Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Tuesday, December 31, 2013

Wind Of Change

Assalamualaikum.... Selamat Pagi!!

At one time saya pernah mengalami depresi!

Saya give up dengan life saya.

Saya jadi orang yang sangat negative dengan kehidupan saya.

Saya jadi orang yang berputus asa.

Tetapi Allah menyayangi kita semua. DIA tak pernah tinggalkan kita di saat kita merasakan dunia meninggalkan kita!

Alhamdulillah... saya bangkit kembali memulakan kehidupan baru dengan diri yang baru.

Di sepanjang perjalanan itu, saya masih tercari-cari kehidupan macam mana sebenarnya yang aku inginkan??

Di saat saya mencari jawapan itu saya hampir-hampir kecundang dan saya juga hampir-hampir mengalah.

Alhamdulillah... Diberikan sekali lagi peluang untuk saya memulakan perjalanan saya dengan kaedah yang baru pula.

Di pengakhiran jalan 2013 ini, saya masih belum berpuas hati dengan apa yang saya kecapi. Tetapi tetap bersyukur kerana rezeki Allah ada di mana-mana dan bila-bila masa sahaja. Salah tanggap masyarakat bila menyebut rezeki itu dichannelkan kepada $$$$RM semata-mata. Sucikan mata hati anda untuk melihat apa yang orang lain takde dan apa yang anda ada.. dan itulah rezeki buat anda.

Kedatangan 2014, peluang sekali lagi bagi saya yang Allah berikan untuk saya mulakan sekali lagi kehidupan baru dengan konsep alami... Kembali kepada asal...

Insya Allah muka baru akan menghiasi wajah blog ini dan harapan saya selepas ini apa yang dicoretkan di dalam blog ini turut memberikan anda satu inspirasi untuk anda sentiasa memulakan perjalanan baru dalam kehidupan anda.

Amin...


Friday, December 27, 2013

Being a Good Muslim starts with....

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!

How r u today??

Mulakan segalanya dengan tiada yang lain selain dengan menyebut namaNya...




 Untuk menjadi seorang muslim sejati kita boleh mulakan dengan mereview diri sendiri sama ada kita ada berkaitan dengan perkara yang disebut... 

Sifat-sifat Mahmudah

vs

Sifat-sifat Mazmumah

Kenali hati budi kita dahulu sebelum kita nak mengenali hati budi insan lain kerana jika hati budi kita masih banyak kekurangannya dengan Allah, maka kita kena perbetulkan. Wallahu'alam... Hanya Allah Maha Mengetahui.

Rujukan bacaan boleh juga di sini.



Friday, December 20, 2013

2014 MISSION SELF RECONSTRUCTION

Assalamualaikum.... Selamat pagi!!

Terlalu lama tak update blog...!!

Banyak peristiwa berlaku dalam kehidupan saya sejak akhir-akhir ni dan sehingga la ke hari ni juga.

Nak diceritakan dah basi rasanya... but it's ok we move on forward je la. Past is past kan!

Now we talk about our future... Walaupun penuh persoalan tentang masa depan kita, we must do only one thing... BELIEVE in Allah!!

Positif means bersangka baik kepada siapa?? Hanya kepada DIA yang SATU

Leave all the negativity behind.. don't ever hold yourself to it!! Don't ever again!!!

So.. now we focus more on what will come dalam masa lebih kurang 11 hari je lagi.

Wah!!! kejap je masa berlalu... Anak-anak dah semakin membesar. Kita dah semakin?? Hehehe.. Jawab je... Aiman x kisah!

Bila nak mula tahun baru, as usual semua orang pasang angan-angan, pasang impian, pasang azam baru. Sebelum tu nak tanya dulu azam 2013 macam mana??

Saya masih belum tercapai apa yang diimpikan. Cuma yang pasti azam kita vs Allah's plan yang mana kita nak amik iktibar, itu lebih penting! Banyak yang saya pelajari tentang hidup di tahun 2013 seiring dengan umur yang dah menginjak ke tahun 3 series... (Wah!!! X lama lagi 4 series plak!!!!).

So, my next mission for 2014 is to do self reconstruction!!

Kembali semula ke asal... Cara Hidup Islam.
"Sesungguhnya sahalatku, ibadahku, hidupku dan matiku semuanya untuk allah, penguasa alam semesta!"

Al-Quran dan As Sunnah adalah penyuluh hidup kita.

Sebelum berakhir...

Perjuangan hidup perlu diteruskan, kembali semula ke asal. Kembali ke pangkal jalan. Apapun yang kita lakukan semuanya hanya kerana yang SATU.

Semoga Allah memberkati perjuangan kita!

Amin...

P/s: Sila Layan picca jap...
Durian's hardcore!!
Kena potong!
Najwa admitted for appendicitis (nak tau lanjut kat FB ada citer)


How times fly so fast!!!
Sisterhood!

My home sweet home to be... 2014!

Wednesday, November 13, 2013

MOTIVATIONAL QUOTES

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!








Entri tanpa cerita.. Pilihan di tangan anda, bermulalah segera!

Thursday, October 31, 2013

Macam mana acuannya begitulah kuihnya

Assalamualaikum... Selamat Pagi Jutawan!! Salam Luar Biasa..





 Tinggal 2 bulan lagi kita bakal meninggalkan tahun 2013. If at early of the year saya menyimpan impian dan azam yang menggunung tinggi, baca sini. It is not the end for me kerana selagi hidup ada masa untuk saya membesarkan impian dan berusaha keras mencapai apa yang diimpikan dalam kehidupan saya.

Melalui perjalanan sepanjang 2013, pengalaman paling bermakna saya kutip ialah ilmu dan pengalaman itu sendiri.

Tidak teragak-agak untuk saya mengatakan bahawa Elken adalah platform terbaik untuk saya mengubah kehidupan saya. Tidak dapat disangkalkan lagi!!

Pengalaman dan ilmu yang saya kutip di Elken ialah sebelum kita nak ajak orang untuk berubah... DIRI SENDIRI PERLU BERUBAH TERLEBIH DAHULU!!

Perubahan bagaimana yang perlu saya lakukan untuk berjaya di Elken??

Tak cukup berubahkah saya sehingga saya tak boleh berjaya di Elken hingga ke saat ini??

Yup!! 

Perubahan yang saya buat tak cukup untuk merebut peluang LUAR BIASA dan HEBAT di Elken.

Untuk berjaya di Elken bukan berapa hebat ilmu anda, bukan berapa tinggi tahap pendidikan anda, bukan berapa banyak wang ringgit yang anda labur...

TETAPI

Berapa banyak pengorbanan yang sanggup dilakukan untuk memecah tembok "comfort zone" yang kita bina sendiri??

Itulah yang perlu saya lakukan!

Fatin... 99% of ur attitude, mind and perception affected YOU and YOUR BUSINE$$!!

No other choice...

Either you SINK or you SWIM

Either you TRY or you CRY

Either you FLY or you DIE.

Elken bukan biz biasa seperti di luar sana yang lebih kepada MONEY GAME!

Saya anti MLM, saya anti Direct Selling!!!

But when i'm doing elken biz, it is all about Developing Human Potential!


From ZERO to HERO!


Seorang pelajar tercicir (darjah 3), suri rumah, ibu tunggal, from zero to hero!

Ms. Koick umur 50 tahun. -Seorang suri rumah yg biasa-biasa sahaja. SPM pun tak lepas.

One celebrity entrepreneur, one professional engineer, one despatch boy. Different background, different education standard, different upbringing but they have one same OPPORTUNITY that changed their lives.

Cikgu di Keningau, Kini cikgu di Elken melahirkan ramai jutawan dalam rangkaian beliau

Wednesday, October 9, 2013

Memberi vs Menerima

Assalamualaikum.. Selamat Pagi Jutawan!! Salam Luar Biasa...




 Memberi vs Menerima

Itu pilihan masing-masing.. mcm seorang sahabat saya menyampaikan satu qoute "Life is a matter of choice..". (Tq fren!)

Persoalannya...

Lebih ramai di antara kita yang menadah tangan untuk menerima dari tangan yang di atas (memberi).

Saya tak perlu memperkatakannya secara terus terang lagikan bersuluh, sebab anda semua lebih arif tentangnya...

Persoalan kedua..

Kita bukan nak menjadi penghulur tangan yang dibawah.. tetapi keadaan semasa yang memaksa kita bertindak sebegitu rupa.





Kita jugak mahu bertindak menjadi tangan yang lebih banyak memberi... Namun kerana desakan semasa... kita pun tak mampu nak berbuat begitu. Nak bersedekah, kita berkira-kira wang yang ada di dalam dompet @ di dalam poket, "cukup ke duit untuk diri sendiri kalu dibagi sejumlah wang yang tersisa di dalam dompet @ poket itu??"

Kemudian kita berkira-kira wang tu sepatutnya diberikan atau pun tidak melihatkan kepada keadaan orang yang meminta.

Kerja tapisan kita lakukan sebab kita tidak ada kelebihan wang untuk tujuan memberi!

Jadi untuk menjadi tangan yang lebih banyak memberi kita mesti menjadi KAYA. Yup! Kalau aku kaya.... tak berkira langsung sejumlah wang yang nak kita berikan kepada yang meminta.

Sudah-sudahlah kita hidup sebagai orang yang selalu menerima dan buat pilihan yang tepat untuk cara kita menjadi KAYA supaya kita lebih banyak MEMBERI.

 
Platform terbaik untuk memulakannya ialah di Elken.. Kilang menghasilkan produk 'jutawan'!!!

 Jutawan terbaru, Jutawan MCCM ke 94!


Jutawan MCCM ke 93


Know more and learn more, tak minat pun tak pe... nak tau saja pun boleh..

CALL/SMS/WATSAP 017-5346280

Thursday, September 19, 2013

KESEIMBANGAN HIDUP

Assalamualaikum... Selamat Pagi Jutawan!! Salam Luar Biasa...




 Are you in this position right now???

Kita bertungkus lumus untuk siapa??

Untuk apa?

Renung-renungkan dan selamat beramal....

 7 sebab kenapa kita perlu BERUBAH!!! Berjaya dan Kaya.....

1. Bila Ibubapa anda masih belum MAMPU menunaikan Rukun Islam ke-5 iaitu Menunaikan Haji, siapakah yang akan membantu menunaikan hajat & impian mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak ade duit"

2. Bila Ibubapa anda perlukan duit untuk meneruskan sisa2 kehidupan mereka, untuk makan sesuap nasi, seteguk air, siapa yang akan menanggung mereka?

Tergamakkah kita berkata,"aku pun tak cukup makan."
3. Bila Ibubapa anda sakit, siapa yang akan uruskan bil2 klinik, hospital & kos perubatan mereka? Adakah kita hanya perlu pejamkan mata dan pekakkan telinga? Mereka tidak pernah meminta2 dari kita kerana mereka sangat memahami keadaan kita tetapi kita memahami kah keadaan mereka.

Tergamakkah kita berkata,"aku ada banyak hutang nak kena bayar bulan ni."

 4. Bila Ibubapa anda bersedih kesunyian, tiada anak2 datang menjenguk...siapa yang akan pulang menjenguk mereka sedangkan anda asyik sibuk memberi alasan "SIBUK". Kesunyian ibubapa kita dapatkah kita rasai? Mereka hanya perlukan kita beberapa ketika sahaja sebab mereka sudah merasai tak lama lagi mereka akan berhijrah ke alam kubur yang jauh lebih sunyi.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tapi tak dapat cuti."

5. Bila Ibubapa anda ditakdirkan meninggal dunia, siapakah yang berada disisinya dan menguruskan jenazahnya? Perhatikan wajah ibu/bapa kita buat kali terakhir sebelum kain kapan menutup wajah mereka adakah wajahnya berada dalam keceriaan atau kesedihan.

Tergamakkah kita berkata,"aku bukan tak nak balik tengok mak/bapak aku masa dia sakit tempohari tapi masa tu aku tengah sibuk sangat."

6. Bila Ibubapa anda sudah tidak mampu menguruskan diri mereka akibat keuzuran, mampukah anda uruskan? Ibubapa kita tidak pernah mengeluh ketika mereka membesarkan kita. Mereka akan lakukan yang terbaik untuk memastikan kita mendapat yang terbaik. Biarpun mereka terpaksa berkorban, bertungkus-lumus, bergolok-bergadai tetapi bila tiba giliran kita dapatkah kita lakukan apa yang seharusnya kita lakukan demi SEORANG ibu/ayah? Benarlah, ibu/bapa boleh menjaga 10 orang anak tetapi 10 orang anak belum pasti boleh menjaga seorang ibu/ayah.

Tergamakkah kita berkata,"aku sibuk, biarlah adik-beradik aku yang lain uruskan."

7. Bila Ibubapa anda meminta duit untuk membeli sesuatu yang mereka hajatkan, bolehkah anda berikan tanpa sebarang alasan?Ketahuilah....walau apapun kita lakukan untuk ibubapa kita, kita masih belum mampu membalas jasa mereka kerana setitik air susu ibu...setitik keringat ayah....apakah nilainya pada kita?Lupakah kita bagaimana ibubapa kita membesarkan kita? Boleh kita bayangkan bersama2?....Sedarlah saudara/saudari berkhidmatlah untuk kedua ibubapa kita sementara mereka masih hidup....sedarlah berapa hari lagi kita dapat melihat dan bersama ibubapa kita kerana pengorbanan mereka sangat sangat besar pada kita...

Buktikan!!! Biarpun 100 orang, 1,000 orang, 10,000 orang nak tengok kita gagal TETAPI ada 2 ORANG YANG BENAR2 NAK TENGOK KITA BERJAYA IAITU IBUBAPA KITA. Tunjukkanlah kejayaan sebelum mereka menghembuskan nafas dan menutup mata. Buktikan pada mereka bahawa zuriat yang mereka lahirkan ini adalah zuriat yang sangat HEBAT!
MAKA MARILAH KITA MENILAI DIRI SENDIRI....

Sharing is caring.... Al-Fatehah utk kedua ibubapa kita.

Peringatan yg baik kepada kita semua tak kiralah bangsa dan agama anda.""
feeling blessed.

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love U

Friday, September 13, 2013

SIKAP 99% 1% KEMAHIRAN

Assalamualaikum... Selamat Pagi Jutawan!! Salam Luar Biasa...


Setiap manusia di dunia ini mengimpikan kejayaan dalam hidup.

Hatta seorang pengemis sekali pun...

Sebagai umat Islam tentu sekali impian kejayaan itu diukur bukan hanya di dunia semata-mata tetapi juga di akhirat kelak.

Siapa yang akan berjaya mengecapi impian masing-masing??

Adakah dengan kudrat kekuatan tulang empat kerat?

Atau melalui kepetahan dalam berbicara??

Atau kepandaian dalam mengolah strategi dalam perancangan??

Yang berjaya adalah mereka yang berjaya menakluki sikap diri masing-masing!!

Sikap paling perlu ditakluki adalah semua sikap-sikap negatif yang merosakkan kepetahan berbicara, kekuatan tenaga dan kepandaian mengatur strategi itu.....

Ayuh kita sama-sama ubah 99% sikap untuk memahirkan 1% kemahiran untuk mengecapi kejayaan!!

Next Exit??

Friday, August 30, 2013

MERDEKA

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...



Merdeka, apa ertinya kepada anda??

Menurut kamus, Merdeka bermaksud bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas.

Namun sejauh mana diri kita pada masa kini merdeka seperti maksudnya yang sebenar??

Merdekanya diri saya apabila saya mempunyai kebebasan

1. Dalam kesihatan
2. Kecantikan
3. Kewangan
4. Masa
5. Kekeluargaan
6. Kerohanian



Tuesday, August 27, 2013

TERSENTAP

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...




 Saya seorang yang kurang menyenangi perasaan apabila tersentap dan menyentap. Tapi saya seorang yang mudah menyentap hati dan perasaan orang (sejujurnya...secara tak disengajakan). Kerana saya insan yang outspoken, tak pandai nak berbunga-bunga dalam berbicara. Nak cakap tu cakap terus, tak berlapik-lapik.

Jadi salah satu cara saya ialah mengelakkan bual bicara dan sesi sembang menyembang dengan orang. Hanya bercakap bila perlu dan berbual hal yang penting-penting saja.

Namun semakin hari semakin dewasa dan semakin matang akal dan fikiran saya, kini saya belajar satu perkara. Berapa lama kita nak tersentap dengan apa yang orang cakapkan kepada kita. Permulaannya kita sendiri jangan menyentap perasaan dan hati orang lain. Cakap kemudian berfikir terlebih dahulu... Then barulah kita sendiri takkan rasa tersentap bila orang bercakap dengan kita (walaupun kadang-kadang ada tikanya terasa tersentap kot...!).

Pokok pangkal adalah bagaimana kita nak menerima ia secara positif (bersangka baik) atau negatif (bersangka buruk). Semuanya dalam minda dan persepsi kita sendiri.

Kalu kita terima negatif, maka tersentaplah kita bermasam mukalah kita dan muncung pun panjang sedepa. Kalu kita terima dengan positif, maka ia akan berlalu bagai angin bertiup sepoi-sepoi bahasa di tepi telinga.

Credit all pics to GOOGLE

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love U

Monday, August 26, 2013

BERSYUKUR

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!! Salam Luar Biasa...




Statement di atas sangat2 menyentuh hati.

Kita jarang-jarang nak bersyukur.. bila teringat baru nak mengucapkan kata syukur itu.

Tetapi bila kita terlalai atau dilalaikan dengan hal keduniaan kita langsung lupa nak mengucapkan kata syukur.

Bersyukur bukan sekadar dengan apa yang kita ada, apa yang telah kita perolehi di depan mata. Tetapi bersyukur secara keseluruhan dengan apa yang kita lalui setiap hari setiap minit setiap saat.

Bersyukur kerana keamanan yang ada di Malaysia ketika insan lain nak tidur malam pun tak nyenyak dalam ketakutan setiap saat. Bersyukur kerana kita beroleh rezeki yang banyak setiap hari walau sekadar makan nasi dengan kicap saja. Bersyukur walau duduk rumah atapnya bocor sedangkan ada insan lain yang tidur berbumbungkan langit saja.

Bersyukur kepadaMu Ya Allah atas segala nikmat pemberian rezeki dariMu dari segenap sudut.




P/s: Mengambil kesempatan untuk ucapkan 
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke 56.

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love U

Sunday, August 25, 2013

CHANGES

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...




 Meniti ke penghujung bulan yang ke 8 di dalam tahun 2013, sudah masuk tahun yang ke4 rupanya saya berkecimpung dalam dunia blogging. Melihatkan kembali entry-entry saya yang terdahulu.. baru le saya perasaan, caca marba... hahaha tunggang terbalik dan lintang pukang. Tak terurus langsung dan tak tersusun indah. Tapi saya tetap terus menulis, bukan kerana minat tetapi cara ini saja saya dapat meluah isi hati dan at least satu masa nanti anak-anak saya juga boleh mengikuti blog ini dan mengikut jejak langkah saya, blogging.

Perubahan itu kehidupan. Manusia hidup setiap hari kerana pilihan dan peluang yang membawa kepada perubahan dalam kehidupan. Saya juga begitu, tak betah untuk duduk dalam satu-satu keadaan yang sama dalam jangka masa yang panjang. Bagi yang mengikuti saya dari awal, mesti perasaan yang blog saya direnovate berkali-kali. Dah renovate tak lama lepas tu renovate lagi. Hari ni saya renovate lagi mengikut mood dan isi hati saya. Sebab tu entry-entry yang saya tulis tak teratur. Semua ikut mood dan perasaan saya ketika menulis.

Kali ni saya akan menukar latar penulisan blog saya kepada isu yang lebih penting dalam hidup iaitu MENIKMATI KEHIDUPAN.

Kehidupan saya kini walau tak semewah dari segi $$$ meaning nak gi bercuti ke Pangkor pun berkira-kira apatah lagi nak ke Langkawi atau ke Genting Highlands, nak shopping kat Tesco pun berkira-kira budget yang mana perlu, apatah lagi nak bershopping benda kegemaran saya (of course baju kasut dan beg tangan) yang dah lama saya tinggalkan... tetapi saya dapati banyak perubahan yang telah berlaku terutama sekali attitude saya towards masyarakat. Honestly saya seorang anti sosial, tak suka nak ber'klik' hang out sana sini, dan kawan pun tak seberapa.

Di sebalik perubahan itu, ada satu lagi yang perlukan dedikasi tinggi untuk diubah, iaitu MINDA DAN PERSEPSI. Nak berjaya dalam hidup MINDA dan PERSEPSI kita perlu sentiasa POSITIF (bersangka baik). Sebab tu saya mulakan dengan blog ini sebagai inspirasi saya untuk perubahan 360 darjah dalam kehidupan saya.

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."
(Ar-Ra'd 13:11)



Teruskan mengikuti blog saya ni tanpa jemu, dan saya berharap anda dapat menemukan sesuatu yang anda cari apabila membaca blog saya selepas ini.

I am sorry, pls forgive me, thank u, i love u

Thursday, August 22, 2013

Renovation in Progress

Assalamualaikum... Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...

Renovation is in Progress.

Perubahan membawa kepada kebaikan.

Nantikan kemunculannya!!

Wednesday, August 21, 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!! Salam Luar Biasa...

Ucap selamat yang terlewat...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR BATIN

Friday, July 5, 2013

What is the meaning of Success to you???

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!!

Sebelum memulakan entry hari ni, nak jemput menjengah ke teratak saya yang telah dihapdatekan..jemput singgah ye, TQ!


 Untuk hari ni saya nak berkongsi tentang kisah kejayaan.

Apakah sebenarnya erti kejayaan yang ingin anda capai dalam kehidupan anda yang sementara di dunia ni?

Obviously bermacam-macam jawapan yang akan diberikan, mengikut pilihan hati masing-masing.

Sebelum ni saya tak nampak erti kejayaan sebenar dalam hidup saya, tetapi kini saya semakin jelas tentang satu perkara, iaitu saya perlu menjayakan hidup saya dan membantu menjayakan hidup orang lain juga. 

Itulah erti kejayaan sebenarnya dalam hidup saya.

Apalah erti jika kita berjaya memperolehi kekayaan, kemewahan harta benda tetapi jiran sebelah kita kais pagi makan pagi, orang kita tonton di dalam TV tidak berumah, tidak ada pakaian yang elok untuk dipakai semasa hari raya nanti. Atau kita elok kesihatannya, tetapi orang lain menghadapi masalah kesihatan yang tidak mampu kita nak bantu merawatnya.

Jadi jelas maksud kejayaan dalam hidup saya adalah menjayakan hidup bersama-sama menjayakan hidup orang lain.

Anda bagaimana pulak??






Jom Follow Me