Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, September 22, 2016

Guasa sebagai First Aid di rumah

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Sebelum kita masuk ke topik entri, saya nak kongsi sikit tentang guasa ni. Secara ringkas, guasa adalah salah satu kaedah perubatan tradisional cina yang diamalkan sejak zaman dinasti cina dulu-dulu. Cara guasa adalah melalui urutan menggunakan alatan seperti sudu seramik, duit syiling dan juga tanduk kerbau.

Di Malaysia, urutan guasa diperkenalkan sejak 20 tahun yang lalu. Dan satu-satunya tempat yang boleh belajar ilmu guasa ni secara profesional adalah di Elken. Kita ada ramai sifu yang bertauliah untuk mengajar guasa dalam kelas secara profesional.

Kenapa nak kena tau tentang guasa ni? Salah satu sebab ialah zaman kini ramai orang mencari kaedah rawatan alternatif untuk merawat dan mengubati penyakit. Ada yang mencari kaedah rawatan bekam, akupuntur, homeopati dan lain-lain sebagai satu alternatif selain dari perubatan moden (mengamalkan ubat-ubatan kimia).

Kesan utama guasa ialah seperti di bawah...


So, macam mana pula Guasa boleh jadi First Aid Kit di rumah?

Citernya macam ni.... biasa kita ada rasa macam ni tak?
1. Sakit kepala, pening kepala, kepala rasa berat, migrain
2. Bahu rasa keras, kejang, rasa tak selesa
3. Tangan rasa lenguh, sengal-sengal, sakit-sakit
4. Pinggang sakit, lenguh, sengal
5. Kaki lenguh, kejang urat, sakit, sengal-sengal

Untuk masalah yang pertama tu kita selalu amik langkah paling mudah makan ubat paracetamol atau ubat pain-killer. Yang lain-lain tu ada yang tampal koyok atau sapu minyak angin urut tangan dan lain-lain.

Boleh je nak ikut cara tu, apa kata kita belajar satu lagi cara paling mudah, paling senang, paling cepat legakan rasa yang dialami kat atas tu. Dalam 10-15 minit dah boleh rasa perbezaanya.





Selain dari 5 rasa di atas tu, ada lagi keadaan kesihatan yang guasa boleh bantu (termasuk yang melibatkan anak-anak), seperti
1. Batuk
2. Demam ringan
3. Selesema
4. Sakit tekak

Sangat berbaloi untuk memiliki set guasa ni di rumah sebagai First Aid Kit. Nak tau lanjut leh PM saya.



No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me