Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Saturday, October 13, 2012

Jihah Diserang Sekali Lagi!

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!

Pada 06 Oktober 2012, Jihah mula mengalami batuk. Hati mula rasa tak tenang. Esoknya 07 Oktober ajak En. Hubby gi bahagian kecemasan utk pemerikasaan lanjut bl pagi tu saya dapati batuk Jihah agak keras dan tanda nafasnya laju mula kelihatan dan demam tak kebah-kebah.

Jihah di bawa ke Bahagian Kecemasan di GH Ipoh, doktor amik X-ray dan Ujian darah. Yang peliknya dh dapat result darah tanpa ada penjelasan apa2 dari doktor, saya ikut je kata doktor pergi ke bahagian farmasi utk amik ubat. Ubat yg diprekripsikan ialah ubat demam, ubat batuk dan antibiotik.

Keesokkan harinya 08 Oktober 2012, saya tgk pagi tu nafas Jihah turun naik sangat cepat dan panas badannya tak kebah2 dari malam saya bagi ubat demam, saya bawak sekali lagi ke Bahagian Kecemasan. And lastly lepas doktor lain check, dia mintak saya tinggal di ward utk pemerhatian selanjutnya.

Dah masuk ward doktor yang membuat review awal, mendiagnos Jihah ada masalah berkaitan paru-paru. Atau lebih tepat ada jangkitan bakteria di paru2 atau perkataan doktor Bronchopneumonia atau Bacterial Pneumonia.

Hari kedua di hospital Jihah nampak sangat lemah dan most of the time dihabiskan dengan tidur dan tidur je. Rasa sebak jugak tgk sebab dia seorang yg aktif dan lasak and nakal at all time waktu dia sihat.





Dalam tahun ni saja Jihah dah masuk hospital 2 kali. Satu pada bulan Feb yg lepas diagnos sebagai Acute Bronchitis. Dan kali ni kena sekali lagi dengan jangkitan yg berbeza.

Jangkitan kali ni berbeza kerana melibatkan jangkitan bakteria. Serta simptom yg agak lebih sikit dari sebelumnya iaitu suhu badan Jihah panas dan demam lambat kebah. Kaedah rawatan kali ni Jihah diberikan antibiotik, ubat demam, oksigen dan juga nebulizer. Di samping tu, saya tetap bagi MRT treatment kepada dia. Kaedahnya sama jugak macam masa mula2 kena dulu Spirulina, Kington, AOII, Air Tulen dan Guasa.








Mungkin ada yg bertanya kenapa dah makan produk MRT, tapi masih lagi kena penyakit?? Nak tau secara lanjut ajukan terus pertanyaan tu kepada saya melalui call/sms 017-5346280, saya boleh terangkan dengan details ttg pertanyaan itu.

Alhamdulillah, Jihah sangat kuat semangat melawan infection itu. Pada hari ke-3 di hospital, dia dah menunjukkan tanda2 penyembuhan seperti demam dah mulai kebah dan batuk serta pernafasan dah berkurangan dan semakin stabil.

Utk pengetahuan anda, kebanyakan anak2 yg masuk ke wad pediatrik itu adalah disebabkan masalah kesihatan yg sama demam dgn suhu tinggi, jangkitan paru2 dan paling ramai yg dtg sebab asma.

Saya percaya ibu2 semua sayangkan anak2. Jadi, berikan mereka khasiat yg terbaik utk membantu upgrade sistem pertahanan badan mereka yg belum cukup matang utk melawan penyakit berjangkit. Jika sedari awal dh ditemui simptom2 luar biasa pada anak2 terutama sekali kekerapan membuang air besar (contohnya kalu 2 atau 3 hari sekali baru membuang) dan rupabentuk najis yg tidak sihat (berketul2, keras dan warna hitam serta berbau sangat busuk), cepat2 dapatkan nasihat doktor ataupun boleh berhubung dengan saya utk perkongsian ilmu dan pengalaman dengan MRT.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me