Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Sunday, August 25, 2013

CHANGES

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...




 Meniti ke penghujung bulan yang ke 8 di dalam tahun 2013, sudah masuk tahun yang ke4 rupanya saya berkecimpung dalam dunia blogging. Melihatkan kembali entry-entry saya yang terdahulu.. baru le saya perasaan, caca marba... hahaha tunggang terbalik dan lintang pukang. Tak terurus langsung dan tak tersusun indah. Tapi saya tetap terus menulis, bukan kerana minat tetapi cara ini saja saya dapat meluah isi hati dan at least satu masa nanti anak-anak saya juga boleh mengikuti blog ini dan mengikut jejak langkah saya, blogging.

Perubahan itu kehidupan. Manusia hidup setiap hari kerana pilihan dan peluang yang membawa kepada perubahan dalam kehidupan. Saya juga begitu, tak betah untuk duduk dalam satu-satu keadaan yang sama dalam jangka masa yang panjang. Bagi yang mengikuti saya dari awal, mesti perasaan yang blog saya direnovate berkali-kali. Dah renovate tak lama lepas tu renovate lagi. Hari ni saya renovate lagi mengikut mood dan isi hati saya. Sebab tu entry-entry yang saya tulis tak teratur. Semua ikut mood dan perasaan saya ketika menulis.

Kali ni saya akan menukar latar penulisan blog saya kepada isu yang lebih penting dalam hidup iaitu MENIKMATI KEHIDUPAN.

Kehidupan saya kini walau tak semewah dari segi $$$ meaning nak gi bercuti ke Pangkor pun berkira-kira apatah lagi nak ke Langkawi atau ke Genting Highlands, nak shopping kat Tesco pun berkira-kira budget yang mana perlu, apatah lagi nak bershopping benda kegemaran saya (of course baju kasut dan beg tangan) yang dah lama saya tinggalkan... tetapi saya dapati banyak perubahan yang telah berlaku terutama sekali attitude saya towards masyarakat. Honestly saya seorang anti sosial, tak suka nak ber'klik' hang out sana sini, dan kawan pun tak seberapa.

Di sebalik perubahan itu, ada satu lagi yang perlukan dedikasi tinggi untuk diubah, iaitu MINDA DAN PERSEPSI. Nak berjaya dalam hidup MINDA dan PERSEPSI kita perlu sentiasa POSITIF (bersangka baik). Sebab tu saya mulakan dengan blog ini sebagai inspirasi saya untuk perubahan 360 darjah dalam kehidupan saya.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(Ar-Ra'd 13:11)



Teruskan mengikuti blog saya ni tanpa jemu, dan saya berharap anda dapat menemukan sesuatu yang anda cari apabila membaca blog saya selepas ini.

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love u

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me