Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Monday, December 5, 2016

Uncle David..bukan David Beckham sebenar

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Uncle David bukan David Beckham sebenar sebab semangat hidupnya tak boleh menyamai Uncle David yang sebenar.

Citernya...Selasa lepas saya berpeluang mendengar temubual dalam rancangan Wanita Hari Ini. Temubual tu adalah bersama dengan Uncle David. Cerita Uncle David ni saya pernah tengok kat dalam Majalah 3 sebelum ni tentang dia seorang tua yang menjual pelbagai soft toys di kaki lima sebuah bank. Uncle David bukan selebriti, tetapi dia menjadi viral di laman sosial kerana kisahnya. Apa yang menarik saya nak kongsikan hari ni ialah... secebis kisah dari pengalaman Uncle David ni yang buat saya rasa termotivasi.

Kisahnya begini...seperti yang Uncle David citerkan.
"Satu hari ada seorang yang nak sumbangkan RM300 kepada Uncle David sebagai wang ihsan kerana kasihan melihat nasib Uncle David. Wang RM300 tu Uncle David tak ambil sebagai wang ihsan, tetapi ditukar sebagai wang hasil jualan 30pcs soft toys kepada orang tu. Kata Uncle David soft toys yang dibeli tu dermakan kepada rumah anak yatim atau orang tua-tua. Kemudian tak lama lepas tu orang yang nak bagi duit kat Uncle David tu datang dan mengucapkan terima kasih kepada Uncle David sebab dia berasa amat gembira dapat mendermakan 30pcs soft toys yang dibeli tu kepada rumah orang-orang tua. Melihat wajah gembira orang-orang tua yang menerima hadiah soft toys tu buat dia rasa gembira, kata si penderma tu."
Kisah ni buat saya termotivasi untuk buat kebaikan setiap hari... 
"A day a good deeds."



Nota kaki: Kisah Uncle David http://www.worldofbuzz.com/soft-toy-uncle-shares-lifes-story-will-absolutely-break-heart/

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me