Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Wednesday, September 29, 2010

All about Breastfeeding (PSI-Penyusuan Susu Ibu)

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU

"Setiap ibu perlu memberikan SUSU IBU SAHAJA bermula sejak lahir sehingga bayi berusia enam bulan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia dua tahun. Makanan pelengkap hanya mula diberikan pada usia bayi enam bulan."

Ini bermakna sejak bayi dilahirkan sehingga usianya enam bulan:

1. hanya SUSU IBU SAHAJA yang perlu diberikan

2. TIDAK perlu air atau susu tambahan (susu formula)

3. TIDAK perlu makanan pelengkap

ROOMING IN

Rooming in bersama bayi untuk terus menyusukan bayi secara 'on demand' dan memastikan penyusuan bayi 1 jam pertama selepas dilahirkan (at least).

KONSEP PSI

Demand vs Supply- Apabila permintaan tinggi @ semakin tinggi kekerapan menyusukan bayi (demand), maka semakin banyak penghasilan susu ibu (supply). Sebaliknya akan berlaku jika permintaan kurang @ semakin rendah kekerapan menyusukan bayi.

Tips utk mengatasi masalah kurang susu @ susu sedikit- TINGKATKAN KEKERAPAN PENYUSUAN DAN JUGA KEKERAPAN MEMERAH SUSU IBU!

Daripada pembacaan di kellymom.com:

- kalu kita nak faham tentang peningkatan (penurunan) supply, kita kena faham dulu macam mana productions milk itu berlaku.

- konsep penghasilan susu adalah -

1. USE IT OR LOSE IT

di mana semakin kerap dan efektif penyusuan kita (tak kisah le direct or express) semakin banyak susu yang boleh dihasilkan (further reading leh terjah http://www.kellymom.com/bf/supply/milkproduction.html)

2. FULL BREAST = SLOWER MILK PRODUCTION

3. EMPTY BREAST= FASTER MILK PRODUCTION

4. Cara untuk kita increase milk production:

a. Empty the breasts more frequently (kekerapan penyusuan dan pengepaman)

b. Empty the breasts as thoroughly as possible at each session (effectiveness of nursing and pumping session)

5. Cara untuk pastikan cik B kita betul kosong dan bersedia utk menghasilkan susu bagi sesi seterusnya? Baca di link di atas.

P/s: SANGAT-SANGAT DIGALAKKAN UTK MEMBACA DAN MEMAHAMI INFO2 PENTING DI WEB KELLYMOM.COM TERUTAMA SEKALI BERKENAAN DENGAN MILK SUPPLY ISSUES, BANYAK SGT SMPI TAKLEH NAK CITER DLM NOTE NIH... KLIK LINK NIH DAN BACA SUME TOPIK TAU... http://www.kellymom.com/bf/supply/index.html

KEBAIKAN SUSU IBU (terjah web wikipedia ttg breastfeeding)

A. KEPADA BAYI

- Imunisasi semulajadi kepada bayi

- Kurang dijangkiti penyakit

- Pelindungan daripada SIDS (Sudden Infant Death Syndrome- leh google kalu nk tau)

- Tahap kebijaksanaan tinggi

- Kurang risiko menghidap diabetes

- Kurang risiko obesiti

- Kurang risiko mendapat penyakit berkaitan alahan

- Kebaikan kesihatan jangka panjang

B. KEPADA IBU

- 'Bonding' antara ibu dan anak

- Penghasilan hormon oxytocin dan prolactin secara semulajadi yang sangat baik kepada ibu

- Pengurangan berat badan secara semulajadi

- Kaedah perancangan keluarga secara semulajadi

- Kebaikan kesihatan jangka panjang

INFO MENGENAI PSI

- Kolostrom- http://en.wikipedia.org/wiki/Colostrum#Human_colostrum @ http://ms.wikipedia.org/wiki/Kolostrum

- Foremilk- Watery milk coming from a full breast

- Hindmilk- Creamy milk coming from a nearly empty breast

- Growth spurt- http://www.kellymom.com/bf/normal/growth-spurt.html

- Let down- http://www.breastmilkcounts.com/let-down-reflex.html

- Plugged Duct- http://www.kellymom.com/bf/concerns/mom/mastitis.html

- Reverse cyling- http://www.kellymom.com/bf/normal/reverse-cycling.html

- Hunger cues- http://www.kellymom.com/bf/start/basics/hunger-cues.html

MITOS-MITOS PENYUSUAN SUSU IBU - untuk bacaan lanjut klik sini http://ezurin.blogspot.com/2010/05/mitos-mengenai-penyusuan-susu-ibu.html

1. Anggapan salah tentang kesihatan bayi yang diberikan susu formula tanpa pemberian susu ibu- di mana ibu2 beranggapan anak tetap sihat walaupun tidak menyusu susu ibu dan hanya diberikan susu formula

2. Saiz cik B tidak mempengaruhi penghasilan susu ibu (termasuk juga dengan keadaan cik N itu sendiri- leh tgk sini http://duniasusuibu.com/masalah-puting/puting-tenggelam-atau-leper/)

3. Anggapan tentang kesan PSI di mana keadaan fizikal (terutama cik B) akan berubah menjadi kendur dan tidak menarik

4. PSI mendatangkan kesakitan atau anggapan menyusukan bayi adalah kurang bersih (kononnya cik B kita tu nak kena cuci sblm menyusu, jd itu menyusahkan)

5. Tidak sanggup bersusah payah- terutama wanita bekerjaya (maksudnya menganggap BF ni perlu komitmen tinggi utk menjayakannya)

6. Psikologi bayi yang menyusu ibu lebih 'melekat' dengan ibu

7. Susu formula lebih berkhasiat (kesan pengaruh iklan tentang khasiat2 yg terkandung dalam susu formula itu)

8. Pelbagai anggapan salah tentang kolostrum

9. Anggapan salah tentang pemakanan ibu yang menyusu- tak boleh makan macam2 sbb takut bb kena effect dan juga ibu kena makan lebih sbb zat2 yg ibu dpt melalui apa yg ibu makan bb dh amik so ibu tak cukup zat kalu makan sikit

10. Susu ibu cair- ada yg anggapan bb tak puas minum

PENYIMPANAN STOK PERAHAN SUSU IBU

1. Susu ibu (blm dibekukan) berada pada suhu bilik bertahan selama 8 jam

2. susu yang diperah disimpan di tempat sejuk- 2 hingga 5 hari

3. susu disimpan dalam freezer (peti sejuk satu pintu)- 2 minggu

4. susu disimpan dalam freezer (peti sejuk 2 pintu)- 3 hingga 6 bulan

5. Deep freezer- 6 bulan

Kaedah dan cara penyimpanan dan pengendalian stok perahan susu ibu

- Mengekalkan cara/kaedah penyimpanan susu semasa di dalam pantang sebagai persediaan untuk kembali bekerja

- Labelkan setiap simpanan susu dengan menyatakan tarikh, hari, masa & oz/ml- leh tambah letak expiry date sekali

- Susu yang disimpan di tempat beku perlu dicaikan dulu di bahagian bawah (sejuk) dan kemudian barulah dipanaskan dengan merendam ke dalam air panas (bkn mendidih).

- Susu yang telah dikeluarkan dan digunakan bertahan selama 1 jam sahaja

- Susu beku yang disimpan di bahagian bawah dan belum dipanaskan dan digunakan akan bertahan selama 24 jam

- Susu yang diperah 2/ 3 kali dalam masa 24 jam boleh dicampurkan bersama dengan syarat suhu ke semua susu tersebut adalah sama. Contohnya: susu perahan pertama di simpan di dalam peti sejuk, susu perahan kedua pun perlu disimpan di dalam peti sejuk sehingga suhunya sama dengan perahan pertama, kemudian baru dicampurkan. (begitu juga dengan susu di letakkan pada suhu bilik)

- Pengunaan stok susu perahan adalah berdasarkan konsep FIFO- first in first out

- Contoh cara mengendalikan stok EBM: 10 btl stok perahan di bahagian beku

a. setiap hari kumpulkan 4 btl stok EBM semasa bekerja (fresh EBM)

b. simpan 3 btl di bahagian sejuk untuk digunakan pada keesokan hari

c. 1 btl lagi diletakkan di bahagian beku (simpanan jangka panjang)

d. sebagai ganti, keluarkan stok beku EBM yang bertarikh plg lama ke bahagian sejuk untuk dicairkan dan digunakan keesokan hari

e. hasilnya dapatlah digunakan 3 btl susu segar (dari bahagian sejuk) + 1 btl susu dari stok beku (tarikh yg plg lama)

PEMAKANAN YANG MEMBANTU IBU-IBU DALAM PSI - untuk bacaan lanjut sila klik http://ezurin.blogspot.com/2010/05/makanan-minuman-yang-dapat-menambahkan.html

1. Sengkuang cina

2. Halba- rendam dan minum airnya

3. Laici/ Longan/ Misai Kucing/ Rambutan- yang asli bkn yg ditinkan

4. Lobak putih

5. Sawi- leh makan masa pantang

6. Kailan

7. Bayam/ Petola/ Peria

8. Jantung pisang/ Pegaga/ Pucuk betik

9. Cekur Manis

10. Daun kucai

11. Soya

12. Lobak Merah

13. Madu lebah asli

14. Ikan sardin

15. Oat

16. Buah kurma

17. Pisang

18. Roti planta

19. Milo/ Nestum/ Holik

20. Biskut Bijirin

21. Tuna sandwich

22. Kentang rebus

23. Tempoyak (durian pekatkan susu)

24. Sambal kering ikan bilis+tempe

25. Sup betik muda + ayam + halia

rebus betik dengan ayam + halia, masak dan minum

26. Longan kering- beli di kedai ubat cina

rebus + gula batu/gula kabung/ gula merah

PERMASALAHAN @ ISU BERBANGKIT BERKENAAN DENGAN PSI

- Susu kurang, sedikit, bayi tak puas menyusu

- Susu cair

- Masalah tentang pengendalian dan penyimpanan stok EBM

- Tekanan kerja atau kehidupan harian yang mempengaruhi penghasilan susu ibu

- Pola pemakanan

- Posisi dan cara lekapan yang tidak betul

- Kurang motivasi diri, tiada keyakinan untuk meneruskan usaha

- Mitos-mitos PSI

- PSI di khalayak ramai

- Sokongan keluarga, rakan2, majikan

- Masalah yang sering berlaku kepada cik N-rujuk di sini http://www.kellymom.com/bf/older-baby/sorenipples-older.html

- Pengambilan ubat-ubatan oleh ibu menyusu- http://www.kellymom.com/health/index.html

- Masalah di luar jangkaan: stok EBM kurang, bekalan elektrik takde, BS tak pandai handle EBM dsb

- Baby weight gain-http://www.kellymom.com/bf/normal/newborn-nursing.html

P/s: Notes yg dicompile ni sgt2lah ringkas dan padat dan hanya bertujuan untuk memberikan gambaran ringkas cerita sbnr di sebalik Breastfeeding (PSI). Ilmu pengetahuan ttg PSI adalah sepanjang masa, syaratnya kita kena rajin mencari, menggerodek dan menyelongkar. Semoga kita berjaya dalam misi melaksanakannya... Chaiyok! chaiyok!

2 comments:

  1. wowwwwwwwwwwwwww....kagum...bagus info2 tersebut.. boleh aku share sama di blog aku tak entry special ni ??hehe

    ReplyDelete
  2. hehehe.. boleh ko letak je... aku suke... kalu ada comment letak ar komen ko skali... :D

    ReplyDelete

Jom Follow Me