Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Monday, October 31, 2016

#5: Throwback Jenjalan ke UTP

Assalamualaikum.... Morning!

Baru-baru ni saya dan anak-anak mengikut suami ke UTP sebab kat sana ada lawan bolasepak team PALMA FC. Selain nak tengok game bolasepak tu saja jalan-jalan bawak anak tengok macam mana rupa Universiti ni.

Bergerak dari rumah pun dah hujan lebat, sampai kat UTP masih hujan. Jadi saya bawak anak-anak ke masjid UTP yang kebetulan dekat dengan padang bola tu. So singgah solat Asar dulu. Masa berlegar dalam kawasan masjid, rupa-rupanya ada tasik mini di masjid tu. Ada nampak orang sedang bagi makan ikan-ikan dalam tasik tu. Saya tak de bawak roti pun untuk diberi makan kepada ikan-ikan tu. Kebetulan le pulak pihak masjid letakkan satu bakul besar makanan ikan dalam plastik yang dah dibungkus satu persatu. Syaratnya sedekah je la RM1.00 untuk satu bungkus makanan ikan tu.

Seronok anak-anak bagi ikan-ikan tu makan. Banyak pulak tu ikan dalam tasik tu!! Sempat la jugak anak-anak berposing dalam masjid tu. Layan je la picca ye....







 

Tuesday, October 25, 2016

Guasa Sebagai Alat Untuk Kecantikan Wajah

Assalamualaikum... Morning!!

Sebagai wanita, kita memang menitikberatkan soal kecantikan wajah. Ada yang sanggup melabur ribuan ringgit untuk mencantikkan wajah. Apa jua cara itu pilihan peribadi. Tetapi saya nak kongsikan satu cara paling mudah dilakukan dan boleh dibuat di rumah saja at all time available. Janji kena rajin je.... nak cantik mesti kena rajin.

Melabur dengan kurang dari RM50, kita boleh buat treatment wajah di rumah. Nak labur extra leh juga guna bersama dengan krim urut muka.


Set Rawatan wajah dengan Terapi Guasa


Caranya kita boleh lakukan dengan mudah ikut langkah demi langkah seperti gambar di bawah. Nak buat anytime, anywhere, berapa kali pun boleh, jika tak guna krim urut tu pun boleh. Dapat guna krim lagi bagus, selepas cuci muka buat terapi urut guasa ni.


1, 2 - Mencegah kedutan di dahi
3 - Mencegah hidung tersumbat (saya selalu buat bahagian ni bila hidung tersumbat)
4, 7 - Kurangkan keletihan mata dan menambah ketajaman penglihatan
5, 8 -Menyihatkan bahagian bawah mata, elakkan mata panda
6, 9 - Mencegah kedut dan garis halus di sekitar mata
10, 13 -Kurangkan bintik hitam dan pori tersumbat
11, 14 - Kurangkan jeragat dan pigmentasi
16 - Menguatkan bahagian gusi atas
12, 15, 17, 18 - Mencegah kedut dan menguatkan gusi bawah
19 - Menguatkan kerongkong, mencegah kedut di leher
20, 21 - Melegakan bahu yang sakit

Jom Follow Me