Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Saturday, December 31, 2016

#Edisi Nurraysa Beauty- Dia dah mai dah... Dia dah mai dah...........

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Dia datang dengan lenggang lenggoknya....

Dia datang dengan senyum manisnya.....

Dia dah mai dah... Dia dah mai dah....

Apa yang dah mai dah ni?????

Apalagi??!

Nun dia.......



Cepat-cepat grab peluang keemasan ni sebab masa terhad, stok yang ada pun terhad dah.... Semua orang pakat rebut nak dapatkan set combo cam kat dalam gambar di bawah ni. Once in a life time offer la kata Mat Salleh!

Yang tak tahan tu yang ni ha........


Semua ada dalam satu set... Lengkap baq hang!!!
 1. Glowing DD Moist Cake
2. Flawless mineral loose powder
3. Perfect Brow shaping
4. Miracle Black Eyeliner
5. Perfect Long Lash Mascara
6. Shining Mineral Blusher
7. Pearl Magic Lipstick
8. Fast Clean Eye Makeup Remover
 Yang paling penting set make up ni daripada bahan semulajadi. Lepas tu bila kita nak solat, kita ambil wudhu, touch up muka dengan set ni dah boleh solat dah... Senang cepat dan Murah je!!!

Itu je ke??

Ada lagi baq hang.....

Nin dia...












 Apa tunggu lagi??? Cepat-cepat grab peluang keemasan ni. Nanti lambat menyesal sebab kena tunggu lama.......... lagi baru dapat peluang macam ni.

#belumcubabelumtau
#dahcubanakgunaselalu
#NurraysaBeauty
#mesrawudhu
#mesrasolat
PM Whatsapp/SMS/WeChat/Call 017-5346280
FB: Fatin Nurraysa
 

Monday, December 19, 2016

#13: Surat buat Si Polan

Dear Si Polan,

Terima kasih kerana hadir dalam hidupku dan mencorakkan pengalaman yang menjadi memori dan kenangan. Pertama sekali maafkan aku kerana tidak dapat menjadi sahabatmu yang setia. Hidup kita haluannya berbeza. Tak sama! Engkau dengan jalan hidup engkau dan aku dengan jalan hidupku.

Tetapi semuanya sudah suratan dan Allah telah menemukan kita dalam keadaan yang kita tak dapat jangkakan. Terima kasih sekali lagi kerana pengalaman ini mengajar aku mengenali siapa insan yang perlu ada dalam hidupku.

Semoga engkau berbahagia dengan jalan hidupmu sendiri. Maafkan aku kerana tak dapat menjadi sahabat setiamu. Kerana kita berbeza!

Sekian.

#Nota kaki: Pengajarannya: Biarkan kenangan lalu itu berlalu ucapkan Alhamdulillah dan terima kasih kepada yang hadir dan pergi dalam hidup kita kerana semuanya itu dari Allah dan Allah lebih mengetahui apa yang terbaik buat diri kita....

 


 

Wednesday, December 14, 2016

#12: Flashback 2010

Assalamualaikum... Morning!

Alhamdulillah... dah nak masuk tahun ke 7 saya berblogging. Blog saya ni ibarat seperti diary virtual tempat saya meluahkan isi hati dan perasaan saya. Walaupun tak 100% saya luahkan di sini tetapi rasanya apa yang saya tulis akan menjadi memori dan kenangan buat anak-anak bila diorang dah meningkat dewasa nanti.

Alhamdulillah... saya seronok berblogging walaupun follower tak ramai dan entri saya jarang berkomen. Insya Allah nawaitu saya berblogging bukan sebab nak kejar itu pun. Seperti saya nyatakan tadi, inilah diari virtual saya.

Menyingkap kenangan bermulanya blog IT'S ALL ABOUT OUR LIFE ni adalah pada Khamis, 1 April 2010. Dengan tajuk entri yang pertama, Apakah Perasaannya Berblogging? Pencetus idea berblogging ni datangnya dari seorang sahabat. Dan belajar sikit-sikit je dari dia cuba langkah pertama untuk membuat blog ni. Idea nama datang secara spontan! Tengok entri pertama tu pun dah boleh agak apa cerita yang ada dalam blog ni.

Insya Allah selagi ada idea saya akan berterusan menulis di blog ni. Secara tak disengajakan ada juga beberapa rakan baru yang saya kenal melalui dunia Blog ni.

#Nota Kaki: Ada rasa cam nak buat GiveAway sempena ulangtahun ke 7 ni. Ada yang nak ikut tak??


Monday, December 12, 2016

#10: Halwa Telinga

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Untuk blogging challenge hari ni saya kena tulis entri tentang lagu-lagu yang saya suka dengar bila sedih, marah, happy, gembira atau bosan.

Saya takde kategori lagu-lagu untuk semua perasaan tu.... saya suka je dengar lagu-lagu yang saya suka tak kira masa bila pun perasaan tu. Sebab saya lebih suka dengar dari menonton TV. Dengar radio dalam kereta. Dengar Youtube kat PC.... Macam tu la.

So far saya ada deep interest kepada lagu-lagu Bahasa Inggeris instead of Bahasa Melayu. Maaf bukan nak condemn industri tempatan, cuma telinga lebih terima lagu bahasa asing.

Antara favorite saya...

 
LAGU-LAGU ALTERNATIVE ROCK

LAGU-LAGU OLDIES


 
PIONO PLAYER MAKSIM

 Banyak lagi la... Janji lagu-lagu bahasa Inggeris. Nak senaraikan nanti panjang berjela pulak entri ni... hehehe


Korang pulak minat lagu apa?

Saturday, December 10, 2016

#9: Self Improvement 2016

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah di atas segala kurniaan nikmat yang tak terhingga banyaknya dan yang tak disangka-sangka datang dari segenap penjuru. Terima kasih Ya Allah...

Projek #selfimprovement saya mula dilancarkan (chewah....ayat power!!) pada tahun 2014. Sebab saya mula rasa bosan dengan kehidupan yang sama dan saya fed up berhadapan dengan kehidupan yang sama pada masa tu. Alhamdulillah... Allah kasihkan kita dengan pelbagai cara. DIA memberikan kita petunjuk, jalan dan kemudahan cara dalam pelbagai bentuk. Kita kena terima dengan redha apa yang berlaku dalam kehidupan kita ok ke tak, bagus ke tak, lebih bagus atau tak dari orang lain. Kita kena berlapang dada bersangka baik dengan semua yang dah Allah rancangkan untuk kita. Bila kita redha, kita akan lebih bersabar dan kemudian kita akan berdoa dan berikhtiar dan akhirnya kita akan berserah kerana segala perancangan yang lebih baik itu datang dari Allah.

Alhamdulillah... dalam 2 tahun kebelakangan ni saya mampu merasa bangga dengan apa yang saya capai dalam hidup saya. Tiada yang lebih bermakna untuk kita kecapi selain dari "inner peace". Insya Allah saya akan terus istiqamah... Amin.

Sebelum ni saya adalah seorang yang negatif thinker. Saya membina "TEMBOK BERLIN" di sekitar hidup saya menolak untuk sesiapa masuk ke dalam hidup saya. Maka jadilah saya seperti kera sumbang. Kemudian saya mengorak langkah perubahan pertama iaitu untuk SENYUM. Memang sukar permulaannya. Bukan malu tetapi sebab pemikiran negatif tu saya takut bertentang mata dengan orang yang tak dikenali. Itu yang membanggakan saya sekarang sebab saya mampu memberikan SENYUMAN kepada orang yang tak dikenali walaupun orang tu tak reply balik dengan Senyuman.

Kerana pemikiran negatif membelenggu diri, saya selalu rasa rendah diri. Alhamdulillah kini saya boleh mendabik dada sebab saya dah dapat lawan sifat negatif tu... (eeeee... kereknya!!). Bukan senang nak ubah sesuatu yang menjadi kebiasaan dalam hidup kita.

Dengan anak-anak pun terkena tempias pemikiran negatif saya tu, bila rasa marah anak-anak jadi mangsa teriak tempik terpekik terlolong saya. Jangan la tersilap sikit... jadi monster la saya. Alhamdulillah... perlahan-lahan saya buang sikap negatif tu terhadap anak-anak. Kesian mereka jadi mangsa, sedangkan diorang tak bersalah pun.

Untuk kita merasa tenang, kita perlu let go dulu barang yang dah lepas. Forgive yourself and others. Kemudian kita kena bersungguh-sungguh melepaskan peristiwa yang membuat kita rasa sedih, tertekan, pilu, menderita, terseksa...

Untuk kehadiran 2017, permulaan yang baik untuk memulakan sesuatu kebaikan. Allah dah janjikan yang baik akan dibalas kebaikan. Insya Allah. Jom kita sama-sama beristiqamah melakukan kebaikan setiap hari! 

Monday, December 5, 2016

Uncle David..bukan David Beckham sebenar

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Uncle David bukan David Beckham sebenar sebab semangat hidupnya tak boleh menyamai Uncle David yang sebenar.

Citernya...Selasa lepas saya berpeluang mendengar temubual dalam rancangan Wanita Hari Ini. Temubual tu adalah bersama dengan Uncle David. Cerita Uncle David ni saya pernah tengok kat dalam Majalah 3 sebelum ni tentang dia seorang tua yang menjual pelbagai soft toys di kaki lima sebuah bank. Uncle David bukan selebriti, tetapi dia menjadi viral di laman sosial kerana kisahnya. Apa yang menarik saya nak kongsikan hari ni ialah... secebis kisah dari pengalaman Uncle David ni yang buat saya rasa termotivasi.

Kisahnya begini...seperti yang Uncle David citerkan.
"Satu hari ada seorang yang nak sumbangkan RM300 kepada Uncle David sebagai wang ihsan kerana kasihan melihat nasib Uncle David. Wang RM300 tu Uncle David tak ambil sebagai wang ihsan, tetapi ditukar sebagai wang hasil jualan 30pcs soft toys kepada orang tu. Kata Uncle David soft toys yang dibeli tu dermakan kepada rumah anak yatim atau orang tua-tua. Kemudian tak lama lepas tu orang yang nak bagi duit kat Uncle David tu datang dan mengucapkan terima kasih kepada Uncle David sebab dia berasa amat gembira dapat mendermakan 30pcs soft toys yang dibeli tu kepada rumah orang-orang tua. Melihat wajah gembira orang-orang tua yang menerima hadiah soft toys tu buat dia rasa gembira, kata si penderma tu."
Kisah ni buat saya termotivasi untuk buat kebaikan setiap hari... 
"A day a good deeds."



Nota kaki: Kisah Uncle David http://www.worldofbuzz.com/soft-toy-uncle-shares-lifes-story-will-absolutely-break-heart/

Wednesday, November 30, 2016

#Edisi Nurraysa Beauty- Flawless Gitew!!!!

Assalamualaikum... Morning!!

Hari ni nak kongsikan kepada anda sebahagian testimoni pengguna yang berpuas hati dengan set make up Nurraysa Beauty. Saya seperti dah jatuh hati dengan set make up Nurraysa Beauty ni tau.... love at first sight giteww!!

Suka make up yang simple macam saya, suka natural look macam saya, sungguh pun begitu make up yang buat muka Flawless Gitewww! Boleh cuba set make up Nurraysa Beauty ni.

1. Glowing DD Moist Cake
2. Flawless mineral loose powder
3. Perfect Brow shaping
4. Miracle Black Eyeliner
5. Perfect Long Lash Mascara
6. Shining Mineral Blusher
7. Pearl Magic Lipstick












Tuesday, November 29, 2016

Tahniah Kak Long Najwa!!!

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... Terima Kasih Ya Allah!

Tahniah Kak Long Najwa di atas pencapaian yang cemerlang dalam peperiksaan Akhir tahun 2016, Sekolah Rendah Kebangsaan Pengkalan Bharu.

Ibu doakan kejayaan terus menjejak langkah kaki Kak Long hingga ke Jannah. Amin... Semoga Kak Long menjadi murid cemerlang dan anak yang terbilang sahsiah di rumah. Amin....


Monday, November 28, 2016

#8: Short Term Goals for this Month of December and Y?

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah... diberikan kesempatan untuk hidup pada hari ni dan seterusnya Insya Allah agar kita dapat melakukan usaha yang dah kita set kan untuk tahun 2016. Tinggal tak berapa lama je lagi kita nak melangkah ke tahun baru 2017. Ayat yang cliche... tahun yang mencabar!

Untuk bulan Disember nanti, anak-anak dah mula bercuti means kita sebagai ibu terutamanya yang bekerja sebagi surirumah tangga sepenuh masa perlu la 1. mencari idea yang bernas untuk pengisian masa anak-anak di rumah. So, dah decide 25 November lepas kami akan adakan mesyuarat untuk membincangkannya. Hehehe...

Since bebudak dah cuti sekolah untuk bulan Disember, 2. ibu kena usahakan untuk mencari pendapatan sampingan untuk perbelanjaan bulan Januari 2017. Fyi, kat taman perumahan saya ni ada parents yang mintak tolong saya drive anak-anak diorang ke sekolah. Sebab anak-anak satu sekolah, satu darjah dan satu kelas satu taman so dapat la sikit-sikit tampung duit minyak harian. Ada beberapa source of income yang bakal diusahakan...
a. Elken (MRT dan Guasa)
b. Nurraysa
c. Jaga Homestay (Izzam Homestay)

Then sempena cuti sekolah dan juga keluarnya movie kat pawagam pada November ni, 3. ibu kenalah menyimpan budget untuk menonton citer ni.... hehehe.

Citer ni maknya yang terlebih...



Last but not least... 4. Review balik pencapaian kita sepanjang 2016 supaya kita boleh menambahbaik mana yang perlu dan mengekalkan mana yang dah kita capai. Insya Allah!

Thursday, November 24, 2016

Cerita #GuasasebagaiFirstAid

Assalamualaikum... Morning!!

 
Hari ni entri ringkas je...

Satu hari, en suami balik dari kerja mengadu rasa lenguh yang teramat sangat di bahagian kedua-dua kaki terutama di bahagian paha. Kasihan saya melihat keadaannya. Lepas makan malam terus baring sebab tak lalu nak berdiri lama. Apa lagi saya keluarkan senjata kayu hikmat tu. Saya Guasa keseluruhan bahagian kaki kedua-dua belah. Ayat yang keluar dari mulutnya hanya sakit...sakit... Dah memang kaki tu rasa sakit bila Guasa akan rasa sakit. Alhamdulillah lepas Guasa dia dapat tidur lena dan bila saya tanya keadaan kakinya keesokan pagi, Alhamdulillah dia senyum.

Saya belajar Guasa bila sakit maksudnya ada darah yang block, peredaran darah tak lancar. Saya pernah baca artikel tentang darah beku di kaki. Rasa sakit di bahagian kaki adalah sesuatu yang biasa tetapi bila kita tidak melakukan sesuatu untuk meredakannya, dikhuatiri akan memberi kesan buruk pada masa panjang. So, jadikan #GuasasebagaiFirstAid di rumah kita!

PM untuk keterangan lanjut!

Monday, November 21, 2016

#7: Someone has the biggest impact on me

Assalamualaikum... Morning!!

Dalam perjalanan hidup kita, ada banyak perkara yang memberikan kesan sama ada secara positif atau negatif. Walau macam mana pun kita mesti terus kuat mengharungi kehidupan dan jangan sesekali berhenti mencari jawapan kepada setiap persoalan kehidupan kita.

Sejak umur mencecah 30an nih, perjalanan hidup saya kini mencari jawapan kepada apakah makna sebuah kehidupan? Kenapa kita hidup? Kenapa kena kerja? Kerja hanya untuk duit saja? Penat-penat keje cari duit, akhirnya duit yang dicari tetap surut. Apa erti kebahagian dalam hidup?

Semua persoalan tu menjengah di fikiran dan saya terus mencari sehingga kini. Alhamdulillah, Allah bagi kita petunjuk (yang kita mohon setiap hari dalam solat 5 waktu tu) dan hidayah serta panduan untuk kehidupan yang dipermudahkan itu semua Allah bagi dalam pelbagai bentuk rupanya.

Bagi sesetengah daripada kita saya percaya gambar di bawah memberikan superimpact dalam hidup kita. Meaning, kita nak buat keputusan merantau pun kita fikir mereka. Nak buat keputusan nak kahwin pun kita fikir tentang mereka juga.


Beberapa minggu yang lalu, saya menerima banyak berita kematian ahli keluarga dari kalangan kawan-kawan jiran dan sahabat. Mula-mula ibu kepada jiran meninggal, lepas tu bapa mentua kawan, lepas tu bapa kepada sahabat...... Mengenangkan itu membuatkan saya terfikir bila melihat wajah kedua orang tua saya tu. Bakti macam mana yang dapat saya buat untuk membalas budi mereka berdua semasa hayat mereka???

Saya ada dengar satu ceramah agama, dalam ceramah tu diceritakan tentang sahabat nabi yang mendukung ibunya semasa melakukan haji. Setiap amalan dalam kerja haji tu dia mendukung ibunya masih belum lagi dapat membalas jasa ibu kita yang menahan kesakitan separuh mati semasa melahirkan kita. Lihatlah betapa kita ni kerdil sangat-sangat nak membandingkan bakti kedua ibu bapa kita dengan apa yang kita ingin buat untuk membalasnya.

Untuk itu, tak kira la apa pun kita buat biarlah kita back to basic. Sentiasa kembali kepada fitrah asal kita. Takde mak abah kita melahirkan dan membesarkan kita di dunia ni, takde la kita dapat menikmati apa yang kita ada sekarang ni.

Kepada rakan-rakan yang dah kehilangan kedua atau salah seorang dari mereka, lakukan apa yang termampu untuk mereka supaya sampai bakti kita kepada mereka di sana.

Saturday, November 19, 2016

#Edisi Nurraysa Beauty- What???!!! Are you Kacang???

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Happy weekend everybody! Tengah buat apa tu? Saya tengah menulis entri ni sambil melayan Youtube lagu 2PM.... hehehe.

 Sambil-sambil tu saya go through video kat youtube tutorial make up... wait!!! Are you kacang??? Siyesly fatin u dah berubah tau.... nak make up pulak???? 

Entire life saya dari zaman kekanak sampai la zaman dah beranak pinak ni memang takde dalam kamus hidup saya untuk bermake up. So nape le plak tetiba nak belajar make up??

Ha... tu yang nak bagitau tu. Salah satu sebab kenapa saya decide nak buat dropship Nurraysa. Saya suka dengan produk make up set Nurraysa. Macam saya kata sebelum ni... #mesrawudhu #mesrasolat menarik minat saya untuk mengintai keistimewaan set make up Nurraysa. So... what's so special about it?? Memang tak de la special sangat tetapi ia menarik perhatian apabila saya tengok hasil tutorial dalam video youtube tu makeup yang sederhana, tak berlebihan dan menampakkan wajah yang berseri. Make up yang sederhana pilihan saya!

Seeing is believing right... okeylah tengok video link kat bawah tau....





Macam mana?? Menarik kan.... Make up yang sederhana yang paling penting dah amik wudhu lepas make up boleh continue solat dan lepas solat touch up sikit leh teruskan aktiviti harian kita... Jimat masa!!!

Meh go through satu-satu set make up Nurraysa... 
PM Whatsapp/SMS/WeChat/Call 017-5346280.











Thursday, November 17, 2016

Motivational Quotes

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

 Sumber:

Motivate You to Succeed

1. “Humans have the remarkable ability to get exactly what they must have. But there is a difference between a ‘must’ and a ‘want.’”


2. “The best motivation is self-motivation. The guy says, ‘I wish someone would come by and turn me on.’ What if they don’t show up? You’ve got to have a better plan for your life.


3. “When you know what you want, and you want it bad enough, you will find a way to get it.”


4. “Motivation alone is not enough. If you have an idiot and you motivate him, now you have a motivated idiot.”


5. “Without a sense of urgency, desire loses its value.”


6. “Let others lead small lives, but not you. Let others argue over small things, but not you. Let others cry over small hurts, but not you. Let others leave their future in someone else’s hands, but not you.”


7. “Disgust and resolve are two of the great emotions that lead to change.”


8. “Happiness is not an accident. Nor is it something you wish for. Happiness is something you design.


9. “What you become directly influences what you get.”


10. “If you learn to set a good sail, the wind that blows will always take you to the dreams you want, the income you want, and the treasures of mind, purse, and soul you want.”


11. “Only human beings can reorder their lives any day they choose by refining their philosophy.”


12. “It is not what happens that determines the major part of your future. What happens, happens to us all. It is what you do about what happens that counts.”


13. “Walk away from the 97 percent crowd. Don’t use their excuses. Take charge of your own life.”

Monday, November 14, 2016

Bila anak-anak bergaduh, mak jadi Monster?

Assalamualaikum... Morning!!

Macam tak biasa le pulakkan... hehehe. Sapa ibu-ibu yang tak jadi monster bila anak-anak yang tengah syok main gelak ketawa tetiba dengar menangis dan berteriak? Tak kisah le apa sebabnya...

Picca: PA&MA

Saya pun macam tu la jugak. Kekadang tu jenuh jadi monster, jadi naga pun tak menjadi jugak. Maybe kita sama-sama boleh praktikkan cara ni untuk mengelakkan kita menjadi monster bila anak-anak bergaduh. Selamat Mencuba!

Bila Anak Asyik Bergaduh, Buat 5 Perkara Ini Supaya Mama Tak Jadi 'Monster'


Friday, November 11, 2016

Officially Nurraysa Beauty Droship Dealer

Assalamualaikum... Morning!!

Hari ni saya nak mengumumkan bahawa saya adalah salah seorang Dropship dealer Nurraysa Beauty Perak. So far saya tertarik dengan tagline jenama Nurraysa ni... #mesra wuduk #mesra solat.

Yang menariknya lagi produk-produk Nurraysa Beauty terdiri daripada bahan-bahan semulajadi dan top sales produk adalah Nurraysa Collagen Soap. Insya Allah di samping berkongsi tentang konsep kesihatan cara MRT Elken, saya akan up entri berkaitan dengan kecantikan gaya Nurraysa Beauty.

So sebagai pengenalan saya boleh dihubungi melalui medium FB di sini...
 

Atau PM Whatsapp/SMS/WeChat/Call di sini...


Wednesday, November 9, 2016

#6: Favorite super hero and why

Assalamualaikum... Morning!!

Superhero?? Sebenarnya saya tak percaya kepada watak superhero ni. Tak ada yang sempurna untuk menjadikan watak superhero ni sebagai superhero. Setiap satu ada kelemahan dan kekurangan.

Superman lemah dengan batu hijau kryptonite tu...

Batman lemah dengan perempuan.. hehehe

Hulk tersangat besar, tempat dan bahagian kecik tak leh nak muat abis dirempuhnya rosak semua yg tak berkenaan dalam aksi nak menyelematkan tu.

so on and so forth....

Tapi nak jadikan entri untuk tajuk hari ni, saya pilih watak superhero kartun X-Men.


Dari kecik lagi kot memang minat citer ni. Sebab ni tak macam superhero lain yang ada kuasa magic atau semata-mata kuat saja. Dalam X-men, mereka representing themselves as "The X-Men are mutants, a subspecies of humans who are born with superhuman abilities.". So, agak praktikal la jugak kan. Dalam ramai tu saya paling suka sapa lagi.... Wolverine le.. Tu lagi la manusia yang diubahsuai.

Ikut fikiran logik memang tak masuk akal la kan... tapi sebagai hiburan di masa lapang memang minat tengok citer ni. Setiap movie yang ada tayang kat TV tu memang tak miss tengok. Yang paling best, bila tengok citer ni bonding time dengan anak-anak la sebab diorang dua beradik pun melayan sama. Hehehe...

Apa superhero kegemaran u all?? Jom share. 

............

Dalam hidup ni takde yang kekal. Yang ada pasti akan takde... Yang baru pasti jadi yang lama...Yang muda pasti jadi tua... Yang hidup pasti akan mati. Semalam adalah hari yang memberi kesan mendalam dalam hidup saya bila tiba-tiba menerima mesej Whatsapp dari seorang sahabat "Akak....mak saya dah takde...". Bergegas ke rumah sahabat dan melihat jenazah ibunya terbaring kaku.... Kisahnya kematian ni memang biasa tapi apa yang memberi kesan apabila kita merasakan kehadiran insan yang kita sayang dan sekelip mata ia pergi meninggalkan kita selama-lamanya. Terutama sekali insan yang kita panggil "ibu, emak, mama, ummi". Dia hanya pinjaman buat kita. Bila tiba masa Allah nak ambil kita tak tau tapi perlu redha menerimanya. Cuma dalam kesempatan yang ada ni, apa yang perlu kita buat sebelum "ibu, emak. mama. ummi" kita yang Allah pinjamkan tadi dikembalikan kepada yang Hak, itu paling penting. Peluk, cium, kucup, hidu bau badan mak puas-puas. Sembang, ketawa, menangis bersamanya puas-puas.
Mak... kakyung sayang mak sangat2!!!!!
P/s: Takziah buat sahabat Halimatus Saadiah atas pemergian ibunda tercinta. Al-Fatihah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin.....

Jom Follow Me