Fuh..Fuh...Fuhhhh!!! Kasi buang semua itu sarang labah2.
Sangat tidak boleh menulis entry selama ini bkn sbb sibuk, tp sbb tidak ada kesempatan yg selesa utk menulis. Sekarang bb Jihah sedang lena diulit mimpi (finally!!!) barulah boleh menulis.
Banyak perkara nak diciterkan tetapi hari ni just nak kisahkan sedikit pasal perkembangan bb Jihah dan juga yg plg penting pasal Breastfeeding journey saya bersama bb Jihah.
Rentetan kelahiran Jihah pada 12 Januari 2011 yg lalu, maka bermulalah perjalanan Penyusuan Susu Ibu (PSI) saya bersama bb Jihah. Saya teringin nak letak ticker BF kat blog tapi saya tak tau sama ada saya layak utk meletakkannya.
Permulaan PSI saya bersama bb Jihah bermula dengan baik pada 1 jam pertama di mana itulah saat permulaan paling penting yg boleh membantu menjayakan PSI ibu2. Saya meminta bantuan staff nurse di recovery room 5 minit selepas bb Jihah melihat dunia utk saya memulakannya.
Alhamdulillah pada ketika saya masih di atas katil dalam keadaan masih berbaring, saya berjaya memberikan 'golden liquid' iaitu kolustrum pertama kepada bb Jihah. Saya sangat2 berpuas hati!!
Namun begitu, sehingga ke hari ini perjalanan PSI saya bukanlah mudah. Selain diberikan FM kerana bb Jihah tidak bersama saya semasa di hospital (recovery moment utk beberapa jam), diberikan FM di rumah sbb bb Jihah meragam tak puas menyusu (asyik nangis2 je, takut perut kembung. dan ketika itu baru kuar spital dan balik umah tak tau nk buat camne), bb Jihah kerap muak dan penah muntahkan kolustrum keluar ikut hidung masa di hospital ari tu (mmg gelabah masa tu nasib bb Jihah tak lemas) dan macam2 lagi dugaan, cabaran serta culture shock, saya masih lagi learn to get used to it dan terus mencari sokongan dan dorongan dari kawan2 lain (Wow!! statement paling panjang...).
Sehingga ke hari ini hari ke 22 pantang, bb Jihah adalah bb yg berselera besar. Kalu tiba masa feeding, boleh makan masa selama 1 jam, dan kemudian tak sampai 5 minit nak feeding lagi. Kengkadang stress jugak sebab tak penah lalui keadaan macam ni. Seperti yg saya katakan saya masih belajar menerima dan menyesuaikan diri dengan keadaan semasa.
Walau mcm mana pun sukar, saya bangga dengan diri saya sebab saya sudah tidak lagi memberikan bb Jihah FM (walaupun ada masanya saya HAMPIR2 give up nak top up).
Betul seperti kata2 Momma Mia... apa yg penting???? MIND SETTING!!!
Permata Hati Ibu |
dear fatin,
ReplyDeletejgn give up ye..yg penting skrg ni cuba check balik cara latching tu..mm, tertanya2 juga kenapa penyusuan tu berlaku mcm terlalu lama (1 jam)...adakah baby jihah mau menempel sahaja ke?? mmm..tu pun kena kaji gak tu..apa2pun, take ur time kay..benda ni tak leh tergopoh gapah...ko kena banyak rest sbb bila ko tenang, ko dapat menyusukan jihah juga secara tenang...^_^