Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, February 16, 2012

Bila dh nak terkena....

Assalamualaikum semua..

Alkisah kisah dalam kehidupan saya seorang ibu kepada 2 orang princess yg comel. Bila dah nak terkena.. apa nak dikata...

Citer nya bermula dengan kisah ini Acute Bronchitis


Pada 1 Feb 2012, Najihah demam panas mula batuk2 yg luar dari kebiasaan. Sebelum tu kakak Wawa demam dulu, tp alhamdulillah sembuh and demam berkurangan. Berjangkit kat Najihah pulak sehingga batuk berlarutan selama 2 3 hari, paling teruk di waktu pagi and malam kengkadang je batuk. Tp yg plg merisaukan saya, nampak nafasnya turun naik SANGAT LAJU!

Saya ambil precaution step bagi dia supplemen such as ELKEN SPIRULINA, KINGTON, GUASA dan IG6. Batuk masih tidak berkurangan. Demamnya pulak saya ambil langkah lumur seluruh badan ngan air asam jawa, urut badan dia dgn minyak ARO GUASA dan buat urutan GUASA di bahagian meridian paru2.

Pada 3 Feb 2012, saya bawa Najihah ke bahagian kecemasan dan trauma di Hospital Permaisuri Bainun utk pemeriksaan lanjut.

Mula2 diambil darah, diberikan bantuan oksigen (bahagian yg plg dia tak suka and buat batuknya menjadi2 sebab menangis) dan diambil X-ray di bahagian paru2. Akhirnya Najihah admitted to ward, due to pneumonia (mula2 di kesan).

Dush!!!! Hati risau gundah gulana sebab tak penah terfikir akan warded. Kakak Wawa yg selalu demam pun tak penah lagi warded. Najihah di tempatkan di wad pediatrik. Ramai gak kanak2 dan bayi yg masuk ke wad itu disebabkan faktor yg sama mcm Najihah. Mula2 tgk, rasa takut pulak tangan comel Najihah di cucuk jarum utk masukkan air or ubat.

Hari pertama 4hb Feb 2012, review olh doktor kata ada jangkitan virus di paru2 Najihah. Mana pulak dpt virus tu??? Menurut doktor faktor persekitaran dan bawaan udara... Ntah le kat mana Najihah di bawa sampai terkena virus tu. Rawatan diberikan hanya ubat batuk sahaja. Alhamdulillah tak kena cucuk kat tangan. 

Ada kes seorang kanak2 2 tahun diberikan antibiotik melalui tangan 2 kali sehari selama dia duduk di wad tu dh seminggu. Setiap kali diberikan antibiotik, mesti budak tu nangis. Ye la sakit tau bila masuk antibiotik dlm tangan!! Sian dia....

Hari kedua baru disahkan yg Najihah terkena Acute Bronchitis tu. Diberikan rawatan nebulizer untuk permudahkan dia bernafas sprt biasa. Nampak ada perubahan dan pernafasannya tak lagi laju.

Hari ketiga, Najihah demam dan tak dibenarkan balik so kena tinggal lagi satu malam untuk monitor demam. Masih lagi diberikan ubat batuk dan ubat demam sahaja.

Each day kat hospital saya tak sekali pun mengurangkan pemberian suplemen (as an alternative treatment) kepada Najihah. Saya beri dia minum air tulen (Air RO yg dibawa dari rumah, tak sekali pun saya bagi minum air di hospital), Kington, Spirulina, IG6, Guasa dan sapu dada keseluruhan badan dengan minyak Aro Guasa dan air asam jawa untuk turunkan suhu panas badan.

Alhamdulillah hari keempat, berita yg dinanti2kan. Najihah dibenarkan discharged pada 6 Feb 2012. Jangkitan virus dh kurang, paru2 dah tak de bunyi, pernafasan dh ok, batuk dh kurang, dh takde demam.

Nasihat saya, berikan makanan yg berkhasiat untuk memperkuatkan sistem imun anak2. Penyakit zaman sekarang dh tak kenal usia. Seorang kanak2 berumur 2 tahun pun boleh kena penyakit kencing manis (satu wad dengan anak saya). Najihah yg dilahirkan dan membesar dengan sihat, pun boleh terkena. Jadi bila dah terkena.... so sebelum terkena baiklah kita ambil langkah berjaga2.

Sekian.

AO Max saya bagi bila dh balik umah lps discharged

Kington

Aro guasa oil digunakan bersama semasa saya buat urutan guasa

IG6 untuk meningkatkan fungsi sistem imun dan menyembuhkan jangkitan virus tersebut

Merawat semula sel yg rosak

Kayu guasa yg digunakan untuk urutan


Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi saya 017-5346280.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails