Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Wednesday, December 14, 2016

#12: Flashback 2010

Assalamualaikum... Morning!

Alhamdulillah... dah nak masuk tahun ke 7 saya berblogging. Blog saya ni ibarat seperti diary virtual tempat saya meluahkan isi hati dan perasaan saya. Walaupun tak 100% saya luahkan di sini tetapi rasanya apa yang saya tulis akan menjadi memori dan kenangan buat anak-anak bila diorang dah meningkat dewasa nanti.

Alhamdulillah... saya seronok berblogging walaupun follower tak ramai dan entri saya jarang berkomen. Insya Allah nawaitu saya berblogging bukan sebab nak kejar itu pun. Seperti saya nyatakan tadi, inilah diari virtual saya.

Menyingkap kenangan bermulanya blog IT'S ALL ABOUT OUR LIFE ni adalah pada Khamis, 1 April 2010. Dengan tajuk entri yang pertama, Apakah Perasaannya Berblogging? Pencetus idea berblogging ni datangnya dari seorang sahabat. Dan belajar sikit-sikit je dari dia cuba langkah pertama untuk membuat blog ni. Idea nama datang secara spontan! Tengok entri pertama tu pun dah boleh agak apa cerita yang ada dalam blog ni.

Insya Allah selagi ada idea saya akan berterusan menulis di blog ni. Secara tak disengajakan ada juga beberapa rakan baru yang saya kenal melalui dunia Blog ni.

#Nota Kaki: Ada rasa cam nak buat GiveAway sempena ulangtahun ke 7 ni. Ada yang nak ikut tak??


No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me