Assalamualaikum wbt
Sejak akhir-akhir ni ada satu isu hangat sedang diperkatakan. Ini kerana ia dilakukan oleh seorang Melayu beragama Islam.
Kakyung tak mau nak komen tentang apa yang dibuatnya tu, tetapi kakyung nak kongsi sama dengan korang hikmah yang kita dapat pelajari dari kisah hidup mereka.
Inilah... sekarang ni... zaman ini adalah zaman yang paling ditakuti Rasulullah SAW. Fitnah akhir zaman..
Segala perkara yang Allah beri nikmat dan rahmat apabila disalahgunakan menjadi satu fitnah ke atas seorang hamba itu. Persoalannya bagaimana cara yang terbaik untuk kita berhadapan dengan fitnah tersebut?
Persoalannya lagi ialah macam mana kehidupan anak cucu kita di masa hadapan jika mereka disogok dengan rasionalisasi fitnah-fitnah ini?
Rasa takut, gerun, mengerikan bila difikirkan tentangnya.
TETAPI..
Tetap berpegang teguhlah kepada 2 panduan yang ditinggalkan Rasulullah SAW supaya kita terpelihara dari fitnah-fitnah itu.
"Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku."
No comments:
Post a Comment