Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, September 21, 2017

5 AMALAN PENYEBAB SAKIT KEPALA

5 AMALAN PENYEBAB SAKIT KEPALA

Gejala sakit kepala boleh dikatakan setiap orang akan alaminya. Kalau dah sakitnya datang memang susah nak tumpukan kerja seharian. Sebahagiannya akan alami sakit kepala yang sangat serius tetapi ada juga yang sakit kepala biasa-biasa sahaja. Namun, walaupun tidak serius, kita tidak boleh sambil lewa kerana ia boleh membawa kepada sakit yang lebih serius jika kita tidak mengawalnya dnegan baik.
 Sebelum apa-apa jadi, sebelum kena jom kita take note antara 5 amalan yang boleh menyebabkan anda sakit kepala.


1. MINUM KOPI ATAU MINUMAN CAFFEIN
  • Sekiranya anda sakit kepala pada waktu pagi setelah tidur lewat malam, ia mungkin menandakan penarikan kafein. Bagi anda yang jenis ketagih kafein setiap hari sebaiknya mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengurangkan minuman berkafein sebaliknya lebihkan minum air kosong.

2. MENGHADAP KOMPUTER
  • Bagi mereka yang kebiasaannya bekerja di hadapan komputer perlulah mengambil sedikit masa untuk berhenti setiap 20 minit untuk meregangkan leher dan belakang anda. Kekerapan menghadap komputer tanpa henti boleh menyebabkan otot-otot disekeliling mata anda menjadi penat seterusnya akan menyebabkan anda sakit kepala.

3. SILAU
  • Keletihan mata boleh membuatkan anda sakit kepala. Elak keletihan mata dengan meletakkan lapisan anti-reflektif pada cermin mata dan anti-silau pada monitor anda.

4. MAKAN & MINUM
  •  Jarak yang panjang antara masa makan boleh menyebabkan sakit kepala. Pastikan anda makan mengikut jadual waktu yang tepat. Ini kerana jika peurt sudah masuk angin dan kelaparan, ia boleh memberi kesan kepada risiko untuk sakit kepala.

5. TIDAK CUKUP REHAT
  • Sakit kepala cenderung menjadi teruk dalam usia 30an dan 40an anda. Ini mungkin kerana stres, tekanan dan ini adalah masa yang sibuk dalam kehidupan. Walaupun anda seorang yang bekerjaya, pastikan anda cukup rehat dan tidur. Kurang rehat menyebabkan badan menjadi letih dan seterusnya boleh menjadi penyebab kepada sakit kepala kerana ketiadaan tenaga dalam badan.
Sumber: e-kesihatan

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me