Assalamualaikum..
Saya sangat tertarik dengan falsafah ini yg dipegang oleh seorang insan biasa2 yg kini dah menjadi luar biasa...
Yup! Persoalannya... kita bekerja untuk hidup ataupun kita hidup hanya untuk bekerja semata2.
Saya memberi contoh kehidupan saya sendiri...
Menghabiskan masa 4 tahun di kampus (termasuk 1 tahun matrikulasi), kemudian saya graduate menganggur selama hampir setahun. Berkira2 menyambung peringkat Ijazah Sarjana dan berjaya melengkapkan satu semester. Tetapi disebabkan beban kewangan berusaha mencari kerja dan mendapat tawaran sebagai kerani dengan gaji RM 550. Selama 4 tahun bertungkus lumus jawatan terakhir hanyalah sebagai Supervisor sahaja. Selepas itu bekerja di syarikat swasta lain dengan jawatan KONTRAK, permulaan sebagai Supervisor bertungkus lumus untuk mendapatkan jawatan yg setara dengan segulung Ijazah yg dimiliki, akhirnya saya berkhidmat di dapur kedai milik abah saya. Selepas melahirkan anak kedua saya tidak lagi bekerja dan setelah gagal dalam temuduga jawatan kerajaan, saya berasakan putus asa untuk berusaha lagi.
Jadi ke mana hala nak kubawa diri ini???
Jika anda di berikan peluang kedua untuk memulakan kehidupan, jangan teragak2 untuk mengambil peluang itu. TETAPI dengan beberapa syarat.
Andai mahu berjaya perlu memilih tempat yg betul dengan sistem pendidikan yg betul, ada jurulatih yg dapat memberi tunjuk ajar dan memberikan semangat serta motivasi secara ikhlas dan jujur, mempunyai teamwork yg sanggup membantu dan bukan bersikap bersaing, sudi berkongsi dan mengamalkan budaya menghargai satu sama lain. Jika semua kriteria itu ada, jadi anda berada di tempat yg betul pd masa yg tepat.
Dan yang paling penting anda berpuas hati dengan pilihan tersebut dan anda merasakan pilihan yang dibuat itu tepat, teruskan perjuangan sehingga ke puncak kejayaan!!
Dari seorang cikgu sekolah kepada cikgu 'murid-murid' sendiri... |
No comments:
Post a Comment