Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, June 30, 2016

Tutorial Penuh untuk orang yang nak belajar baking

Assalamualaikum... Morning!

Alhamdulillah dah selesai membakar biskut raya untuk tahun ni. Dapat la buat 8 jenis resepi biskut raya dengan modal kurang RM150.00. Dan setiap satu jenis dapat buat paling banyak 200 biji. Berbabaloikan! Harus belajar buat biskut raya sendiri.

By the way masa tengah google cari resepi biskut raya guna majerin saya terjumpa satu web address ni yang saya rasa sangat bagus infonya untuk kita-kita yang baru berjinak-jinak dalam dunia pembakingnan.

Cuba terjah tengok kat sini tau. Sangat informatif!


 

Monday, June 27, 2016

Ceritera orang yang tak pernah buat biskut raya

Assalamualaikum.... Morning!!

Dalam hidup kita ni setiap perkara pasti ada 1st step, langkah permulaan untuk kita buat apa pun mesti mula dengan niat. Semenjak dah duduk umah sendiri, saya pasang niat setiap tahun raya saya nak buat kuih sendiri. Tahun pertama saya mulakan misi ni tahun 2015, alhamdulillah permulaan yang baik.

Alhamdulillah jugak tahun 2016, saya mulakan misi ni dengan inisiatif sendiri, tetapi dengan pemantauan dari Mak mentua. Nak belajar kena la ada mentor kan... So hasilnya selepas 2 hari bertungkus lumus.

Ta da!!!!

Gigih berusaha! Nampak tak latarnya di situ...heheh

Semperit in the making....

Biskut Badam Nestum

Biskut Sarang Semut

Almond London Sebelum dan sesudah itu...

Nyum...Nyum!


 Alhamdulillah, yang paling seronok dapat belajar buat biskut favorite yang sebelum ni kalau nak makan beli kat kedai bila ada budget je, takde budget tak de la merasa. Alhamdulillah pasni leh makan sepuas-puasnya!!

By the way nak citernya, bila buat sendiri biskut raya ni baru la dapat rasa perasaan orang-orang meniaga jual biskut raya tu. Terutama sekali biskut almond london tu. Senang buat tetapi memerlukan kesabaran tahap tinggi sebab apa? Cuba le buat sendiri baru tau... hehehehe.

Dah 2 kali buat biskut raya sendiri fahamlah saya asas nak buat biskut ni sama je adunannya cuma yang membezakan tu tambahan bahan-bahan sampingan seperti Nestum, serbuk koko, oat, badam, etc. Saya pun pilih buat biskut yang mudah dan barang yang diperlukan murah dan senang diperolehi. Bahan utama tepung gandum, mentega, majerin (5 biskut guna mentega, ada 2 lagi guna majerin sebab nk jimat.. hehehe), telur, tepung jagung dan esen vanila.

 Pengalaman setahun sekali memang seronok rasanya. By the way ni la ekspresi diri orang yang tak pernah memasak tetiba kena belajar buat sendiri biskut raya. Teruja terlebih sudah!! Hehehe....

Thanks kepada kawan-kawan yang share resepi mereka di Internet. Sangat-sangat membantu.

Friday, June 24, 2016

Azam 2016: Biskut Raya

Assalamualaikum.... Morning!!

Hari ni nak kongsi cerita tentang persediaan menyambut Syawal. Tahun lepas kali pertama dalam seumur hidup buat kuih raya, citer lanjut baca sini. Tahun ni dan insya Allah tahun seterusnya menjadi azam tahun baru untuk buat invention kuih raya dengan jari jemari Ibu Ilyanie. Hahahahaha!! (gelak orang jahat)

Untuk Syawal 2016, dah prepare beberapa resepi dan dah pun beli barang-barang untuk buat biskut raya. Cadangannya nak buat kuih semperit (alhamdulillah menjadi tahun lepas kali ni kita buat lagi), biskut chocolate chip, cornflakes coklat, biskut sarang semut (siyes!! mula-mula idak le tau ni biskut apa, anak yang sulung request... so tahun ni kita cuba try test okey! hehe), biskut badam nestum, popia mini dan one more.. jeng3x nak try buat biskut almond london u!!!

 Confident level ada dalam 75%, so kita tengok la nanti hasilnya ye.... Tunggu!!

Saturday, June 18, 2016

Superfood: Blue Green Algae

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Saya dah lama join Elken sejak 2010 dan dah 6 tahun saya mengamalkan Elken Spirulina. Alhamdulillah gastrik dan sakit kepala kronik yang saya alami masa zaman remaja dan zaman student dah hilang 100%. Alhamdulillah juga masalah hormon tak stabil, sengugut dan jerawat teruk pun dan pulih.

Selama saya berkongsi dengan orang ramai tentang Elken Spirulina, banyak respon yang saya dapat. Antaranya "jenis cecair ke?", "spirulina  tak sedap rasanya", "orang kata makan spirulina tak elok sebab ada bahan tercemar", "saya makan spirulina badan rasa panas, muka naik jerawat etc...". Semua respon tu betul. Mak saya mkn spirulina demam. Saya makan spirulina gastrik 100% sembuh.

Nak makan spirulina mula-mula kena ada ilmu. Means kena dapatkan info dari seorang yang pakar dan bertauliah tentang bidang sayur pra sejarah ni. Bukan semata-mata guna konsep "orang kata....". Orang yang kata tu siapa?  Sangat rugi bila kita just ambil info dari bukan orang yang sepatutnya.

 Then bila dah ada info dan ilmu mesti la cuba, rasa dan makan sendiri dulu. Sebab bila dah makan, dah cuba dah rasa baru kita tau apa kesan Elken Spirulina tu kepada diri kita sendiri. Nak makan pun jangan berkira berapa biji nak cuba. Ambil 5 biji sehari, amalkan selama 6 bulan dan tengok apa yang kita rasa dan lihat apa kesannya. Kenapa 6 bulan? Sebab tempoh dan jangka hayat sel darah merah adalah 4 bulan, baca sini. Bila kita makan selama 6 bulan, dalam 4 bulan sel darah merah yang mati dan rosak akan disingkirkan di limpa kita dan kemudian sel darah merah baru yang mengandungi khasiat Elken Spirulina terhasil, jadi dari itulah masa yang paling baik nak tengok kesan perbezaannya. Sangatlah tidak berbaloi, jika kita makan dalam masa seminggu sahaja lepas tu kata Elken Spirulina tak berkesan.

Bila ada ilmu kita cuba, rasa dan makan selepas itu kita akan faham. Saya dah makan spirulina 6 tahun, saya dah belajar dan saya dah rasa dan saya dah faham kenapa kena makan. Sebab tu saya terus mengamalkan Elken Spirulina sampai sekarang.





Moral of the story, jadi pengguna yang bijak.

Wednesday, June 15, 2016

Senaman di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Sebelum datangnya Ramadhan, ramai di kalangan kita yang rajin bersenam. Tahniah!! Sebab itu satu gaya hidup yang sihat.

Citernya bila Ramadhan menjelang, ramai di kalangan kita tak sempat nak bersenam. Jadi apa yang boleh dibuat sebagai alternatif kita?

Bagi saya, bulan Ramadhan atau tidak, saya tetap bersenam setiap hari. Tak lama masa yang diambil. Paling lama pun 15 minit je. Bila-bila masa, di mana sahaja.

Tara......!!!




Saya senaman dengan kayu hitam ni.... Senang sangat!! Boleh keluarkan angin badan, bantu peredaran darah lebih baik, bantu tingkatkan metabolisma badan, hilangkan rasa sakit, sengal dan lenguh badan, tangan dan kaki serta boleh keluarkan toksin dari badan melalui perkumuhan.

 Nak cuba? PM je terutama yang tinggal di sekitar Ipoh.

Friday, June 10, 2016

Azam Tahun Baru: Nak sihat Nak cantik

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Personally, saya percaya kita boleh mulakan azam tahun baru kita yang dah tak berapa nak baru ni untuk kekal sihat dan cantik di bulan Ramadhan. Sebab apa tau, masa bulan Ramadhan saja kita dapat peluang sepenuhnya nak rehatkan perut kita dari bekerja 24 jam.

Saya suka idea untuk berusaha jadi sihat dan cantik lebih dilakukan masa datangnya bulan Ramadhan. Sebelum Ramadhan kita ada Rejab dan Syaaban. Masa ni kebanyakan kita suka buat puasa ganti dan puasa sunat. Itu pun satu permulaan yang baik.

Untuk saya tahun ni saya berazam untuk jadikan ibadah puasa saya #sihatpuasa. Alhamdulillah rasa berbeza sangat, rasa lebih seronok dan lebih tenang (dalam erti kata menahan nafsu serakah selera 'RIMAU' hhehehe...), lebih sihat (perut takde krok krik krok krik dan badan takde la rasa lemau sangat).

Apa yang saya amalkan? Macam jugak puasa sebelum ni cuma ada adjustment sikit yang saya buat terutama ketika berbuka puasa. Yang berbeza sikit tahun ni sebab juadah berbuka air tangan sendiri (sebelum ni duk ngan mentua and ipar jadi berkongsi air tangan dengan mereka).

Dah masuk 5 hari puasa juadah nasi putih tak laku masa berbuka. Mee goreng, kueteow goreng dan nasi goreng yang laku. Mula berbuka makan tamar, pastu minum air suam (cukupkan 8 gelas dalam satu malam) then makan la buah-buahan. Pastu solat dulu, baru sambung makan yang berat (but no nasi putih). Air minuman berais diLARANG SAMA SEKALI. Untuk melegakan tekak yang teringin air sejuk, air yang dalam peti ais tu diteguk seteguk dua je la. Biasa le kan mana nak lepas air sejuk ni hehehe... Pas dah setel berbuka rehat jap then ada buah-buahan sambung makan (pas balik solat terawih). Tido macam biasa la kul 11 @ 12 malam.

Masa sahur esoknya, bangun minum air kosong dulu (memang jadi amalan harian), makan ikut apa yang ada tapi yang ringan. Nasi putih dalam portion yang sedikit, makan roti, lebihan nasi goreng atau kueteow atau mee goreng masa berbuka semalam dan tak lupa jamah tamar. Minum air Milo then lebihkan sikit air kosong dalam 2@3 gelas.

Sepanjang hari puasa buat je tugasan rutin harian sebagai surirumah di samping keluar cari prospek untuk buat servis Guasa. Masa sebelum waktu Zuhur saya lelap kejap.

Apa yang penting moto kita ialah #noicecold dan #sihatpuasa.

Thursday, June 9, 2016

Marhaban Ya Ramadhan!

Assalamualaikum... Selamat Pagi!

Alhamdulillah dah masuk hari keempat kita berada dalam bulan Ramadhan 2016. How is ur Ramadhan this year? Masa dulu-dulu faham bila datang bulan Ramadhan asyik ingat tak boleh makan dan minum je. Bila dah berakal sikit tu ingat Ramadhan ni tentang berpuasa dan solat terawih je. Sekarang ni tambah lagi kesedaran tentang bulan Ramadhan, iaitu fokus utama kita yang kita kejar masa bulan Ramadhan ni.

What i mean is.... ikut kepada apa yang kita fokuskan. Semuanya betul belaka takde salah pun. Untuk saya, tahun ni saya fokuskan kepada #sihatpuasa. Tak perlu le kot nak coleteh panjang tentang kebaikan berpuasa dari segi kesihatan kan, sebab u all semuanya pandai dah bab ni... nk google leh je di sini.

Berbalik kepada fokus yang saya maksudkan tadi, ada yang fokus nak turun berat, nak jengah bazar Ramadhan sebab nak makan juadah 'yang hanya ada di bulan Ramadhan' or fokus nak ibadah terutama solat terawih yang hanya ada di bulan Ramadhan or tak sabar dah buat persiapan untuk menyambut Syawal. Bagi saya azam Ramadhan saya untuk tahun ni, berbuka puasa mengikut sunnah, boleh baca penuh kat sini. Dari semuanya tu, satu-satunya yang saya dah berjaya buat untuk 4 hari Ramadhan ni, alhamdulillah... ialah #noicecold. Seronok sangat dan rasa lain sangat. Sebab sebelum-sebelum ni bila berbuka je mesti nak teguk air minuman sejuk atau berais. Teguk memang tak ingat dunia sampai lastnya perut kembung air. Belum masuk makanan lagi. Lepas tu dah boleh rasa kenyang je makan tamar, minum H2O (air), makan buah dan kuih. Then terus solat dulu. Bila nak sambung makan tu portionnya dah takde la sepinggan, jadi separuh je. Untuk Ramadhan kali ni juadah berbuka pun ala kadar je, ada 2 hari tu saya makan kueteow goreng dan nasi goreng je.

Sebenarnya ini satu petunjuk bagi orang yang dah semakin meningkat usianya ni kan... hehehehe. By the way it is a good sign sebab saya percaya dari pembacaan saya dan pengalaman, bulan Ramadhan boleh jadi turning point untuk kita change lifestyle kepada heathly lifestyle.

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al Mubarak!

Jom Follow Me