nak ke IPTA kena isi borang UPU tu), aku seperti biasa membantu abahku di gerainya. Ada jugak sekali aku buat temporary job kat Jusco sebagai cashier di bahagian supermarket, saja cari pengalaman. Kebetulan pulak masa aku keje sana Tahun Baru Cina, so kira masyuk juga le, sebab aku leh pulun buat OT.
Tak lama lepas tu aku mendapat keputusan dan keputusan itu sangat2 menggembirakan aku dan terutama sekali abah dan mak aku le. Maka aku pun meneruskan kehidupan aku jauh di perantauan, nasib baik aku penah duduk asrama sekejap di SMTLC. So, tak le aku rasa kekok untuk hidup sendiri di perantauan, tanpa mak ngan abah.
 
Aku meneruskan pengajian di peringkat Matrikulasi di UUM, aku ingat yang batch aku masa tu adalah batch terakhir Matriks di UUM. Di mana selepas itu, Matrikulasi di letak di bawah Kementerian Pendidikan (pada masa tu tahun 2000). Masa aku di matriks pun alhamdulillah keputusan CGPA untuk semester terakhir aku, 3.82. Dengan itu, melayakkan aku melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah di UUM jugak.
 
Masa degree kat UUM, setiap semester aku bertungkus lumus memastikan pencapaian akademik aku baik dan memuaskan. Alhamdulillah 3 semester aku penah dpt anugerah dekan. Aku mengambil langkah memencilkan diri di dalam bilik untuk menelaah dan mengurangkan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum. Sebenarnya aku memang sejak azali tak minat nak involve aktiviti kokurikulum, masa sekolah rendah and sekolah menengah kat MGS (Methodist Girls School) dulu aku selalu ponteng, masa kat TLC pun aku tak join sangat. And masa kat kampus pun sangat kurang. Agaknya itu jugak punca kenapa testimonial aku tak cukup kuat bl aku letak dalam resume aku. Orang kurang yakin dengan kemampuan aku nak mengambil aku bekerja di syarikat mereka. Betul ke itu puncanya? Tapi sampai sekarang aku rasa cam kesal gak nape le aku tak aktif dulu, sebab memang kat uni je ada peluang2 tu. I really miss all the sweet moments masa kat kampus, UUM and all my frens kat Kolej Kediaman EON dan yang pernah sekelas ngan aku.

Cukup dulu kot setakat ni... Esok aku sambung tentang kehidupan aku selepas aku graduate pada tahun 2003... Kalu aku citer terus takut nanti korang boring lak nak tau tentang kehidupan aku....

Bersambung....

2 comments:

  1. fatin, jangan risau..ko bukan seorang macam tu...aku pun macam ko juga..lain orang lain rezeki dia...macam ko, aku rasa better ko teruskan dengan bisnes ko..benda tu, kalau ko buat betul2, insyaallah boleh maju..aku n suami ada plan nak buka bisnes makan, tapi usahasama dengan family in law aku ..cuma tak tau lagi bila..sabar ye..

    ReplyDelete
  2. betul ckp ayu tu...kadang2 bisnes lagi masyuk dari ko makan gaji....

    ReplyDelete

Jom Follow Me