Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, September 20, 2012

Take Good Care of our Child

Assalamualaikum.. Selamat pagi!

Hari ni saya dikejutkan dengan penemuan sebuah account FB yg membuat hati saya bagai disayat2 dan lidah kelu utk berkata2 melainkan menyebut kalimah Allahuakhbar!!

Saya tahu anda lebih arif dan lebih mahir tentang dunia IT (information technology). Tetapi walau saya sesekali meluangkan masa menjengah ke dunia siber, saya tak mampu menahan hati dan perasaan bila dikejutkan dengan berita2 yg melibatkan anak2 kita.

Anak2 ibarat sehelai kain putih, kitalah yg mencorakkan warna di atas kain putih itu. Namun apalah daya bagi keluarga itu jika sekiranya telah tercorak warna bagi anak-anak istimewa yg lahir ke dunia?

Cerita saya hari ni sangat pendek, pesan saya, berikan yg terbaik buat anak2 kita. Jika kita berkira2 tentang nak melabur pakaian berjenama dan mewah atau paling tidak kasut dan baju baru utk mereka. Atau pun berkira2 nak melabur sebuah percutian keluarga yg sukar dilupakan atau melabur gadget2 terbaru utk mereka. Sediakan sedikit ruang utk membuat pelaburan bagi tujuan kesihatan mereka itu yg lebih penting.

Pastikan anak2 kita tidak sekadar menjamah nasi+telur goreng+kicap (kerana mereka tak suka makan sayuran dan buah-buahan) semasa makan tengah hari atau menjamah burger dan kentang goreng McD atau ayam goreng KFC untuk makan malam, atau minum air sirap, oren atau air Ribena atau air MILO setiap masa.

Pastikan kekerapan pergi ke tandas utk detoksifikasi dan pastikan rupa bentuk tinja anak2 kita itu sihat (mungkin ada yg fikir ia tidak penting) kerana ia menentukan tahap kesihatan anak2 kita.

Pastikan air yg diminum adalah air yg sihat dan bukan air yg sakit.

Untuk diri saya, saya akan pastikan anak2 tidak menjamah jajan dan minum minuman yg manis setiap masa. Kalu dah selera berkira bila nak makan sayuran dan buah2an, makanya saya berikan mereka ELKEN SPIRULINA sebagai makanan kesihatan tambahan. Minum air suam setiap masa dan setiap hari tanya soalan ini, "Wawa ada buang air besar (dlm bahasa sopannya) hari ni? Wawa dah buang air kecil ke belum??"

Jangan ambil ringan tentang tahap kesihatan mereka, cara yg plg berkesan utk menilainya ialah dengan melihat kekerapan ke tandas dan juga bentuk tinja mereka. Kerana usus mereka yg sihat akan menentukan tahap kesihatan diri mereka.



Love to see their happy face!!

Sama2 kita mendoakan semoga anak2 istimewa yg lahir ke dunia ini mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.. Semoga mereka semua cepat sembuh!! Ibu2 yg terlibat semoga kalian tabah dan bersabar atas ujian kecil Allah, kalian adalah supermom!



No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me