Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, December 23, 2010

Edisi khas: Kenangan terindah dalam hidup

**Edisi khas tentang Ibu, Abah, Wawa dan Baby Ibu.
(Sempena kelahiran Baby Ibu tak lama lagi, Ulangtahun kelahiran Wawa yang ke 3 dan juga Ulangtahun perkahwinan Ibu dan Abah yang ke 4).



Segalanya bermula apabila 2 hati bertemu semula (setelah berpisah sekian lama..)dan akhirnya mengambil keputusan mengikat rasa kasih sayang dalam jiwa dan langsung berjanji setia untuk hidup bersama.
Tarikh keramat 090307.


Setelah itu, benih cinta Ibu dan Abah bersemi semasa honeymoon kali pertama di Langkawi pada tahun 2007.
First honeymoon di Langkawi.


Pertama kali juga, bila disahkan hamil dan bergelar preggy mommy mmg membuatkan Ibu sangat teruja. Dan setiap perjalanan sepanjang 38 weeks mengandungkan puteri sulung kita sangat2 indah untuk dikenang.

Tanpa sebarang masalah alahan morning sickness, loya, muntah dan mabuk angin, pernah merasa air gula 'sedap' buat pertama kali, datang check up ke KK setiap bulan, buat prosedur ultrasound untuk pertama kalinya dan dapat melihat identification baby, segalanya tidak mudah dilupakan begitu sahaja.
Saat2 menantikan kehadiran our first lil princess.

Pada saat melahirkanmu Nur Ilyanie Najwa pada tanggal 07 Jan 2008, takkan dilupakan sebab masa tu Ibu memang takde knowledge ttg mengandung, bersalin, berpantang dan Penyusuan Susu Ibu. Macam Ibu penah ckpkan sebelum nih, takde kesedaran, takde knowledge dan takde support menyebabkan Ibu gagal kali pertama dulu. Kasihan Wawa! Ibu takkan lupa perasaan kesal yg berselubung di hati ini.

Kehadiran our lil princess mengubah kehidupan kita secara total. Dialah racun, dialah penawarnya.


Melahirkan Wawa tidak semudah disangkakan. Ibu terpaksa melalui pelbagai rintangan sepanjang berada di wad lebih daripada 12jam dan 3 kali masuk keluar labor room.

Dan akhirnya Ibu terpaksa menyerah diri di OT (operation theater), untuk membolehkan Wawa keluar melalui 'tingkap'. Namun, Ibu masih ingat bagaimana Ibu menitiskan air mata apabila buat pertama kalinya Ibu mendengarkan tangisan kecil Wawa sejurus Wawa keluar dari 'tingkap' Ibu. Memang tak boleh lupa saat itu!!!

Kini, melihat Wawa membesar di hadapan mata Ibu sendiri, membuatkan Ibu rasa puas. Wawa tak penah diasuh, dijaga dan dididik oleh sesiapa melainkan Opah Wawa dan Ibu. Takde orang luar yang penah mengasuh Wawa sejak lahir. Tak penah dihantar ke taska ataupun ke babysitter.

Sejuk perut Ibu mengandungkanmu bila melihat wajah comel yang dah makin bermulut murai.

Umur Wawa pun dah masuk 2 tahun, makanya Ibu and Abah buat keputusan untuk menambah jumlah ahli keluarga kita supaya nanti Wawa ada teman nak bermain.

Alhamdulillah!! Syukur ke hadratMu, Ya Allah!
Bila mana Ibu disahkan hamil untuk kali kedua dan syukur ke hadratMu Ya Allah, kerana merealisasikan impian kami berdua.
Disahkan pada minggu keenam kehamilan.

Bila disahkan hamil kali keduanya pada May yang lalu, Ibu dan Abah teruja sekali lagi. Mengandungkan Baby Ibu kali nih tak sama macam masa dengan kak long Wawa dulu. Sebab macam2 perkara yang Ibu lalui.

Bermula pada trimester pertama dengan alahan morning sickness, loya, muntah dan mabuk angin. Ibu kerap mengalami demam dan selesema serta batuk. Selain itu, Ibu terpaksa melalui saat yang merimaskan bila mana kulit tangan Ibu mengalami alahan gatal2 yang sangat teruk. Sampai berparut2 mcm orang kena dera. Tak cukup dengan itu, Ibu kena ruam panas yang teruk jugak. Genap 4 bulan Ibu mengandungkan Baby Ibu, semua tu hilang dalam sekelip mata (Magiskah?!).

Oleh kerana Ibu penah kena czer dulu, Ibu sangat mengambil berat tentang perkembangan Baby Ibu di dalam rahim sebab Ibu takut apa2 yg tak diingini berlaku kesan dari czer yg lepas.

Alhamdulillah... Baby Ibu membesar dengan sihat sehingga pada kali pertama Ibu melalui prosedur ultrasound, Baby Ibu didapati in breech position. Masa tu Baby Ibu berusia 25 weeks dan Ibu dah mula susah hati. Tapi ramai orang kata yang Baby Ibu masih punya ruang untuk berpusing.

Sekali lagi buat ultrasound pada minggu 32, 34 dan 36 kedudukan Baby Ibu masih belum berubah. Ibu mula khuatir.

Walau macam manapun, minggu demi minggu Ibu tetap berdoa agar Baby Ibu mahu ke jalan yang benar.


Dan hasilnya pada appointment minggu ke 37, di KK pada hari Selasa (21/12/10) dan di GH (22/12/10) pada hari Rabu lepas....


Alhamdulillah... aku memanjatkan rasa bersyukurku ke hadrat Illahi kerana memakbulkan doaku.


Pada hari Selasa appointment di KK, ultrasound di buat dan Baby Ibu sudah berada di kedudukan yg benar. Begitu juga ultrasound kali kedua di buat di klinik O&G, Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, Baby Ibu juga dah berada di kedudukan yang benar.

ALHAMDULILLAH YA ALLAH!!!


Begitulah perjalanan hidup Ibu, Abah, Wawa dan Baby Ibu.


Bersamb....





2 comments:

  1. insyaallah dapat rasa deliver normal this time..take care ye kak..

    ReplyDelete
  2. deena, thanks a lot for ur support.. :D

    ReplyDelete

Jom Follow Me