Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, July 5, 2013

What is the meaning of Success to you???

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!!

Sebelum memulakan entry hari ni, nak jemput menjengah ke teratak saya yang telah dihapdatekan..jemput singgah ye, TQ!


 Untuk hari ni saya nak berkongsi tentang kisah kejayaan.

Apakah sebenarnya erti kejayaan yang ingin anda capai dalam kehidupan anda yang sementara di dunia ni?

Obviously bermacam-macam jawapan yang akan diberikan, mengikut pilihan hati masing-masing.

Sebelum ni saya tak nampak erti kejayaan sebenar dalam hidup saya, tetapi kini saya semakin jelas tentang satu perkara, iaitu saya perlu menjayakan hidup saya dan membantu menjayakan hidup orang lain juga. 

Itulah erti kejayaan sebenarnya dalam hidup saya.

Apalah erti jika kita berjaya memperolehi kekayaan, kemewahan harta benda tetapi jiran sebelah kita kais pagi makan pagi, orang kita tonton di dalam TV tidak berumah, tidak ada pakaian yang elok untuk dipakai semasa hari raya nanti. Atau kita elok kesihatannya, tetapi orang lain menghadapi masalah kesihatan yang tidak mampu kita nak bantu merawatnya.

Jadi jelas maksud kejayaan dalam hidup saya adalah menjayakan hidup bersama-sama menjayakan hidup orang lain.

Anda bagaimana pulak??






No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me