Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Sunday, February 20, 2011

Eeeeeee.... malasnya nk pump!!! Susahnya nak uruskan EBM!!!


Honestly penyusuan susu ibu bknlah sst yg mudah utk dilakukan, TETAPI tidak pula menjadi sst yg mustahil utk dilakukan. 

Ini adalah statement yg akn sentiasa saya ulangi setiap kali menulis mengenai BF journey saya. Sebagai penyuntik semangat dan juga sebagai peringatan dan motivasi diri sendiri.

Kenapa saya kata begitu??

Secara fitrahnya semua yg bergelar ibu apabila melahirkan bayinya dikurniakan rezeki susu ibu yg cukup untuk diberikan kepada bayi tersebut. TETAPI, disebabkan cabaran2 yg terpaksa dilalui sama ada si ibu itu sedar atau tidak tentangnya, akhirnya anak itu diberikan susu lembu sebagai pengganti.


Bagi ibu2 yg bekerjaya (atau sekarang ibu2 yg menjadi suri rumah pun dh mula amik kisah), membuat stok EBM adalah satu perkara kritikal yg menjamin kejayaan BF journeynya. Oleh sebab itu, bukan setakat niat atau tekad sahaja diperlukan TETAPI ilmu dan sokongan rakan2 juga sangat penting membantu kejayaan seseorg ibu itu.

Panjangnyalah saya berceloteh ye... TETAPI ini realiti yg saya hadapi kini. Masa preggy dulu niat ada tekad ada ilmu dah dicari, tapi bila melaluinya sendiri barulah tau susah senangnya.

Hari ni dah 40 hari saya berpantang. Tinggal lagi 4 hari je lagi saya nak graduate pantang. Tapi stok EBM belum mencukupi, baru ada 3oz. Itupun 3oz lagi saya dah gunakan hari ni. Macam mana saya nak lalui perjalanan BF saya untuk 5 bulan yg akn dtg dan juga menempuh dugaan di bulan puasa nnt?????

Jawapannya kenalah rajin pumping!


Saya tak tau hari mendatang saya nanti (dan saya tidak mahu terlalu memikirkannya just go with the flow), TETAPI saya tidak akan pernah berputus asa utk berusaha (menghapuskan penyakit M) dan mencarigali lagi ilmu melalui pembacaan, perkongsian dan juga pertanyaan bagi memastikan stok EBM saya cukup bagi permata hati saya, bb Jihah.

Selain daripada ilmu nak pastikan stok EBM yg mencukupi, satu lagi cabaran adalah kaedah pengendalian dan pengurusan stok EBM. For the first time saya pump dan saya nak gunakan stok tersebut, di FB la saya gunakan sebagai tempat utk bertanya dan mendapat maklumat. Hasilnya saya mendapat 2 sumber maklumat yg bermanfaat yg telah membantu saya menguruskan EBM.


Mama Shazura


Mama Qaireen


Kepada ibu2 yg merasakan susahnya nak menyusukan anak2 dengan susu ibu ni, pastinya nak melaksanakan kaedah pengendalian EBM ni satu perkara yg rigid dan rumit serta remeh temeh. 

Sebenarnya nak bancuh susu FM anak tu lagi remeh temeh! Saya berkata semua ini di atas tiket pengalaman saya sendiri yg menyusukan anak sulung saya dengan susu FM selama 3 tahun. Remeh ye puan2 nak bancuh2 bagai susu FM tu. Kalu dh ada stok EBM dalam peti ais, amik rendam ngan air panas terus je bagi. Tak payah nak buka tin, buka termos air panas, nak sukat2 air.

To all mommy to be and mothers yg dh ada niat, tekad dan sedikit ilmu tentang BF teruskan perjuangan dan jgn mudah putus asa. Semoga kita sama2 berjaya ke puncak jaya!!!

Hasil tandem pumping (utk sesi pumping kali ke2 menggunakan pam manual Pureen yg berharga RM 54.90), pada 18/02/11 jam 3ptg. Inspirasi nak buat tandem pumping ni datangnya dari hasil pembacaan di blog Momma Mia tentang the power of tandem pumping.


P/s: Entry menaikkan semangat diri sendiri hari ni ye puan2...

9 comments:

  1. salam perkenalan...

    yup, ilmu tu penting utk berjaya dalam BF...
    hepi breastfeeding...

    ReplyDelete
  2. go go!chaiyok..sy pon besar sgt M nya...:)

    ReplyDelete
  3. jangan give up ye.
    rajin2 pump.
    tendum pumping sangat membantu :)

    ReplyDelete
  4. salam kenal..

    bby kta sebaya la..lahir 12/01/11 juga..sy pun hrp2 dpt buat stok EBM juga utk bby kali ni.. hepi breastfeeding yea!!

    ReplyDelete
  5. good luck kak..deena pun kena kerja keras lagi untuk tambah stock..risau gak ni bila pikir pasal bulan puasa..

    ReplyDelete
  6. sy tak pandai..tapi gatal nak tolong gak..hehe....sy pun pernah buat entry beserta gambar, nak tolong sume mak


    http://azhariahzuber.blogspot.com/2010/12/cara-mengurus-susu-ibu.html

    ReplyDelete
  7. salam mama(s), thank u for all ur feedback... memang penyakit M ni sangat2 lah tidak bagus tp ada ubatnya yg plg mujarab. Whatever it is, kita sama2 berdoa agar perjalanan BF kita sampai ke puncak jaya, chaiyok! chaiyok!

    ReplyDelete
  8. fatin..banyak bersabar ye..serius sy ckp,bkn senang nk berjaya..kita kena bnyk sabar & kuat.InsyaAllah awak boleh..sy boleh..awak pun boleh.

    sy ada pam pureen bateri, sy guna 1 bln je. coz sy beli S3..awak nk tak??sy tolak murah, sekali dgn adaptor.

    ReplyDelete

Jom Follow Me