Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Monday, October 30, 2017

TIPS MEMAKAI BLUSHER MENGIKUT KESESUAIAN BENTUK WAJAH


TIPS MEMAKAI BLUSHER MENGIKUT KESESUAIAN BENTUK WAJAH


Sebelum kita nak keluar pastinya sudah tidak asing lagi dengan Blusher? Meskipun cara menggunakan blusher terlihat sangat senang, tapi tahu tak kalau setiap wajah memiliki cara memakai blusher yang berbeza mengikut bentuk wajah itu sendiri. Pemakaian yang salah membuat wajah akan kelihatan tidak cantik

 Nah, intai tips memakai Blusher mengikut kesesuaian bentuk muka dibawah ini!


Oval
  • Untuk  yang memiliki bentuk wajah oval, aplikasikan blusher secara memutar di bahagian tengah pipi, kemudian ke arah bahagian pelipis mata. Melalui cara ini akan menonjolkan tulang pipi tanpa terlihat berlebihan.


Bulat
  • Pemakaian blusher untuk wanita yang berwajah bulat. Sebaiknya dimulakan pada bagian bawah tulang pipi ke arah sudut mata. Aplikasikan blusher dengan gerakan dari atas kebawah. Cara ini memberikan effect pada wajah jadi lebih tirus dan ramping.


Petak
  • Sapukan blusher dengan cara memutar dan fokus pada bulatan pipi, cara ini untuk menyamarkan bentuk rahang. Bila menginginkan bentuk rahang bulat, kamu perlu menyapu blusher dari dagu ke bahagian bawah telinga secara nipis.


Hati
  • Kamu perlu menyapukan blusher dari arah tulang pipi ke arah telinga lurus secara horizontal. Supaya wajah nampak  lebih lebar. Boleh ditambahkan shading di area dagu dengan pemilihan warna yang lebih gelap dari warna blusher yang digunakan. Hasil akhir dari pemakaian blusher ini akan membuatmu terlihat feminin dan lembut.


Haa..dah tahukan teknik menggunakan blusher yang bersesuaian dengan bentuk wajah korang? Selamat mencuba !

Monday, October 23, 2017

TIPS SOLEKAN MATA YANG NATURAL





TIPS SOLEKAN MATA YANG NATURAL

Kebanyakan wanita yang bekerjaya sukakan makeup  yang sederhana, tidak terlalu heavy namun nampak ringkas dan lebih natural walaupun bermakeup. Solekan pada mata juga boleh menaikkan seri di wajah supaya hasilnya nampak lebih cantik dan natural tanpa solekan yang berlebihan.


LANGKAH 1 : Pembayang Mata
Anda perlukan tiga warna pembayang mata iaitu tona tanah yang cerah, sederhana cerah dan gelap. Sapukan tona cerah bermula dari garisan bulu mata sehingga ke bawah kening.
Kemudian, sapukan pembayang mata dengan tona sederhana cerah. Tona sederhana cerah adalah definisi kepada warna natural, jadi anda tidak perlu meratakan pembayang tersebut.
Untuk tampak lebih gelap, sapukan pembayang mata tona gelap di garisan mata yang berkedut untuk menampakkan pembayang mata tersebut sekata dengan warna cerah tadi.
 
 
LANGKAH 2 : Penggaris Mata
Gunakan penggaris mata yang berona gelap untuk menggariskan sepanjang hujung kelopak mata.
Pastikan garisan yang anda oles menggunakan penggaris mata pada bahagian atas kelopak mata dan bawah garisan bulu mata bertemu pada hujung mata.
Juga pastikan penggaris mata itu tersebut kering kerana jika tidak ia akan menyebabkan penggaris mata comot di sekitar kelopak mata.
 
 
LANGKAH 3 : Maskara
Gunakan pelentik bulu mata sebelum memakai maskara.
Oles maskara bermula dari akar bulu mata sehingga ke penghujung bulu mata.
Sapu beberapa lapis maskara agar bulu mata tampak lebih lentik dan tebal.

Selamat Mencuba!

Monday, October 16, 2017

4 TEKNIK MUDAH MEMAKAI PERFECT BROW SHAPING NURRAYSA


4 TEKNIK MUDAH MEMAKAI PERFECT BROW SHAPING NURRAYSA

Hai semua, siapa dekat sini dah dapatkan Perfect Brow Shaping Nurraysa? Dah dapatkan Brow Shaping tapi tak reti nak guna macam mana sebab anda baru nak try?
Ha… jangan risau. Kakyung akan share kan step mudah cara memakai perfect brow shaping Nurraysa okay? Jom check it out.

LANGKAH 1:
Sikat bulu kening dengan menggunakan berus dengan mengahala ke atas
LANGKAH 2: 
Dengan menggunakan Perfect Brow Shaping lukis bentuk kening
LANGKAH 3:
Penuhkan kening yang dilukis tadi dengan menggunakan Perfet Brow Shaping
LANGKAH 4:
Sentuhan terakhir, dapkan Glowing DD Moist Cake di bawah kening agar kening lebih nampak kemas

Thursday, September 28, 2017

3 MANFAAT KULIT BUAH PISANG UNTUK KESIHATAN KULIT
Buah pisang sangat sinonim dalam kalangan kita untuk proses melawaskan makanan yang dimakan. Ada juga sesetengah daripada kita yang makan untuk membantu merawat kulit wajah agar nampak lebih cantik.
Namun, ramai yang tidak tahu bahawa kulit pisang juga mempunyai manfaatnya yang tersendiri. Ramai yang menganggap kulit pisang tiada guna dan selepas makan pisang, kulitnya dibuang begitu saja. Tak ramai juga yang tahu selain buahnya yang dapat memberi manfaat dalam hal kecantikan, kulit pisangnya pula bermanfaat untuk kesihatan kulit.
Jadi, dalam post kali ini, kami akan sharekan pada anda 3 Manfaat Kulit Buah Pisang untuk mengatasi masalah pada kulit. Nak tahu apa manfaatnya? Jom kita tengok di bawah ni 😉

1. Menghilangkan Bekas Luka
  • Kulit yang hitam bekas luka tentunya sangat mengganggu penampilan apa lagi anda seorang wanita yang berpenampilan menarik. Tetapi dengan menggunakan pisang anda dapat dengan mudah menghilangkan masalah demikian. Caranya cukup meletakkan atau menempelkan kulit pisang dan sedikit gosokkan kulit pisang pada bahagian bermasalah.

2. Mengatasi Rasa Gatal Akibat digigit Serangga
  • Saat digigit serangga kulit akan menjadi merah dan muncul bitnik-bintik kecil pada kawasan yang digigit dengan serangga tersebut. Tetapi anda cukup mengoleskan kulit pisang ke bahagian digigit serangga dan biarkan hingga rasa gatal hilang.

3. Menghilangkan Kutil pada Kulit
  • Kutil sama seperti tumor, maka atasilah secepatnya dengan tuntas. Salah satunya mencuba dengan memanfaatkan kulit pisang dengan menggosokkan dengan teratur dan kosisten pada kulit yang terkena kutil pada malam hari. Dan lihat dalam beberapa minggu kutil akan menghilang.

 Wow ! Memang bermanfaat sangat kulit pisang ni kan. Rupanya ramai yang tak tahu. So, pada anda yang dah tahu jangan lupa share kan pada rakan-rakan anda yang lain tentang info ni. Semoga bermanfaat untuk anda semua !


Saturday, September 23, 2017

Ye ke?? Mak Jah baru tau....

Info Produk Nurraysa:
🌸Sabun Kolagen Nurraysa
ialah sabun berasaskan kolagen untuk merawat masalah kulit.

1⃣ Pantang larang - Rehatkan muka selama 2 minggu daripada apa2 produk sebelum menggunakan sabun untuk mengelakkan 'healing crisis'..

2⃣ Cara pakai - 3x sehari. Selepas gosok buih sabun di wajah, biarkan 1-2 minit kemudian bilas dengan air biasa @ suam.
🌸Siapa yg sesuai Sabun Nurraysa
- Kulit Sensitif
- Kulit Berminyak
- Kulit Berjerawat
- Kulit Berjeragat
- Kulit Berparut Akibat Jerawat
- Eczema
🌸 1 ketul sabun tahan sampai 1 ke 2 bulan.
🌸 1 ketul sabun berapa RM?

Sekarang tengah ada SALE Aidiladha
1 ketul RM29.290
3 ketul RM80
Jimat dan berbaloi-baloi!💝
 
 

COD: Medan Gopeng, RTC Gopeng, Batu Gajah, Pekan Gopeng, Ipoh PM@Whatsapp 0175346280 
#peluangdropship

Thursday, September 21, 2017

5 AMALAN PENYEBAB SAKIT KEPALA

5 AMALAN PENYEBAB SAKIT KEPALA

Gejala sakit kepala boleh dikatakan setiap orang akan alaminya. Kalau dah sakitnya datang memang susah nak tumpukan kerja seharian. Sebahagiannya akan alami sakit kepala yang sangat serius tetapi ada juga yang sakit kepala biasa-biasa sahaja. Namun, walaupun tidak serius, kita tidak boleh sambil lewa kerana ia boleh membawa kepada sakit yang lebih serius jika kita tidak mengawalnya dnegan baik.
 Sebelum apa-apa jadi, sebelum kena jom kita take note antara 5 amalan yang boleh menyebabkan anda sakit kepala.


1. MINUM KOPI ATAU MINUMAN CAFFEIN
  • Sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein. Bagi anda yang jenis ketagih kafein setiap hari sebaiknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan minuman berkafein sebaliknya lebihkan minum air kosong.

2. MENGHADAP KOMPUTER
  • Bagi mereka yang kebiasaannya bekerja di hadapan komputer perlulah mengambil sedikit masa untuk berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda. Kekerapan menghadap komputer tanpa henti boleh menyebabkan otot-otot disekeliling mata anda menjadi penat seterusnya akan menyebabkan anda sakit kepala.

3. SILAU
  • Keletihan mata boleh membuatkan anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.

4. MAKAN & MINUM
  •  Jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Pastikan anda makan mengikut jadual waktu yang tepat. Ini kerana jika peurt sudah masuk angin dan kelaparan, ia boleh memberi kesan kepada risiko untuk sakit kepala.

5. TIDAK CUKUP REHAT
  • Sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan. Walaupun anda seorang yang bekerjaya, pastikan anda cukup rehat dan tidur. Kurang rehat menyebabkan badan menjadi letih dan seterusnya boleh menjadi penyebab kepada sakit kepala kerana ketiadaan tenaga dalam badan.
Sumber: e-kesihatan

Wednesday, September 20, 2017

Sedekah

Sedekah

Dulu kakyung faham, sedekah bila ada duit. Maksud bila ada duit tu ialah ada kelebihan wang dalam poket baru boleh sedekah.
Sebenarnya konsep sedekah lebih dari pemikiran kakyung tu.
Sedekah tidak menjatuh miskinkan kita, malah sedekah membuatkan kita tenang dalam menguruskan harta kita.
 
Sedekahlah tak kisah berapa pun hatta 10sen yang ada dalam poket kita. Nilai tu jatuh no 2, apa yang penting niat seikhlas hati kita nak bersedekah.

Jom kita bersedekah hari ni!
 

Cara yang boleh dibuat:
1. Sedekah subuh RM1 konsisten setiap hari
2. Sedekah online- sedekah sebahagian dari duit dalam bank yang kita ada
3. Sedekah segera- bila kita nampak mana-mana orang yang kita boleh sedekahkan, bagi la sekadar yang kita mampu.
4. Sedekah gaji atau duit untung- sedekahlah sekadar yang kita dapat bagi daripada duit gaji dan untung perniagaan yang kita dapat, biasa buat di awal bulan.


"Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu".
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)


Monday, September 18, 2017

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG SABUN KOLAGEN NURRAYSA

SOALAN-SOALAN LAZIM TENTANG SABUN KOLAGEN NURRAYSA

Q: Adakah Nurraysa Collagen Soap selamat digunakan?
A: Ya, selamat digunakan kerana bahan dalam produk ini bebas bahan kimia berbahaya. Bebas merkuri, hydroquinone dan paraben.

Q: Apakah bahan utama yang terkandung dalam Collagen Soap ini?
A: bahan utama tersebut adalah Kolagen Marin, Minyak Zaitun, Susu Kambing dan Herba-Herba terpilih.

Q: Nurraysa Collagen Soap boleh tahan berapa lama?
A: Nurraysa Collagen Soap boleh tahan 2 hingga 3 bulan bergantung pada kekerapan penggunaan pengguna.

Q: Adakah Nurraysa Collagen Soap boleh digunakan untuk badan juga?
A: Ya boleh.

Q: Adakah Nurraysa Collagen Soap sesuai untuk kulit sensitif?
A: Ya sesuai kerana sabun ini tiada bahan kimia berbahaya.

Q: Sebelum saya guna Nurraysa Collagen Soap, perlu tak saya rehatkan kulit muka?
A: Ya, anda perlu rehatkan kulit muka selama 2 minggu. Dalam tempoh itu, anda tidak digalakkan menggunakan apa-apa pencuci muka dan krim muka kerana tempoh itu adalah proses untuk meneutralkan semula kulit muka anda.

Q: Apa yang boleh saya pakai semasa tempoh rehatkan kulit muka?
A: Anda boleh pakai compact powder,masker dan skrub daripada bahan semulajadi.

Q: Produk ini ada efek pengelupasan tak?
A: Tidak ada. Semua bahan dalam produk ini berasaskan bahan semula jadi dan merawat kulit secara semulajadi tanpa merosakkan struktur kulit.

Q: Saya dah guna produk ini, kenapa kulit muka saya naik jerawat?
A: Ini adalah proses pemulihan kulit, jadi teruskan pakai Nurraysa Collagen Soap sehingga jerawat kecut.

Q: Selain daripada Nurraysa Collagen Soap, apa yang boleh saya pakai untuk mengurangkan jerawat dan parut jerawat?
A: Anda boleh pakai Nurraysa Collagen Powder, Set Skincare Trial Pack dan Argan Whitening Moisturizer untuk mengurangkan jerawat dan parut jerawat.

Q: Saya menggunakan produk ini dalam masa yang sama saya juga menggunakan krim jenama lain. Adakah ia dibenarkan?
A: Sebaiknya kami tidak galakkan anda mencampur produk lain kerana dibimbangi berlaku tindak balas seperti naik jerawat.

Q: Saya ada anak kecil yang menghidap eczema. Adakah sabun ini sesuai dan selamat dipakai pada anak saya?
A: Ya selamat dan sesuai kerana sabun ini mengandungi bahan-bahan semulajadi dan tidak mengandungi SLES.

Q: Saya baru menggunakan Collagen Soap, kenapa kulit saya jadi kering selepas cuci muka?
A: Jika kulit anda kering, seeloknya anda menggunakan Argan Whitening Moisturizer bagi melembapkan semula kulit wajah dan minum banyak air kosong, minimum 3 liter sehari.

Thursday, September 14, 2017

Jeng...jeng...jeng... Baby Baru Nurraysa!

NURRAYSA Exclusive Kabuki Brush , BEST ke BEST ?? 




.
Dulu ragu-ragu nak guna brush , takut ada bahan yang terlarang lagi lagi takut ada bahan B**i .
.
Tapi Alhamdulillah Nurraysa keluarkan Brush kabuki ,
bulu bulu yg digunakan untuk buat kabuki brush adalah bulu sintetik so for sure its HALAL! YEAAAA..
.
10 batang berus exclusive + 1 batang berus exclusive concealer + 
PERCUMA Leather Bag berus
.
Wajib ada tau!! Memang best.
.
Nak order ? Nak cuba ? 
.

Meh terus direct message kakyung

017-5346280
017-5346280
017-5346280




Nak jadi dropship pon boleh, pakat serbu order stock limited !! 




Jom Follow Me