Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Tuesday, June 21, 2011

Dia buku bergerak saya!

Assalamualaikum semua..

 Petang2 gini sedap gak buat taik mata yek! Anak dh tido tapi si ibu pula tak boleh nak tido. Kena menelaah utk intebiu minggu depan. Haish!! Seram pula sebut pasal intebiu.

Petang ni nak citer pasal buku bergerak saya, iaitu En.Hubby. Yup! Dia buku bergerak saya. Tanyalah pasal politik, isu semasa, ekonomi, dunia, NAM, ASEAN, NATO, UNCHR, KOMANWEL, Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua, semualah yg berkenaan mesti dia dapat jawab. Detail pulak tu! Bila dibuka satu topik contohnya pasal ekonomi meleret2 la nanti dia bercerita. Suke!!!
Tapi saya tak reti hape pun, walau saya degree holder. Kengkadang malu jugak ngan dia sebab pendidikan dia setakat SPM je. Tapi ilmu pengetahuan am dia ibarat master degree holder.

Sebenarnya memang dia bising sebab saya malas baca pasal isu semasa. Pada dia dah kita ni degree holder, pemikiran dan ilmu mesti la lebih sket dr dia yg SPM je kan. Tapi tu la, bukan masalah tahap pendidikan. Masalah utamanya budaya membaca tak tersemat dalam diri saya. Membaca pun takat mana yg perlu dan memilih lagi tu apa yg nak dibaca. Hee...malu rasanya bila dia perlekehkan degree yg saya ada. En.Hubby sangat suka membaca, kalu suratkhabar tu dari kulit ke kulit. Menurut katanya masa zaman sekolah dulu fav subjek dia ialah Sejarah. Dia menelaah buku sejarah tu mcm baca buku cerita. Sebab tu kalu cerita pasal kemerdekaan Malaysia dia ingat setiap tarikh penting dan peristiwa dan juga nama org yg terlibat.

Tu la, walau dia tak seromantik Seth (watak dalam Nora Elena), tak sehensem Aaron Aziz (ku jatuh cinta padamu kini), tak pandai nak bergaya macam Abah saya. Saya tetap sayangkan dia sebab dia buku bergerak saya!
Actually n3 ni dibuatkan khas utk edisi hari bapa Ahad lepas dan dia g keje tinggalkan kami anak beranak tuk 3 hari mulai dari hari ni. Windu kat dia!!


No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me