Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, April 28, 2011

Masalah Penyusuan

Assalamualaikum Semua!!!


Sumber dari majalah Positive Parenting, Vol 2, 2009.
MASALAH PENYUSUAN
1. Mengapa susu saya tidak mencukupi?
- Perlu bermula dari awal dengan menyusu bayi dalam jam pertama kehidupannya.
- Penyusuan pertama: Memastikan bayi stabil dan selesa, memulakan penghasilan susu dan membina rutin penyusuan dan penghisapan.
- Apabila menyusukan bayi, signal di payudara di hantar ke otak untuk melepaskan 2 hormon penting:
a. prolaktin: meransang payudara menghasilkan susu
b. oksitoksin: meransang pengaliran susu
- Oleh itu untuk menghasilkan lebih susu, lebih hormon diperlukan. Dengan penyusuan yang lebih kerap, lebih hormon dapat dihasilkan.

2.Tolong!! Aliran susu saya semakin berkurangan!
- Untuk menjamin aliran susu yang sentiasa mencukupi, penyusuan yang lebih kerap dan betul adalah penting.
- Mula dengan menyusukan anak setiap 2 jam selepas bersalin.
- Apabila mula bekerja, perlu memerah susu di tempat kerja.
- Pemberian makanan tambahan seperti susu formula/ air atau makanan dan minuman pada 6 bulan pertama dan penggunaa puting boleh mengurangkan penghisapan susu dan akan menganggu penghasilan susu.

3. Bagaimana saya jika saya menghasilkan susu yang mencukupi?
- Bayi berpuas hati kira-kira satu jam selepas penyusuan.
- Berat bayi meningkat 20g sehari selepas minggu pertama hidupnya jika diberikan susu secukupnya.
- Sisa buangannya:
a. Membuang air kecil 5 atau 6 kali sehari
b. Membuang air besar 3-8 kali pada bulan pertama

IMPORTANT NOTES:
1. Penghasilan susu terjejas kerana pengambilan makanan:
- makanan perlu seimbang
- minum air
- suplemen
- makan pelbagao makanan yg kaya dengan pelbagai nutrien

2. Hadkan pengambilan teh @ kopi
- Ia menyebabkan bayi menjadi terlalu aktif
- Hadkan 1 atau 2 cawan sehari dan tidak boleh lebih 6 cawan sehari

3. Teruskan penyusuan walaupun anda tidak sihat
- Elakkan saluran susu tersumbat/mastitis (jangkitan payu dara), bengkak atau bernanah

4. Jangan mengambil ubat tanpa preskripsi dari doktor.

5. Jangan merokok atau terdedah kepada asap rokok.

6. Elakkan memakan susu atau produk tenusu kerana dikhuatiri bayi alergi pada produk tersebut.


Everything in point form, hope u all understand sbb notes ni saya amik dari majalah Positive Parenting masa admitted kat hospital nak bersalin Jan ari tu.

Happy Reading!!


No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me