Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Wednesday, June 8, 2011

All about $$$$$

Assalamualaikum semua!!

Dah hampir 8 bulan saya dok goyang kaki aje di rumah, tak berkhidmat bersama masyarakat. Kini sudah sampai ke penghujung ketika di mana, saya perlu bangkit semula untuk berkhidmat bersama masyarakat (wallawei!! ayat tak leh blah!!).

Selama saya dok di rumah bersama anak2, saya jadi insaf dan mula percaya kepada kuasa wang ringgit. Memang tak hidup manusia sekarang tanpa wang ringgit. Semuanya tentang $$$$$$$.

Kan best kalu kita ada pokok duit kat laman rumah. Kuar umah je main petik aje duit2 yg ada kat pokok tu. Tapi nak ada pokok duit pun kena la usaha tuk tanam, baja dan siram. Pendek kata, apa2 pun yg kita nak di dunia ni walaupun $$$$ kena la usahakan jugak. Takleh la nak harap duit tergolek depan mata, atau kita seru je duit terus menyembah ke kaki kita.

Selama ni, sejak saya menjadi graduan, graduate dan berada di alam pekerjaan saya pegang duit sendiri. Saya nak beli apa2 pun saya tak susahkan sesiapa baik mak abah atau adik beradik. Tapi sekarang bila dah duduk umah rasa susahnya takde duit!!! Terasa sangat la yg diri ni kerdil di hadapan semua orang. Sebabnya kita graduan yg ada kelayakan tapi tak dapat nak cari duit sendiri, terpaksa mengharap belas ihsan dari En. Hubby (huwaa!! nak nangis nih).

Saya kasihan tengok En.Hubby, setiap hari teruk bekerja nak dapatkan gaji bulanan yg sama setiap bulan, yg mana bila dapat setelah 25 hari bekerja abis dalam sekelip mata jek. Nak lekat kat dalam bank satu hari pun tak sampai. Haish!!! Duit..duit..duit...

Harga itu naik, harga ini naik tu dh takleh nak cakap apa sebab itu semua di luar kawalan kita. Nak tak nak sekarang ni, terpaksa la saya keluar untuk mencari keje untuk dapatkan $$$$ lebih.

Tapi kata orang tua2, besar periuk besar la kerak nya. Sampai bila2 pun kalu kita cari $$$ tak penahnya nak cukup. Tapi apa nak dikata, itu la lumrah kehidupan kita di zaman sekarang. Jadi macam mana???

Nak tak nak saya kena keluar juga la mencari $$$.

P/s: Ngomelan kosong seorang insan yg tak berapa nak mandang $$$ nya.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails