Assalamualaikum... Selamat Pagi!!
Rezeki... bermaksud (kamus dewan) segala sesuatu yg diperlukan utk hidup; makanan atau segala yg diperlukan sehari-hari. Dalam Islam rezeki itu mencakupi segala sesuatu yang dikehendaki oleh Allah terhadap hambaNya. Tidak terikat dengan harta, wang ringgit dan kekayaan semata-mata.
Bila bercakap soal rezeki ada yang hanya memikirkan tentang wang ringgit harta kekayaan sahaja sehingga terlupa apa yang ada pada diri sendiri itu juga adalah rezeki. Udara, anggota badan, nyawa, keluarga, ibu bapa, adik beradik, anak isteri, kawan-kawan, makan minum, pakaian, rumah, jodoh, ajal, maut dan sebagainya merupakan rezeki yang Allah berikan kepada kita dan merupakan satu pinjaman. Termasuk juga ujian dan cabaran (dugaan, masalah, rintangan dan yang seangkatan dengannya) adalah juga merupakan rezeki.
Bila dah tau rezeki tu semuanya datang dari Allah, maka kita kena sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan (sedikit @ banyak, kurang @ lebih). Kerana salah satu tips menjemput rezeki adalah dengan BERSYUKUR.
Hari ni nak kongsi salah satu (daripada banyak yang ada) tips untuk menjemput rezeki... secara mudah dan ringkas (sumber).
#1 Sentiasa berniat baik
Segala urusan bermula dengan niat. Biat yang baik, maka urusan juga akan dipermudahkan. Niat yang tidak baik, keberkatan usaha pula akan hilang.#2 Sentiasa bercakap benar
Kepercayaan orang lain kepada kita berasal dari diri kita sendiri apabila sentiasa bercakap yang benar-benar sahaja. Membina kepercayaan orang adalah sukar, namun menghilang kepercayaan orang adalah amat mudah. Sentiasa bercakap benar.#3 Sentiasa berakhlak mulia
Mereka berakhlak mulia bukan sahaja disukai oleh orang di keliling, tetapi dicintai oleh Allah swt. Tidak perlu memuaskan hati orang sahaja, cinta teragung adalah dengan Allah swt dan akhlak mulia adalah jambatan untuk mencapainya.#4 Sentiasa menepati masa
Buangkan tabiat melengahkan masa, atau tidak menepati masa. Usah lagi beri alasan “on the way” bila terlewat di mana kita baru sahaja melangkah keluar rumah#5 Sentiasa amanah dan dipercayai
Bina kepercayaan dengan menjadi seorang yang beramanah.#6 Sentiasa bertutur dengan bahasa dan cara baik
Jaga pertuturan. Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Bercakap dengan lemah lembut dan dan bahasa yang baik. Anda sentiasa akan dihormati.#7 Sentiasa berketerampilan kemas
Berpakaian dan berketerampilan kemas bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar bersederhana dan tidak pula dilihat selekeh. Pakaian yang tidak terurus, rezeki juga tidak akan datang.#8 Sentiasa jaga perbualan perkara yang baik sahaja
Sentiasa berkata-kata yang positif sahaja. Apa yang kita kata, akan menjadi doa. Doakan yang terbaik sahaja untuk diri, keluarga dan juga kenalan yang kita berbual bersama.
Jika nak lebih pencerahan boleh singgah ke web ni yang memang membicarakan tentang soal rezeki. Dalam soal rezeki ni ada jelas perbezaan antara menjemput rezeki vs mencari rezeki. Rezeki memang perlu dicari tetapi lebih mudah sebenarnya untuk menjemput rezeki tu datang ke dalam hidup kita. Dan kita luaskan pemahaman kita tentang rezeki selain dari wang ringgit harta kekayaan. Dan juga kita kena buat 3 perkara ni serentak DOA, SYUKUR dan SABAR. Bacaan tambahan boleh juga dengan buku ini, MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.
No comments:
Post a Comment