Assalamualaikum... Selamat Pagi!!
Alhamdulillah... diam tak diam time goes by, time fly fast, bla...bla...bla.... Dah 5 tahun saya berblogging. Ingat lagi entri pertama saya di sini. Masa tu hingusan lagi. Tak pandai satu benda pun pasal blogger ni nak edit nak letak gambar, nak tukar background, macam-macam la.....
Alhamdulillah.. I am proud of my blog. Biasa-biasa je, follower pun tak seberapa. Tetapi saya tetap terus menulis entry by entry. Saya dah anggap ni satu electronic diary saya. Yang suatu masa nanti akan saya wariskan kepada anak-anak saya. Saya memang suka menulis. Tulis apa saya yang terlintas di fikiran saya. Tak tertumpu pada satu-satu perkara saja.
Saya update blog hanya di CC sahaja sebab saya takde PC di rumah dan smartfon saya tak cukup besar yang memuaskan hati saya untuk digunakan menghapdet blog.
Happy 5th Anniversary to my beloved blog IT'S ALL ABOUT OUR LIFE.
By the way, tengah teringat ni nak kongsi sikit la citer pasal majlis perkahwinan aktor handsome idaman Malaya, si Fahrin Ahmad. Pelakon lelaki idaman kalbu saya tak ramai... ada beberapa je. Saya meletak standard yang tinggi ye untuk mereka bertakhta di hati saya. Jadi salah sorangnya tu ialah Fahrin Ahmad selepas Aaron Aziz.
Jadi hari Ahad lepas tengok Melodi kat TV3 ada la liputan majlis perkahwinan aktor ni. Totally sweet diorang berdua. Tahniah buat Fahrin Ahmad dan pasangan.
Credit picca |
Lama menyepi bab cintan cintun akhirnya kahwin gak dia. Alhamdulillah...tumpang gembira. Citernya, dalam slot Melodi tu ada satu bahagian yang buat saya tersentuh dan air mata saya bergenang...scene apabila Fahrin mencium dahi isterinya lalu dipeluk erat isterinya tu....... Zup!! terasa hati jap ngan scene tu.... Selalu lepas isteri salam tangan suami, cium dahi, habis tang tu je.... ni... Sapa tengok ari tu tau la....
Ok la takat tu je... Nanti sambung lagi k! Da....!!!
Salam singgah!
ReplyDeleteOh, dah 5 tahun berblogging! Lama tu. Happy 5th anniversary yerk. Saya ni baru star berblogging sejak July 2013. Kiranya baru nak masuk 2 tahun. Masih hingusan lagilah.
Saya tak tengok pun Melodi yang ada tunjuk majlis Fahrin Ahmad ni. Sebenarnya dah lama juga tak tengok rancangan ni sebab asal hujung minggu jerk takda kat rumah :)