Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Wednesday, July 12, 2017

#20: Sapa tak sayang isteri/suami oi........

Assalamualaikum wbt...Selamat Pagi!

Entri blogging challenge yang sebenarnya kakyung ubah sikit dan relate dengan tajuk asal. Sekarang ni nak kongsi citer sikit ngan korang semua dan nak bagi tips kepada newbie yang baru berumah tangga.

Berumahtangga zaman sekarang menjadi semakin mencabar kerana pelbagai faktor yang korang dah sedia maklum semuanya berkait dengan RM$$$.

Nak citernya, macam mana sekali pun itu bukan matlamat asal korang berumahtangga dengan pasangan masing-masing. Korang kena cari balik selidik balik kaji balik matlamat asal korang berkahwin dengan pasangan masing-masing. Jika memang sebab RM$$ cepat-cepat ubat niat tu. Kerana kahwin sebab RM$$ memang tak pernah kekal lama.

Berumahtangga ni satu ibadat dan sunnah sebab Rasulullah SAW pun berkahwin. Jadinya nakkan rumahtangga yang sakinah, mawaddah, wa rahmah (kecenderungan/ ketenangan (as sakiinah), rasa cinta (mawaddah) dan kasih sayang (ar rahmah)), kita kena ikut apa yang Allah dan Rasul suruh, jangan buat apa yang Allah dan Rasul larang.

Bila dah berkahwin, melayari bahtera hidup bersama 5 tahun yang pertama tolong jangan expect macam-macam dari pasangan korang. Kita suaikenal. Masa tempoh ni la baru kita tau buruk baiknya pasangan kita. Berlapang dada, bersangka baik terima kelebihan dan kekurangan.

Yang si isteri, kakyung share tips ni korang mesti belajar berdikari sedari awal lagi. Usah nak bergantung sangat dengan suami kita. En suami kita bila dia keluar rumah dia jadi milik masyarakat. Bila kat umah pun belum tentu dapat tolong sidai baju yang kita basuh. Kena berdikari! Usah nak manja sangat!
Nanti bila dah biasa manja dari awal lagi lama-lama korang yang akan makan hati sendiri.

Alhamdulillah... kakyung banyak belajar tentang kehidupan setelah berkahwin. Kakyung bersyukur dapat berkahwin dan bekeluarga.

Untuk anak-anak dara yang masih bujang, berkahwinlah sebab banyak rahmat yang korang akan dapat setelah berkahwin. Nak dapat pahala pun senang! Masak makan masa bulan puasa dapat pahala senang! Apatah lagi pahala masa bersalin tu..

Orait.. stop kat sini. Nanti kakyung sambung citer lain.

Daaa!

Pesanan penaja
Nak dapatkan produk-produk Nurraysa Beauty di Ipoh leh add & Follow 
FB: Fatin Nurraysa
LIKE PAGE https://www.facebook.com/PengedarNurraysaIpoh/


No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me