Assalamualaikum semua!!
Sebelum ni saya gerodek ilmu pasal breastfeeding. Hari ni saya kena gerodek ilmu pasal pemakanan tuk lil Jihah pulak. Sebab tak lama dh dia nak mula makan. Sekarang ni pun nampak gayanya dah pandai tengok benda makan dan orang tengah makan.
Semalam saya try bagi dia pegang biskut marie. Nak tau apa yg dia buat? Terus dia ngap biskut tuh!! Tapi dia tak pandai isap... dia nak gigit terus biskut tuh!!! Haish.. nasib cepat2 amik. Kalu tak tercekik pulak dia. Buat masa ni takde la nampak tanda2 nak tumbuh gigi. Tapi dia sangat suka menggigit ngan gusinya.
Oh ya! Pas saya tarik biskut tu dari tangan dia.. apa lagi.. huwaaaaaa!!!!! Menangis dia. Marahkan saya amik biskut tuh.. Jihah..jihah...
Jika ada apa2 menu nak dikongsikan sila la tinggalkan link kat komen nanti tau. Leh saya terjah dan cuba nanti.
No comments:
Post a Comment