Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, June 28, 2012

KISAH JEREBU, DURIAN DAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!!!!!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana sifatNya yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang telah mengurniakan nikmat hujan petang semalam. Alhamdulillah.. Bumi perak dibasahi hujan sampai tido malam tadi pun tak perlu berkipas... Sejuk!!!

Makanya berlalulah sudah bencana alam JEREBU yg menyelubungi bumi Malaysia sejak dari awal bulan Jun yang membawa cuaca panas terik selama berminggu2 smpi rumput2, pokok2 habis menguning.

Tak cantik pemandangan ini

Berbanding gambar ini yg sangat cantik pemandangannya sebab tak berjerebu
 Saya paling tak suka bila berlakunya jerebu nih... sebab bukan sahaja masalah kesihatan apa segala.. tp sy tak suka bau busuk udara yg tercemar tu!! 

Tapi alhamdulillah syukur semuanya dh berlalu.

Tak lama lepas citer jerebu datang, ramai la org yg kena sakit demam batuk dan selesema termasuklah kedua2 anak saya. Skrg datang dah musimnya yg boleh membantu meningkatkan jumlah kehadiran di hospital2 dan klinik2 (tak kisah le swasta or kerajaan).

Siapa suka ini???

Raja segala buah-buahan
 Saya tak suka makan buahnya, tapi suka juga hidu baunya. Cuma mampu makan hasil dari buahnya, cth tempoyak, cucur durian, kuah durian dsb. Jadinya bila ipar duai berkumpul menikmati kenikmatan raja buah ini, saya lak duk melayan baunya saja. Huhuhhu.. dh try dh tp takleh masuk le rasanya ke lidah saya. Kalu kata sambal tempoyak gulai tempoyak memang 2 kali tambah le nasinya.

Semalam saya pergi berkongsi dengan kawan di Kampar, Perak. Sepanjang perjalanan penuh di kiri kanan jalan gerai2 menjual buah durian. Biasanya kalu ada raja buah ni mesti ada rambutan, duku langsat dan jugak buah manggis kan.

Credit Picca
 Lagi satu tinggal sebulan je umat Islam akan menunaikan rukun Islam yg ketiga. Berpuasa di Bulan Ramadhan. Tapi selalunya persediaan yg kita buat bukan utk menghadapi bulan Ramadhan. Sebab apa time ni le ada kawan2 kita yg promo utk tempah baju raya, kuih raya, cup cake raya dan kek raya.

Macam mana pun itu satu permulaan yang baik utk kita memperolehi keberkatan bulan Ramadhan yg biasa org kata Bulan Murah Rezki.

Di sini saya ingin berkongsi persediaan yg boleh dilakukan utk menghadapi bulan Ramadhan yg penuh cabaran (sebab bertembung dengan buah durian).

Amalkan pemakanan yg sihat tau, jangan le bulan puasa ni masih nk pulun berbuka dengan buah durian atau bersahur dgn buah durian.. Pening perut nak digest nanti. Ye la waktu siangnya perut kosong bila berbuka diisi pula dengan makanan yg bersifat berasid.

Jadinya amalkan 20 hingga 30 biji sehari ELKEN SPIRULINA ketika bersahur, ditambah dengan memakan buah kurma dan banyak minum air suam semasa berbuka dan bersahur.

Ini kerana ELKEN SPIRULINA mengandungi 46 jenis nutrien yg diperlukan badan semasa bulan Ramadhan (sebab tak makan siang jd badan kehilangan banyak nutrien perlu), kemudian ia bersifat 100% alkali yg memenuhi keperluan badan yg memerlukan pemakanan bersifat asid cuma 20% sahaja dan juga ia 100% bersifat organik (certified organik).


 
Jadikan bulan Ramadhan anda bulan utk berdiet dgn cara yg sihat.

Selamat Menghadapi Ibadah Puasa!!

I'm Sorry, Pls forgive me, Thank You, I Love u

4 comments:

  1. Alhamdulillah jerebu dh berlalu :) ujan pun dh trun.. Haa berkisar musim durian nih, en.asben dh gtau hari2 mau durian.. Wajib ade kat umah..hahhaha..

    ReplyDelete
  2. eh kita sama matriks kat uum dulu ye? heheheee

    ReplyDelete

Jom Follow Me