Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Tuesday, August 23, 2016

Belief vs Faith

Kepercayaan satu kekuatan... Setiap yg kita lakukan ikut apa yg kita percaya.
Kita kerja siang malam sebab percaya hujung bulan Akan dpt gaji.
Kita Niaga sebab kita percaya boleh dapat untung.
Kita berkahwin sebab percaya pasangan kita dapat membahagiakan kita.
Kita buat apa saja sebab percaya...
TETAPI, jangan letak keyakinan kepada setiap apa yang kita buat tu melainkan keyakinan kita pada yang SATU!
Kerana pemikiran yang positif beerti kita percaya Dan yakin kepada Dia. Kita buat apa pun sebab kita percaya Dan yakin dengan perancangan dari Dia.

Sunday, August 21, 2016

#TB: Makan..makan..makan

Assalamualaikum... Selamat pagi!

Alhamdulillah... Sabtu lepas 6 Ogos selesai majlis makan-makan anjuran Ibu Mertuaku dengan kerjasama biras sekeluarga. Sungguh makan-makannya.. menu ala ala potluck gitu sebab ada 3 orang chef yang jadi tukang masaknya. Emak mentua masak laksa, biras masak nasi minyak dan saya pulak buat mee kari Manora (resepi turun temurun keluarga).


So jadi la begini rupanya... gambar ni sebahagiannya sahaja. Kebetulan le pulak malam tu ada perlawanan bola sepak PERAK vs JDT... apa lagi En Hubby siap setting TV kat laman rumah tu. Setting tempat makan kat luar rumah di buat oleh En Hubby. Dah rupa kedai makan pulak jadinya...


Nak citernya memang begini la keadaannya bila mana keluarga mentua terlibat dalam urusan makan..makan...makan. Serve tu nak kena tip top high class!

Memang tradisi keluarga mentua ni pulak kalau buat kenduri jamu makan orang ni nak masak sendiri. Belum ada lagi yang selama saya jadi part of the family kenduri amik katering. Semua kenduri kahwin adik ipar abang ipar, kenduri doa selamat kenduri kesyukuran, jamuan makan kecil-kecilan semua MASAK SENDIRI. 

Seronok sangat dapat bergotong royong. Walau ada ketika tak dapat kumpul semua tenaga kerja, kerj-kerja masak tu menjadi juga sampai le sesi kendaranya. Penat lepas tu memang le penat!! Cuma itu salah satu cara luangkan masa yang berkualiti untuk bersama-sama dengan family.

Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

 *sticky post*
Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Sesaja je nak join GA ni dah lama bangat tak ngikutin. Cara-caranya ikut je ye... 
Jom Join!


http://syiralokman.blogspot.my/2016/08/giveaway-cash-rm100-by-syira-lokman.html


 Jom join Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !

Syarat :

1. Follow blog atau google + -DONE

2. Follow instagram *jika ada -TAKDE
3. Follow twitter *jika ada-TAKDE

4. Like sahaja fanpage -DONE
Cara mudah :

1. Follow SEMUA syarat.
2. Buat entry bertajuk "Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !"-DONE
3. Letak banner dekat entry/ copy paste code html dalam kotak di atas.-DONE
4. Backlinkkan banner ke sini.-DONE
5. Publish!-DONE
6. Tinggalkan link entry giveaway anda di ruangan komen entry ini sahaja.-DONE


Special untuk anda?


Wang tunai RM30 x1 
Wang tunai RM20 x1 
Tapak Iklan free selama sebulan x1  Topup RM5 x1  [SyiraLokman]


(TOP REFERRAL)
 Wang tunai RM50 x1  [nurfuzie] 


Pemilihan pemenang : pemilihan 100% secara random oleh Syira sendiri (penganjur) :)

Jom ramai2 memeriahkan Giveaway Cash RM100 by Syira Lokman !  ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^

Mula : 1 Ogos 2016 
Tamat : 21 Ogos 2016

Saturday, August 20, 2016

YUNALIS

Assalamualaikum... morning!

Lately saya banyak tengok video Youtube Yuna Zarai. Hmmm tak tau mula macam mana, saya dah deep into lagu-lagu Yuna walaupun sebenarnya saya tak minat muzik macam tu. Macam mana pun so proud of her achievement yang dah bertapak 5 tahun di US. Diam tak diam dia dah menjelejah banyak tempat di US untuk mempromosikan lagu-lagunya. Kipidap YUNALIS!

Komen-komen yang respon kat video-video dia pun tak kurang hebat jugak.


Untuk seorang yang Muslim, di negara kuasa besar US, untuk dia seorang wanita seorang diri, dari negara kecil yang bila disebut kat situ mesti kena ulang dua kali nak membuka pasaran baru saya boleh katakan dia sudah berjaya. Even ada jemputan untuk on air dan live show dan interview kat sana. Yup! she did it!

Lagu baru duet dengan Usher mesti buka mata lebih luas dengan potensi yang ada pada Yuna. Semoga Yuna terus sukses dan terus maju ke hadapan dan mana tau leh menang awards kat sana. And at the same time terus kekal jati diri anak perempuan melayu terakhir walau di mana berada. Good luck!!

Friday, August 19, 2016

Kuliah Jumaat: Kenali diri kenali Pencipta

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Alhamdulillah #syukurselalu sebab kita masih diberikan peluang untuk hidup di atas muka bumi Allah yang sementara ni. Bila dapat peluang untuk hidup lagi, mesti fikir tentang lebih banyak peluang yang patut kita rebut. Jangan biarkan hidup kita 'tersangkut' pada tempat yang sama setiap hari. Sebab apa yang berlaku semalam mesti tak berlaku lagi hari ni. Hari ni adalah new chapter dalam kehidupan kita, new phase, new episode. Jom kita create adventure dalam setiap episode kehidupan kita. Walla!!

Citernya hari ni bukan nak bagi motivational talk kat u all. Just nak share sikit pendapat, pandangan dan buah fikiran. Macam tajuk hari ni, kita kenali diri, kita kenali Pencipta. Soalnya sejauh mana kita mengenali diri kita?

Back to basic, kejadian manusia dalam Al-Quran disebut dengan jelas dan nyata dari tanah, air mani (“nuthfah”), kemudian menjadi segumpal darah seterusnya segumpal daging dan seterusnya boleh terus membaca di sini. Itu dari sudut agama, dari sudut sains kita pun perlu mengenali diri kita siapa. Manusia terdiri daripada jasad dan roh. Jasad kita adalah bentuk fizikal tubuh badan yang kejadian asalnya bermula daripada sel.

http://www.slideshare.net/mrtangextrahelp/08-human-organ-systems


Daripada sekumpulan sel terbentuk tisu, kemudian sekumpulan tisu membentuk sebuah organ tubuh, dan sekumpulan organ tubuh membentuk sistem organ.


http://www.slideshare.net/mrtangextrahelp/08-human-organ-systems


 
 Mengenali diri kita secara fizikal membuatkan kita lebih merasa rendah diri kepada Allah yang menciptakan kita. Kita makhluk unik dan istimewa yang Allah jadikan berbanding makhluk yang lain. Sebab tu Iblis dan syaitan cemburu dan dengki dengan kita dan bersumpah untuk menyesatkan kita cucu Adam sehingga ke akhir zaman.

Nanti saya share lagi post yang menarik berkaitan dengan entri kali ni...

Thursday, August 18, 2016

Sayangku Kapten Mukhriz

Assalamualaikum... Selamat pagi!


 Sekarang ni tengah fenomena citer SAYANGKU KAPTEN MUKHRIZ ni kan... Saya ni ikut keadaan dan masa tayangan tu, sempat tengok saya tengok la citer tu. By the way bukan nak citer sangat tentang drama tu sebab drama tu memang dramalah sangat....!!! hehehe.. Jangan mare...

Entri hari ni nak share sikit pendapat peribadi dari pengalaman peribadi yang dilalui sendiri. Nak ikut sangat drama Kapten Mukhriz yang dramalah sangat tu memang ada kena mengena dengan realiti sebenar dalam kehidupan rumahtangga selepas kita dah berkahwin (sikit-sikit tu ada la..)

Citernya tak kira la apa pun sebab sebuah perkahwinan (yang ikut syriat ye...) atas dasar suka sama suka,  arrangement married ke, cinta pandang pertama ke whatever pun kehidupan rumahtangga untuk 5 tahun pertama ni masa untuk penyesuaian. Jika kita dah berkawan dengan teman kita lebih dari 5 tahun pun, bila dah kawin 5 tahun pertama tu fasa yang sangat kritikal.

Dari tahun yang pertama hingga tahun yang kelima tu la nanti baru kita tau langit tu tinggi ke rendah, musim bunga ke musim salji, warna putih hitam pasangan kita. Macam mana pun untuk pasangan baru kawin perlu diingat kita bersama pasangan bukan kita berdua je. Biarlah korang keluarkan statement "Dia dah kawin ngan kita, dia hak kita..." Aje tak jadinya ayat tu komer..... tak menjadi langsung. Kena terima yang kita kawin ngan seluruh ahli keluarganya. Buat si wanita kita perlu ingat yang si suami syurganya tetap di telapak kaki ibunya. Tak terpisah hanya kerana dia berkahwin ngan kita.

Tengok citer dramalah sangat kapten mukhriz tu.... masa preggy memang masa yang kritikal bagi wanita terutama yang baru nak ada baby. Sepenuh perhatian diperlukan dari suami sebab itu adalah experience pertama yang kita baru nak lalui selama 9 bulan tu. Logiknya, bila berkahwin dengan suami yang askar ni dah tau dan dah sedar yang kita akan terikat juga dengan masa kerja yang tak menentu. Banyak hal yang kita sebagai isteri terpaksa lalui sendiri. Saya personally salute isteri-isteri askar yang sangat independent dan tabah mengharungi kehidupan rumahtangga mereka.

Nak share sikit tips (kesilapan yang pernah saya buat anda takmo u all ulangi)... 5 tahun pertama perkahwinan... develop sikap independent. Sebab dari awal kita dah bergantung pada suami, lama-lama nanti kita jadi lemak. Asyik nak harapkan suami je dalam segala hal. Akhirnya yang susah nanti diri sendiri. Anak seorang boleh tahan lagi, anak dah beranak pinak... Macam mana??

Dalam dramalah sangat kapten mukhriz tu, nak share lagi, kita develop sikap independent, happy wife and sexy wife dari awal... 5 tahun tu fasa penting nak develop culture macam ni. Pas tu tak perlu la kita pulak nak berdrama sangat mengangan sebuah rumahtangga yang indah-indah belaka. Sebab lidah kan lagi tergigit, inikan pula hidup berumahtangga. Mesti ada upside down kena sentiasa bersikap positif dan bertindak secara bijak.

Alhamdulillah.... usia rumahtangga saya sudah lepas fasa kritikal tu dan insya Allah Mac 2017 dah pun masuk tahun ke sepuluh. So far apa yang saya kongsi ni dari pengalaman sendiri dan kawan-kawan sendiri.

Allah dah tentukan jodoh kita, mula-mula percaya dia jodoh terbaik kita (setelah tau kentutnya berbau busuk... hehehehe contoh la...) lepas tu berpijak di bumi nyata jangan terpengaruh dengan dramalah sangat. Sebab bahagia tu kita yang cari dan kita yang bentuk. Paling penting minta pada DIA yang maha memberi.

Ingat untuk kawan-kawan yang baru berumahtangga, 5 tahun pertama ni masa kritikal u all. All the best! 

Wednesday, August 17, 2016

Sukan Olimpik Rio 2016

Assalamualaikum... Morning!!

 To be honest, saya ni bukanlah orang yang fancy sukan.... memang tak gemor nak bersukan. Amik tau tentang hal sukan ni pun.. whatever...! hehehe... Teruk kan?! By the way, ada masanya kena keep on updated jugak sebab nanti kalau tak tau apa-apa hal semasa kena kutuk ngan En. Hubby, buku bergerak saya tu. Katanya "Awak ni tu la... belajar tinggi tinggi tapi tak amik tau hal semasa..." ZUPPPPP!! kena tampor secara lutsinar kejap.

So sekarang ni kan musim Sukan Olimpik Rio, dah nak ke penghujung dah tu nak amik kesempatan untuk ucapkan tahniah kepada penyumbang pingat negara yang telah mengharumkan nama Malaysia ke persada dunia... (ha amik ko bahasa paras tinggi!). Lagi satu selingan jap nak habaq mai..punya la tak amik tau tentang sukan baru tahun ni tau yang sukan olimpik ni 4 tahun sekali baru ada... eeee malu nak ngaku!

Ok sambung balik. Tahniah kepada pemenang pingat Perak untuk pasukan penerjun negara Pandalela Rinong dan Cheong Jun Hoon untuk acara terjun 10m platform seirama wanita.



 Dan juga pagi tadi satu lagi pingat gangsa dimenangi oleh jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang (berita lanjut dalam en GOOGLE).

Credit picca to Google

 Insya Allah harapan untuk emas pulak malam ni untuk pasukan badminton negara.... Tetiba rasa bangga yang tak terhingga masa tulis entri ni.

Jom Malaysian kita bagi support kat diorang malam ni k! 
jutnya di : http://www.bharian.com.my/node/183915

Tuesday, August 9, 2016

#TB: Happy happy coloring

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Sabtu 30 Julai yang lepas Kak Ngah Najihah ikut serta dalam pertandingan mewarna anjuran FAMA sempena fiesta durian yang diadakan di RTC Gopeng.

Ramai yang join semua budak-budak Tadika dan Pra sekolah. Kak Long Najwa kecewa sikit sebab tak dapat nak join. Sebab dua kategori tu je yang boleh masuk.



Hasil kerja Akhir Kak Ngah


Alhamdulillah rezeki durian runtuh

Alhamdulillah.. tak sangka menang dapat tempat naib johan. Dapat hadiah wang tunai pulak tu. Memang rezeki dia la hari tu. Terus gi belanja makan kat KFC dah lama sangat mintak nak makan ayam goreng tu.

Untung sebenarnya dapat masuk pertandingan mewarna ni. Disiplin yang ada dalam pertandingan tu leh ajar anak kita untuk hargai masa sebab kena siapkan dalam masa yang diberi, pastu leh ajar anak kita tertib dan aturan yang betul sebab nak warna mana leh warna durian merah anggur biru kan.... Bagus bagi diorang masuk pertandingan mewarna ni. Selain dari peluang untuk dapat hadiah yang menarik bila menang, ada juga dapat door gift. Kak Ngah dapat door gift pensel warna. Macam pengalaman masa kak long Najwa sekolah tadika dulu, dapat door gift beg sekolah.

Lagipun dapat spend masa yang berkualiti bersama anak-anak jugak kan... Ibu pun leh la gantung kuali kat umah. Hehehe...

Wednesday, August 3, 2016

Pasca Syawal 2016

Assalamualaikum... Morning!!

Alhamdulillah... Dh pun kita ke penghujung Syawal. Masa Ramadhan kita kurang makan, bila Syawal tiba terlebih-lebih makan berbanding bulan lain. Open house tak henti2 setiap minggu. Setiap hari dok pekena saki baki biskut raya yang tinggal. Jadi... Mula le sembelit, ceri beri, sakit perut, perut memulas2, kembung perut.

Jangan gusar jangan khuatir, kita servis usus dan perut dengan Lactose S untuk buang segala macam makanan yang tak hadam melekat di dinding usus. Diambil bersama dengan Elken Spirulina untuk mengimbangi keasidan tubuh akibat dari makanan yang terlebih lemak, terlebih gula, terlebih garam, terlebih kalori, terlebih karbohidrat dan terlebih kolestrol tu.... 

‪#‎jomsihat‬



 

Monday, August 1, 2016

Makhluk Tuhan paling seksi

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Secara fitrahnya saya memang pencinta kucing. Sangat! Mudah tersentuh dan amat sensitif dengan makhluk tuhan paling seksi ni. 

Masa saya mula-mula masuk umah baru kami, entah dari mana munculnya datang kucing macam biasa le mesti le mintak makan. Tak sampai hati jadi kami biarkan je kucing tu tinggal kat sekitar umah dan kami bagi dia makan. Semenjak tu sekor demi sekor datang kucing jalanan (honestly tak tau bertuan ke tidak..) ke rumah kami dan kami tetap bagi makan. Dah 2 tahun duk kat umah tu sekarang dah ada 5 ekor kucing yang stay datang on and off untuk makan.

Nak share citer salah satu dari kucing tu yang kami panggil Nomey. Macam biasa Nomey muncul entah dari mana tak tau bertuan ke tidak. Dok miaw miaw belakang umah. Mula tu saya tak layan dah banyak sangat yang datang ingat bila tak layan tu dia gi ke rumah orang lain la... Kisahnya abang ipar saya ambik dan jaga dia (masa tu dia keje di Ipoh). Bila dia dah balik semula keje di KL, saya di amanahkan untuk memberi makan kepada Nomey. Akhirnya jadi juga tuan kepada Nomey. 

Citernya Nomey ni kucing betina tapi gaya 'tom cat'. Lincah, lasak suka main, garang jugak. Yang buat tak tahan dia ni gelagat dia dan gaya dia bila tidur. Macam-macam gaya yang mana lebih kepada gaya ayu gitu! Tapi ada satu gaya favorite yang memang dia suka buat sempat saya rakam. 

Ni dia... Tdo kuak terlentang!

 Sabo je la... Hehehe

Apapun, memang geram sangat dengan Nomey ni. Tengok la gaya dia ni pulak... Sapa dapat tahan?!

Entah apa angin dia duk kat dustbin tu...

Ngada2!!
 

Jom Follow Me