Assalamualaikum
Hasrat hati menggunung tinggi nak buat mcm2 perkara di tahun 2011 ni. Tapi apakan daya cempedak tak akan menjadi nangka sebab buah cempedak boleh digoreng, buah nangka sedap di masak lemak sahaja.
Azam tahun Baru 2011 nak buat macam2
Honestly, nak buat. TAPI ada 3 perkara utama yg mengekang hasrat ini tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini. Modal of course tak mandang masa ni, produk tak decide nak jual pe sebab dah banyak sgt blogshop jual tudung, pakaian, aksesori wanita dan kek. Last but not least, masa yg sangat mengekang.
Nampak gayanya tak mandang gak yg ni sebabnya rasa tak perlu nak beli yg baru, tak tau le kot esok dh dpt koje gomen, kena pulak pakai BP baru. Ni kira KIV dulu la.
- Exclusive Breastfeeding for 6 month-Phase 1
Insya Allah lagi 2 minggu dapat capai phase 1 in breastfeeding bb Jihah. Sekarang ni pun dh get ready menu pertama yg nak diberikan pada dia. Semoga dipermudahkan Allah perjalanan breastfeeding saya bersama bb Jihah, Amin...
- Maintain berat badan ideal 55kg
Masa dalam pantang fikirkan mudah je nak maintain berat badan. Bukan la susah sangat cuma diri sendiri je yg tak pandai nak berdisiplin dalam diet harian. Tak cukup zat yg diperlukan dalam diet harian, masih kurang vitamin (sayuran dan buahan), terlebih sikit sebanyak gula, garam, aji ngan minyak (lemak), kengkadang tu termiss gak minum air ais. Hehehe.. btw, berat terkini yg saya timbang 57.9kg, ok la tu kot. But always and everyday amalkan supplemen kesihatan ELKEN, especially ELKEN Spirulina. Kena usaha lebih gigih lagi. Chaiyok! Chaiyok!
Alhamdulillah, saya dah jadi diri saya semula. Before this saya seringkali rasa down, stress dan sering bersifat negatif. Ntah le.. last year memang saat2 mencabar bagi saya. Sekarang pun sama tapi dengan diri saya yg baru (seperti sedia kala) saya tabah menghadapi saat2 genting dan sukar dalam hidup.
Lagi satu saya dah berani mencuba untuk new presentation of myself, maybe sebab umur pun dah menginjak angkanya ke series lain, nak tak nak kena la amik berat sikit soal kesihatan diri. Nanti bila dah sampai masa sakit sana sini susah juga kan.
Begitulah adanya diri saya sekarang. Nak kena revise selalu supaya kita ingat matlamat diri dan hidup ada landasan untuk mencapai matlamat tersebut.
Apa yg saya perlu buat sekarang ialah keep on track dan terus mencari jalan untuk meningkatkan kualiti hidup from negative to positive.
Chaiyok! Chaiyok!