Sedekah
Dulu kakyung faham, sedekah bila ada duit. Maksud bila ada duit tu ialah ada kelebihan wang dalam poket baru boleh sedekah.
Sebenarnya konsep sedekah lebih dari pemikiran kakyung tu.
Sedekah tidak menjatuh miskinkan kita, malah sedekah membuatkan kita tenang dalam menguruskan harta kita.
Sebenarnya konsep sedekah lebih dari pemikiran kakyung tu.
Sedekah tidak menjatuh miskinkan kita, malah sedekah membuatkan kita tenang dalam menguruskan harta kita.
Sedekahlah tak kisah berapa pun hatta 10sen yang ada dalam poket kita.
Nilai tu jatuh no 2, apa yang penting niat seikhlas hati kita nak
bersedekah.
Jom kita bersedekah hari ni!
Cara yang boleh dibuat:
1. Sedekah subuh RM1 konsisten setiap hari
2. Sedekah online- sedekah sebahagian dari duit dalam bank yang kita ada
3. Sedekah segera- bila kita nampak mana-mana orang yang kita boleh sedekahkan, bagi la sekadar yang kita mampu.
4. Sedekah gaji atau duit untung- sedekahlah sekadar yang kita dapat bagi daripada duit gaji dan untung perniagaan yang kita dapat, biasa buat di awal bulan.
"Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldi mu untuk diisikan ke mangkuk kawan mu".
(Hadis Riwayat: Imam Ahmad)
No comments:
Post a Comment