Assalamualaikum... Morning!!
Dalam perjalanan hidup kita, ada banyak perkara yang memberikan kesan sama ada secara positif atau negatif. Walau macam mana pun kita mesti terus kuat mengharungi kehidupan dan jangan sesekali berhenti mencari jawapan kepada setiap persoalan kehidupan kita.
Sejak umur mencecah 30an nih, perjalanan hidup saya kini mencari jawapan kepada apakah makna sebuah kehidupan? Kenapa kita hidup? Kenapa kena kerja? Kerja hanya untuk duit saja? Penat-penat keje cari duit, akhirnya duit yang dicari tetap surut. Apa erti kebahagian dalam hidup?
Semua persoalan tu menjengah di fikiran dan saya terus mencari sehingga kini. Alhamdulillah, Allah bagi kita petunjuk (yang kita mohon setiap hari dalam solat 5 waktu tu) dan hidayah serta panduan untuk kehidupan yang dipermudahkan itu semua Allah bagi dalam pelbagai bentuk rupanya.
Bagi sesetengah daripada kita saya percaya gambar di bawah memberikan superimpact dalam hidup kita. Meaning, kita nak buat keputusan merantau pun kita fikir mereka. Nak buat keputusan nak kahwin pun kita fikir tentang mereka juga.
Beberapa minggu yang lalu, saya menerima banyak berita kematian ahli keluarga dari kalangan kawan-kawan jiran dan sahabat. Mula-mula ibu kepada jiran meninggal, lepas tu bapa mentua kawan, lepas tu bapa kepada sahabat...... Mengenangkan itu membuatkan saya terfikir bila melihat wajah kedua orang tua saya tu. Bakti macam mana yang dapat saya buat untuk membalas budi mereka berdua semasa hayat mereka???
Saya ada dengar satu ceramah agama, dalam ceramah tu diceritakan tentang sahabat nabi yang mendukung ibunya semasa melakukan haji. Setiap amalan dalam kerja haji tu dia mendukung ibunya masih belum lagi dapat membalas jasa ibu kita yang menahan kesakitan separuh mati semasa melahirkan kita. Lihatlah betapa kita ni kerdil sangat-sangat nak membandingkan bakti kedua ibu bapa kita dengan apa yang kita ingin buat untuk membalasnya.
Untuk itu, tak kira la apa pun kita buat biarlah kita back to basic. Sentiasa kembali kepada fitrah asal kita. Takde mak abah kita melahirkan dan membesarkan kita di dunia ni, takde la kita dapat menikmati apa yang kita ada sekarang ni.
Kepada rakan-rakan yang dah kehilangan kedua atau salah seorang dari mereka, lakukan apa yang termampu untuk mereka supaya sampai bakti kita kepada mereka di sana.
No comments:
Post a Comment