Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Thursday, June 28, 2012

KISAH JEREBU, DURIAN DAN RAMADHAN

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!!!!!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana sifatNya yg Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang telah mengurniakan nikmat hujan petang semalam. Alhamdulillah.. Bumi perak dibasahi hujan sampai tido malam tadi pun tak perlu berkipas... Sejuk!!!

Makanya berlalulah sudah bencana alam JEREBU yg menyelubungi bumi Malaysia sejak dari awal bulan Jun yang membawa cuaca panas terik selama berminggu2 smpi rumput2, pokok2 habis menguning.

Tak cantik pemandangan ini

Berbanding gambar ini yg sangat cantik pemandangannya sebab tak berjerebu
 Saya paling tak suka bila berlakunya jerebu nih... sebab bukan sahaja masalah kesihatan apa segala.. tp sy tak suka bau busuk udara yg tercemar tu!! 

Tapi alhamdulillah syukur semuanya dh berlalu.

Tak lama lepas citer jerebu datang, ramai la org yg kena sakit demam batuk dan selesema termasuklah kedua2 anak saya. Skrg datang dah musimnya yg boleh membantu meningkatkan jumlah kehadiran di hospital2 dan klinik2 (tak kisah le swasta or kerajaan).

Siapa suka ini???

Raja segala buah-buahan
 Saya tak suka makan buahnya, tapi suka juga hidu baunya. Cuma mampu makan hasil dari buahnya, cth tempoyak, cucur durian, kuah durian dsb. Jadinya bila ipar duai berkumpul menikmati kenikmatan raja buah ini, saya lak duk melayan baunya saja. Huhuhhu.. dh try dh tp takleh masuk le rasanya ke lidah saya. Kalu kata sambal tempoyak gulai tempoyak memang 2 kali tambah le nasinya.

Semalam saya pergi berkongsi dengan kawan di Kampar, Perak. Sepanjang perjalanan penuh di kiri kanan jalan gerai2 menjual buah durian. Biasanya kalu ada raja buah ni mesti ada rambutan, duku langsat dan jugak buah manggis kan.

Credit Picca
 Lagi satu tinggal sebulan je umat Islam akan menunaikan rukun Islam yg ketiga. Berpuasa di Bulan Ramadhan. Tapi selalunya persediaan yg kita buat bukan utk menghadapi bulan Ramadhan. Sebab apa time ni le ada kawan2 kita yg promo utk tempah baju raya, kuih raya, cup cake raya dan kek raya.

Macam mana pun itu satu permulaan yang baik utk kita memperolehi keberkatan bulan Ramadhan yg biasa org kata Bulan Murah Rezki.

Di sini saya ingin berkongsi persediaan yg boleh dilakukan utk menghadapi bulan Ramadhan yg penuh cabaran (sebab bertembung dengan buah durian).

Amalkan pemakanan yg sihat tau, jangan le bulan puasa ni masih nk pulun berbuka dengan buah durian atau bersahur dgn buah durian.. Pening perut nak digest nanti. Ye la waktu siangnya perut kosong bila berbuka diisi pula dengan makanan yg bersifat berasid.

Jadinya amalkan 20 hingga 30 biji sehari ELKEN SPIRULINA ketika bersahur, ditambah dengan memakan buah kurma dan banyak minum air suam semasa berbuka dan bersahur.

Ini kerana ELKEN SPIRULINA mengandungi 46 jenis nutrien yg diperlukan badan semasa bulan Ramadhan (sebab tak makan siang jd badan kehilangan banyak nutrien perlu), kemudian ia bersifat 100% alkali yg memenuhi keperluan badan yg memerlukan pemakanan bersifat asid cuma 20% sahaja dan juga ia 100% bersifat organik (certified organik).


 
Jadikan bulan Ramadhan anda bulan utk berdiet dgn cara yg sihat.

Selamat Menghadapi Ibadah Puasa!!

I'm Sorry, Pls forgive me, Thank You, I Love u

Thursday, June 21, 2012

CHECKLIST HARIAN CPU KITA

Assalamualaikum.. Selamat pagi!!!

Hari ni saya ingin berkongsi tentang macam mana nak jaga OTAK (CPU) kita. Kadang-kala kita tak ambil berat langsung tentang bahagian organ paling penting yg Allah jadikan letak duduknya di paling atas sekali.

Jom semak!!




I'm Sorry, Pls forgive me, Thank You, I Love u

Wednesday, June 13, 2012

CANTIK DI DALAM CANTIK DI LUAR

Assalamualaikum.. Selamat Pagi!!

Hari ni saya nak berkongsi dengan anda tentang fenomena semasa yg menjadi kegilaan masyarakat di mana-mana pun. Keinginan setiap individu baik lelaki dan terutamanya wanita utk kelihatan kurus, cantik dan menawan.

Bagaimana sebenarnya cara untuk kita tampil anggun dan menawan?

Sebelum ni saya pun tak tau cara nak cantik dan buat orang tertarik dengan penampilan kita. Sekarang bila saya dah masuk ke dunia org2 cantik, saya mula faham apa sebenarnya kecantikan itu.

Ada org berpendapat, nak cantik mesti kena kurus. Jadi macam2 cara digunakan org utk menjadi kurus. Tapi ada yg kurus kata nak berisi sikit sebab kurus sangat ni tak cantik. Jadinya mana satu yg betul kurus cantik ke gemuk cantik ke badan berisi yg cantik??? Bila nak kurus sanggup makan produk yg mcm2 yg akhirnya bukan jadi kurus sahaja, ada masalah kesihatan pulak akhirnya. Dan ada setengah kes di mana bila kita stop makan produk, badan kita macam di pump2 pulak yek. Itu cerita nak cantik badan.



Beliau adalah contoh terbaik. Sebelum ni memegang title Miss Universe, kini rela berat badannya bertambah dan tak marah org kata dirinya gemuk.

Kemudian, ada org kata nak cantik kena ada wajah yg cun melecun. Kulit putih, gebu, licin, berseri, kulit tegang, mesti takde jerawat, takde pigmentasi pendek citer muka mesti perfect tip top la baru cantik. Jadi ada la yg guna macam2 cara buat plastic surgery, cucuk sana sini dan mcm2 lah. Dan ada juga yg menggunakan make up sebagai medium utk kelihatan cantik. Boleh make up tapi itu bukan satu cara yg mutlak utk kelihatan cantik. Sebab, bila kat umah kita tak pakai make up habis semua jerawat, jeragat, pigmentasi kulit kusam, tak berseri semua nampak dengan jelas di cermin kan... huhu tak mo la camtu kan??

Oleh kerana kekangan2 seperti itu apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan anggun, cantik dan menawan??

Cuba kita lihat gambar di bawah. Saya percaya kepada kecantikan seperti ini.

Kecantikan milik setiap individu termasuk aunty2 yg berstatus warga emas.
Aunty tu umurnya 69 tahun, kakak tu umurnya 47 tahun, tapi masih anggun dan menawan.
Tak perlu ditepek wajah kusam dan bermata panda itu dengan make up kerana ia masih boleh dicantikkan secara semulajadi.
Walaupun dh cantik masih boleh jadi lagi cantik dengan cara semulajadi.
Kecantikan yg menjadi idaman setiap wanita.
Walau berbadan besar masih cantik dan menawan
Walaupun dah berstatus mak2 dara, tapi penampilan lebih dari anak dara.

Kurus pun boleh cantik juga.
 Inilah dia konsep kecantikan yg menjadi kepercayaan saya kini. Cantik dari dalam secara semulajadi. Biarpun anda gemuk berbadan besar tapi masih boleh cantik dengan memastikan potongan badan kelihatan, tak perlu mengejar menjadi kurus. Kalu anda kurus masih boleh cantik, dengan memastikan potongan badan kelihatan, tak perlu susah hati.

Mahukan kulit wajah yg cantik, gebu, putih berseri??

Kenalpasti terlebih dahulu jenis kulit wajah kita, dan setiap jenis kulit memerlukan cara penjagaan dan ramuan produk yg berbeza2. Kulit wajah setiap individu tidak sama!!
 
Selain itu, jagalah kesihatan dalaman terutamanya usus dan juga makanlah produk nutrikosmetik yg membantu memulihkan kesihatan kulit dari dalam. Masalah kulit wajah selalunya disebabkan oleh sistem endokrin yg tidak baik (hormon), penuaan, sinaran UV dan juga gaya hidup yg tidak sihat.

Untuk sebarang pertanyaan dan consultation call/sms 017-5346280.


I'm Sorry, Pls forgive me, Thank You, I Love u

Tuesday, June 5, 2012

Realiti Hari Ini: Memilih Untuk Berubah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!!!

Hari Ahad yg lepas saya mengikuti program yg pernah saya ikuti sebelum ini. Tetapi program kali ini sangat2 berbeza kerana saya berasa amat bersyukur dipertemukan jodoh oleh Allah dengan dia. Alhamdulillah syukur Ya Allah...

Hari ni saya bukan nak berceloteh perkara remeh temeh, tapi saya mahu mengajak anda semua berfikir sejenak tentang kehidupan anak2 kita dan ibu bapa kita di masa hadapan. Kalu kita asyik memikirkan tentang kehidupan kita sekarang tentu sekali kita tidak akan membuat keputusan untuk berubah.

Mengapa?? Ayat yg sering kita gunakan, "Saya dah cukup selesa dengan apa yg ada... Cukup makan pakai anak2 dan sekeluarga".

Persoalannya, ADAKAH ANDA CUKUP2 SELESA????

Di sini saya ingin berkongsi fakta yg mungkin anda semua telah sedia maklum tetapi anda anggap itu tidak penting kerana ia tidak melibatkan diri dan keluarga anda.

FAKTA 1:
  

"Dalam satu laporan akhbar yang diterbitkan baru-baru ini menyebut, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Statistik itu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long"
 
FAKTA 2:
  

"Lebih memeranjatkan ialah kira-kira 1.2 juta kakitangan awam mengalami krisis hutang kerana sehingga 60 peratus daripada gaji bulanan mereka digunakan untuk membayar hutang. Di mana silapnya?"

FAKTA 3:
  
 

 Inilah realiti hari ini yg memerlukan kita untuk melakukan perubahan. Persoalannya, perubahan mcm mana yg perlu kita lakukan??

Tetapi sebelum tu ada satu lagi persoalan yg kita perlu tanya pada diri sendiri, iaitu PERLUKAH KITA BERUBAH??

Di sini saya bentangkan lagi fakta2 realiti hari ini.

Anggaran kasar kadar hutang yg ditanggung

Bentuk masyarakat zaman ini.

Persoalan seterusnya, jika begini keadaan realiti hari ini bagaimana kehidupan anak2 kita dan bagaimana cara untuk kita membalas jasa ibu bapa kita di masa hadapan (sementara masih hidup)?

Tepuk dada tanyalah hati. Disebabkan itu saya bersyukur ke hadrat Illahi dipertemukan dengan apa yg saya ada hari ini.

Jika anda masih ragu2 tanyakan lagi persoalan2 ini di hati anda.

 APAKAH KEADAAN SAYA HARI INI LEBIH BAIK DARIPADA 2-5 TAHUN YG LALU?

APAKAH KEJAYAAN YG SAYA INGIN CAPAI PADA 2-5 TAHUN YG AKAN DTG?

DAPATKAH SAYA MENGAWAL KEHIDUPAN DIRI DI SAMPING MENIKMATI KEBEBASAN KEWANGAN?

BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN SAYA BERBEZA (BERUBAH)?

Andai kata masa dan wang bukan satu rintangan???

Jika anda mahu tahu cara paling baik untuk mengubah kehidupan anda iaitu dapat MENIKMATI KEHIDUPAN berbanding yg anda lakukan sekarang MENERUSKAN KEHIDUPAN, call/sms saya untuk FREE consultation 017-5346280.

I'm Sorry, Pls forgive me, Thank You, I Love u


Saturday, June 2, 2012

Review 2012 (1st Half)

Assalamualaikum dan Selamat Pagi!!!!

Alhamdulillah syukur kepada Allah di atas segala kurniaan dan nikmat yg telah diberikan. Kita telah pun tiba di pertengahan tahun 2012.

Persoalannya, apakah impian dan azam yg telah anda rancang tercapai sehingga ke hari ini? Jawapan saya, alhamdulillah saya telah menemui apa yg saya cari dan perlukan di dalam hidup.

Saya seronok kerana telah menemui tempat yg membolehkan saya mencapai impian saya.


Saya telah menemui rakan2 yg mempunyai impian seperti saya dan sentiasa memberikan galakan, sokongan dan dorongan.





Saya juga seronok dengan tempat baru yg mempunyai budaya dan persekitaran yg positif dan membuatkan saya sentiasa bermotivasi untuk menikmati kehidupan ini.


Saya bersyukur kerana dipertemukan dengan insan luar biasa ini yg sanggup berhabis masa untuk membimbing dan membantu saya merealisasikan impian saya.



Saya seronok dengan kehidupan saya kini yg lebih positif dan dikelilingi oleh orang-orang yg menyayangi dan mengambil berat akan diri saya.

Kini saya berjuang untuk memenuhi impian2 saya di tahun 2012. Demi keluarga saya yg tercinta...


 dan juga dapat membalas jasa kedua ibu bapa saya (selagi mereka masih hidup).


 
Semoga azam dan impian anda di tahun ini tercapai dan perjalanan utk merealisasikan impian tersebut dipermudahkan oleh Allah, Amin.... 

I'm Sorry, Pls forgive me, Thank You, I Love u

Jom Follow Me