Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Tuesday, August 27, 2013

TERSENTAP

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...




 Saya seorang yang kurang menyenangi perasaan apabila tersentap dan menyentap. Tapi saya seorang yang mudah menyentap hati dan perasaan orang (sejujurnya...secara tak disengajakan). Kerana saya insan yang outspoken, tak pandai nak berbunga-bunga dalam berbicara. Nak cakap tu cakap terus, tak berlapik-lapik.

Jadi salah satu cara saya ialah mengelakkan bual bicara dan sesi sembang menyembang dengan orang. Hanya bercakap bila perlu dan berbual hal yang penting-penting saja.

Namun semakin hari semakin dewasa dan semakin matang akal dan fikiran saya, kini saya belajar satu perkara. Berapa lama kita nak tersentap dengan apa yang orang cakapkan kepada kita. Permulaannya kita sendiri jangan menyentap perasaan dan hati orang lain. Cakap kemudian berfikir terlebih dahulu... Then barulah kita sendiri takkan rasa tersentap bila orang bercakap dengan kita (walaupun kadang-kadang ada tikanya terasa tersentap kot...!).

Pokok pangkal adalah bagaimana kita nak menerima ia secara positif (bersangka baik) atau negatif (bersangka buruk). Semuanya dalam minda dan persepsi kita sendiri.

Kalu kita terima negatif, maka tersentaplah kita bermasam mukalah kita dan muncung pun panjang sedepa. Kalu kita terima dengan positif, maka ia akan berlalu bagai angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di tepi telinga.

Credit all pics to GOOGLE

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love U

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me