Assalamualaikum... Selamat pagi!
Sekarang ni tengah fenomena citer SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ ni kan... Saya ni ikut keadaan dan masa tayangan tu, sempat tengok saya tengok la citer tu. By the way bukan nak citer sangat tentang drama tu sebab drama tu memang dramalah sangat....!!! hehehe.. Jangan mare...
Entri hari ni nak share sikit pendapat peribadi dari pengalaman peribadi yang dilalui sendiri. Nak ikut sangat drama Kapten Mukhriz yang dramalah sangat tu memang ada kena mengena dengan realiti sebenar dalam kehidupan rumahtangga selepas kita dah berkahwin (sikit-sikit tu ada la..)
Citernya tak kira la apa pun sebab sebuah perkahwinan (yang ikut syriat ye...) atas dasar suka sama suka, arrangement married ke, cinta pandang pertama ke whatever pun kehidupan rumahtangga untuk 5 tahun pertama ni masa untuk penyesuaian. Jika kita dah berkawan dengan teman kita lebih dari 5 tahun pun, bila dah kawin 5 tahun pertama tu fasa yang sangat kritikal.
Dari tahun yang pertama hingga tahun yang kelima tu la nanti baru kita tau langit tu tinggi ke rendah, musim bunga ke musim salji, warna putih hitam pasangan kita. Macam mana pun untuk pasangan baru kawin perlu diingat kita bersama pasangan bukan kita berdua je. Biarlah korang keluarkan statement "Dia dah kawin ngan kita, dia hak kita..." Aje tak jadinya ayat tu komer..... tak menjadi langsung. Kena terima yang kita kawin ngan seluruh ahli keluarganya. Buat si wanita kita perlu ingat yang si suami syurganya tetap di telapak kaki ibunya. Tak terpisah hanya kerana dia berkahwin ngan kita.
Tengok citer dramalah sangat kapten mukhriz tu.... masa preggy memang masa yang kritikal bagi wanita terutama yang baru nak ada baby. Sepenuh perhatian diperlukan dari suami sebab itu adalah experience pertama yang kita baru nak lalui selama 9 bulan tu. Logiknya, bila berkahwin dengan suami yang askar ni dah tau dan dah sedar yang kita akan terikat juga dengan masa kerja yang tak menentu. Banyak hal yang kita sebagai isteri terpaksa lalui sendiri. Saya personally salute isteri-isteri askar yang sangat independent dan tabah mengharungi kehidupan rumahtangga mereka.
Nak share sikit tips (kesilapan yang pernah saya buat anda takmo u all ulangi)... 5 tahun pertama perkahwinan... develop sikap independent. Sebab dari awal kita dah bergantung pada suami, lama-lama nanti kita jadi lemak. Asyik nak harapkan suami je dalam segala hal. Akhirnya yang susah nanti diri sendiri. Anak seorang boleh tahan lagi, anak dah beranak pinak... Macam mana??
Dalam dramalah sangat kapten mukhriz tu, nak share lagi, kita develop sikap independent, happy wife and sexy wife dari awal... 5 tahun tu fasa penting nak develop culture macam ni. Pas tu tak perlu la kita pulak nak berdrama sangat mengangan sebuah rumahtangga yang indah-indah belaka. Sebab lidah kan lagi tergigit, inikan pula hidup berumahtangga. Mesti ada upside down kena sentiasa bersikap positif dan bertindak secara bijak.
Alhamdulillah.... usia rumahtangga saya sudah lepas fasa kritikal tu dan insya Allah Mac 2017 dah pun masuk tahun ke sepuluh. So far apa yang saya kongsi ni dari pengalaman sendiri dan kawan-kawan sendiri.
Allah dah tentukan jodoh kita, mula-mula percaya dia jodoh terbaik kita (setelah tau kentutnya berbau busuk... hehehehe contoh la...) lepas tu berpijak di bumi nyata jangan terpengaruh dengan dramalah sangat. Sebab bahagia tu kita yang cari dan kita yang bentuk. Paling penting minta pada DIA yang maha memberi.
Ingat untuk kawan-kawan yang baru berumahtangga, 5 tahun pertama ni masa kritikal u all. All the best!
Ingat untuk kawan-kawan yang baru berumahtangga, 5 tahun pertama ni masa kritikal u all. All the best!
No comments:
Post a Comment