Secara fitrahnya, setiap makhluk Allah makan untuk membina kehidupan. Tapi berapa ramai di antara kita yang mengambil berat soal apa yang kita makan dan minum setiap hari dan apa yang kita lakukan untuk kekal sihat setiap hari? Aku sendiri mengaku mengambil ringan soal apa yang aku makan dan minum setiap hari. Ye lah kan... perut rasa lapar tengok dalam fridge ada macam-macam, bedal aje le kan. Tidak pun, kat opis masa lunch, keluar pergi cari tempat nak lunch tiba-tiba terpandang McD le pulak.. apa lagi drive thru aje le.
Banyak perkara yang menyedarkan aku tentang pentingnya kesihatan ni, dan bukan sekadar nak cantikkan badan je tapi sihat luaran dan dalaman. Nak sihat luaran mesti sihat dari dalam badan, nak sihat dalam badan adalah melalui apa yang kita makan. Sebab tu aku akan selalu berkongsi ngan korang bab makan dan kesihatan ni.
Sambung balik diskusi kita.
Sebenarnya kita selalu membaca atau terbaca tentang masalah kesihatan yang berlaku akibat pengambilan makanan yang tidak seimbang. Tapi kita ni macam tak rasa susah hati bila kita membacanya saja. Kalau dah terkena pada kawan-kawan, keluarga atau saudara mara kita barulah nak ambil iktibar. Tapi sekejap saja, nak diet lah, nak kurangkan makan nasi le, nak kurangkan garam, gula dan Pak Aji le.. Then kita akan mulakan balik rutin kita seperti biasa, tambahkan gula, garam, Pak Aji, makan McD, KFC makan lewat malam dan sebagainya.
Dalam akhbar Utusan Online 30/03/2010 kolum kesihatan, faktor utama yang menyebabkan rakyat Malaysia ni mudah dijangkiti penyakit ialah disebabkan corak pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Salah satu contohnya ialah tabiat makan makanan yang banyak lemak dan gula tapi jarang-jarang atau tak penah langsung bersenam. Akibatnya sistem pertahanan badan menjadi lemah. Bila sistem pertahanan badan lemah, sebab tu kita senang terkena penyakit. Selain itu yang menjelaskan tentang corak hidup yang tidak sihat adalah seperti berikut:
1. tekanan kerja atau desakan kehidupan- ada yang mengambil jalan makan..makan.. dan makan untuk hilangkan tekanan
2. tidur dan rehat yang tidak mencukupi
3. ketagihan merokok, minuman beralkohol- ini pada sesiapa yang mengamalkannya
Macam mana caranya kita nak enjoy apa yang kita makan or buat, but at the same time kita masih boleh sihat? Hem... susah..susah... Susah ke? Tak jugak sebenarnya... Nak tau caranya tunggu.... Insya Allah dah sampai masa nanti aku citer kat korang rahsianya. Tapi jangan lupa ikut sume diskusi aku tentang bab makan ni, ok!
Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0330&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_02.htm
Showing posts with label MAKANAN. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN. Show all posts
Wednesday, April 7, 2010
Saturday, April 3, 2010
MAKAN UNTUK HIDUP ATAU HIDUP UNTUK MAKAN?

Sebenarnya aku amik masa dua hari untuk memikirkan apa yang nak ditulis dalam blog aku ni. Tentang hidup aku takde pape yang menarik untuk dikongsi. So aku fikir, untuk kali ni, aku ingin menulis tentang makan.
Siapa yang tak suka makan jatuh tangan.....?! :D
Of course semua makhluk ciptaan Allah di muka bumi ini makan. Apa yang istimewanya tentang makan ni sehingga aku terpanggil untuk menulis tentang MAKAN? Actually banyak sebab tapi salah satunya adalah kerana hari-hari aku melihat orang makan DAN bila aku explore blogger-blogger lain mesti ada citer bab makan (resipi dsb). Dok kat kedai aku setiap hari, melihat pelbagai gelagat manusia membeli makanan, makan dan sesudah makan, menyebabkan aku terfikir sejenak, untuk apa mereka makan? Untuk apa kita makan? Makan untuk hidup ATAU hidup untuk makan?
Bila aku sengaja tekan entry EAT(MAKAN) di search engine Yahoo, ada 990,000,00 results tentang makan. Wow! Rupa-rupanya banyak kisah di sebalik makan ni. Tapi aku tertarik untuk berkongsi tentang satu artikel dari website http://psychcentral.com/blog/archives/2009/08/26/what-is-normal-eating/ tentang tajuknya "What Is 'Normal' Eating?". Kenapa pulak le orang nak bincang pasal bab makan secara normal ni? Bukan ke makan tu tabiat yang normal atau biasa kita buat hari-hari? Jadi apa cerita di sebalik tajuk itu? Dari pembacaan aku, berikut adalah sebahagian pemahaman aku dari artikel tersebut yang aku ambil:
- Makan secara normal bila kita lapar kita makan sehingga puas- tak kisah le berapa pinggan nasi yang kita makan atau berapa jenis makanan yang kita ambil.
- Makan secara normal bila kita lapar kita nak makan tapi kita pilih-pilih dulu makanan supaya pilihan kita tu adalah makanan yang berkhasiat dan memberi nutrien pada tubuh badan dan pada masa yang sama korang tak nak terlepas untuk menikmati keenakan makanan tu.
- Makan secara normal bila kita nak makan sesuatu makanan kita makan sikit-sikit sebab kita boleh makan lagi esoknya ATAU makan banyak-banyak sebab kita rasa makanan tu sedap sangat.
- Makan secara normal bila kita makan, dan makan, dan makan dengan harapan bahawa tubuh badan kita boleh menerima apa segala jenis makanan yang kita makan walaupun sebenarnya kita tak boleh nak makan dah.
Dalam mencari jawapan kepada soalan itu, aku terjumpa satu web yang mengetengahkan cerita tentang makan secara normal mengikut Islam (adab-adab makan). Makan secara normal dalam Islam terbahagi kepada 3 bahagian. Berikut adalah cara bagaimana orang Islam dianjurkan makan secara normal:
ADAB MULA MAKAN
1. Sumber makanan haruslah dari sumber yang halal dan cara memperolehinya juga mestilah dengan cara yang halal.
2. Membasuh tangan.
3. Membaca doa.
4. Rasa redha dan bersyukur dengan rezki yang terhidang.
5. Digalakkan makan secara berjamaah, cth bersama ahli keluarga, rakan-rakan.
ADAB SEMASA MAKAN
1. Mulakan dengan Bismillah.
2. Mengakhiri makan dengan pujian kepada Allah.
3. Menggunakan tangan kanan.
4. Makan menggunakan 3 jari (lebih sopan bila kita makan dan takde le kita makan dengan gelojohnya kan...).
5. Mengunyah makanan secara perlahan-lahan dan tidak menambah makanan lain ke dalam mulut sebelum menelan makanan yg sedang dikunyah (mengelakkan dari kita tercekik dan gelojoh ketika makan).
6. Mulakan dengan memakan makanan yang terletak berhampiran dengan kita (Adab ini agak kurang jelas maksudnya, kalu ada kawan-kawan yang boleh bagi penjelasan, sangat dialu-alukan).
7. Jangan meniup makanan yang sedang panas, biarkan seketika sehingga sejuk atau sehingga ia boleh dimakan.
8. Menghindarkan diri dari rasa kenyang yang melampau (Kalau dah kita makan berlebihan sampai kenyang sangat kan nanti rasa malas nak buat keje, perut pun rasa senak dan sebu semacam aje).
9. Jangan minum terlalu banyak ketika makan ( Minum banyak nanti cepat kenyang, makanan belum habis kita dah rasa kenyang, langsung membazir je makanan tu).
“Wahai anak muda, sebutkanlah Nama Allah (Bismillah), makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari apa-apa yang dekat denganmu.” (HR. Bukhari Muslim)
ADAB SESUDAH MAKAN
1. Hendaklah berhenti makan sebelum kenyang.
2. Membasuh tangan dan berkumur.
3. Bersyukur kepada Allah dengan sepenuh hati dan menganggap makanan itu adalah rezki dan nikmat dari Allah.
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (Al-Baqarah, ayat 172)
Bukan mudah juga untuk kita mengamalkan kesemua adab-adab makan tu kan? Tapi seelok-eloknya kita ambil dan amalkan sebagai memenuhi tuntutan agama dan sunah Nabi Muhammad S.A.W. Insya Allah, aku akan citer lagi pasal makan ni tapi dengan topik lain yang lebih menarik.
p/s: Jika ada sebarang kesilapan sila perbetulkan, saya budak baru belajar. Dan apa-apa pun aku menulis untuk mengingatkan diri aku sendiri dan berkongsi dengan semua....
Rujukan:
http://www.scribd.com/doc/3415759/kitab-adab-makan#
http://muslimah.or.id/akhlaq/adab-adab-makan.html
Subscribe to:
Posts (Atom)


