Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, July 29, 2016

Kuliah Jumaat: Ujian Dan Dugaan serta Cabaran

Assalamualaikum... Morning!!

Dapat perkhabaran dari si polan tentang keadaan suami jiran yang kini berada di ICU sebuah hospital swasta. Accident masa nak balik kerja.

Bertabahlah wahai teman... sesungguhnya Allah Maha Mengetahui. Semoga diberikan kekuatan mengharungi dugaan. Amin....

 

Wednesday, July 27, 2016

Alhamdulillah.... Lega dah renew lesen kereta

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

 Alhamdulillah... lega rasanya pagi-pagi lagi hari ni dah selesaikan satu tanggungjawab sebagai rakyat malaysia yang bertanggungjawab.

Anyone dah renew ke lesen (kenderaan) yang dah expired tu?? hehehehe... saya dah buat dah pagi ni.

Leh pulak terlupa nak renew sedangkan dah expired pada 14 July 2016 hari tu. Seb baik la takde nak ke mana di bandar bawak kete pun hantar pergi balik anak-anak ke sekolah yang dekat ngan umah.

Renew sebelum expired tu boleh la buat setahun je RM32. Dah terlebih tarikh ni kena la caj double bonus RM62.10. Untung gak leh lajak untuk 2 tahun terus, kan....!

By the way senang je nak renew lesen sekarang ni, kat pejabat pos je. Saya dah tercongok depan pejabat pos awal-awal pagi sebelum buka lagi. Semangat nak renew lesen tu.

Cuma bagi IC, bagi lesen lama dan DUIT jangan lupa nak bawak plak.... tak sampai setengah jam dah setel. Kan sekarang guna kad lesen yang chantik tu.... kejap je la mesin tu printkan. Cuma musykil satu je... lesen lama yang expired tu disuruh bawa balik. Nak buat koleksi kot.....


 Okay guys! Ingat ye renew lesen kenderaan anda sume....

 

Monday, July 25, 2016

Motivational Quote

Assalamualaikum... selamat pagi!!
























source from Success.com

Friday, July 22, 2016

Kuliah Jumaat: Menjemput rezeki VS Mencari Rezeki

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Rezeki... bermaksud (kamus dewan) segala sesuatu yg diperlukan utk hidup; makanan atau segala yg diperlukan sehari-hari. Dalam Islam rezeki itu mencakupi segala sesuatu yang dikehendaki oleh Allah terhadap hambaNya. Tidak terikat dengan harta, wang ringgit dan kekayaan semata-mata.

Bila bercakap soal rezeki ada yang hanya memikirkan tentang wang ringgit harta kekayaan sahaja sehingga terlupa apa yang ada pada diri sendiri itu juga adalah rezeki. Udara, anggota badan, nyawa, keluarga, ibu bapa, adik beradik, anak isteri, kawan-kawan, makan minum, pakaian, rumah, jodoh, ajal, maut dan sebagainya merupakan rezeki yang Allah berikan kepada kita dan merupakan satu pinjaman. Termasuk juga ujian dan cabaran (dugaan, masalah, rintangan dan yang seangkatan dengannya) adalah juga merupakan rezeki.

Bila dah tau rezeki tu semuanya datang dari Allah, maka kita kena sentiasa mensyukuri segala nikmat yang Allah berikan (sedikit @ banyak, kurang @ lebih). Kerana salah satu tips menjemput rezeki adalah dengan BERSYUKUR.

 
Hari ni nak kongsi salah satu (daripada banyak yang ada) tips untuk menjemput rezeki... secara mudah dan ringkas (sumber).

#1 Sentiasa berniat baik

Segala urusan bermula dengan niat. Biat yang baik, maka urusan juga akan dipermudahkan. Niat yang tidak baik, keberkatan usaha pula akan hilang.

#2 Sentiasa bercakap benar

Kepercayaan orang lain kepada kita berasal dari diri kita sendiri apabila sentiasa bercakap yang benar-benar sahaja. Membina kepercayaan orang adalah sukar, namun menghilang kepercayaan orang adalah amat mudah. Sentiasa bercakap benar.

#3 Sentiasa berakhlak mulia

Mereka berakhlak mulia bukan sahaja disukai oleh orang di keliling, tetapi dicintai oleh Allah swt. Tidak perlu memuaskan hati orang sahaja, cinta teragung adalah dengan Allah swt dan akhlak mulia adalah jambatan untuk mencapainya.

#4 Sentiasa menepati masa

Buangkan tabiat melengahkan masa, atau tidak menepati masa. Usah lagi beri alasan “on the way” bila terlewat di mana kita baru sahaja melangkah keluar rumah

#5 Sentiasa amanah dan dipercayai

Bina kepercayaan dengan menjadi seorang yang beramanah.

#6 Sentiasa bertutur dengan bahasa dan cara baik

Jaga pertuturan. Apa yang kita kata mencerminkan peribadi sendiri. Bercakap dengan lemah lembut dan dan bahasa yang baik. Anda sentiasa akan dihormati.

#7 Sentiasa berketerampilan kemas

Berpakaian dan berketerampilan kemas bukan untuk menunjuk-nunjuk, tetapi sekadar bersederhana dan tidak pula dilihat selekeh. Pakaian yang tidak terurus, rezeki juga tidak akan datang.

#8 Sentiasa jaga perbualan perkara yang baik sahaja

Sentiasa berkata-kata yang positif sahaja. Apa yang kita kata, akan menjadi doa. Doakan yang terbaik sahaja untuk diri, keluarga dan juga kenalan yang kita berbual bersama.


 Jika nak lebih pencerahan boleh singgah ke web ni yang memang membicarakan tentang soal rezeki. Dalam soal rezeki ni ada jelas perbezaan antara menjemput rezeki vs mencari rezeki. Rezeki memang perlu dicari tetapi lebih mudah sebenarnya untuk menjemput rezeki tu datang ke dalam hidup kita. Dan kita luaskan pemahaman kita tentang rezeki selain dari wang ringgit harta kekayaan. Dan juga kita kena buat 3 perkara ni serentak DOA, SYUKUR dan SABAR. Bacaan tambahan boleh juga dengan buku ini, MUDAHNYA MENJEMPUT REZEKI.




Sunday, July 17, 2016

Sedihnya kita... uhuhuhuhuk

Assalamualaikum... Morning!!
 
Sapa tengok TV3 petang semalam (Sabtu)?? Kalau ada yang tengok, sapa nangis depan TV semalam??? Saya....!!!!
 
Huhuhuhu.. Memang cedih kita tengok citer kat TV3 tu semalam. So touching! En Hubby pulak siap ngusik lagi tu... "Tengok tu.. ibu nangis. Huhuhu (ngajuk gaya orang nangis)." So.. naughty! Dia ye la tak nangis, tak show off malu depan anak-anak. Hehehehe....
 
Sapa nangis geng ngan kita le semalam k... Dun worry k!
 
P/S: Pelakon kanak-kanak tu memang lawo ler......
 
Ni la citer kita tengok semalam sampai nangis2 tu... cedih kan...kan...
 
 


Wednesday, July 13, 2016

#Throwback Eid Al Fitr 2016

Assalamualaikum... Good Morning!!

Alhamdulillah... Allahuakhbarx3... Syukur sangat-sangat kedatangan Syawal 2016 membawa kisah yang sangat bermakna dan satu permulaan yang baik untuk Syawal yang seterusnya amin....

Alhamdulillah dah pun masuk 8 Syawal hari ni. Ramai dah mula kerja. Cuti raya kali ni memang singkat. Ada yang bekerja dalam mood raya..hehehe. Dan tak boleh tahan masa semua warga kota berpusu-pusu nak balik ke rumah masing-masing pada Ahad lepas sebab Isnin dah start keje. Memang happening tengok kat TV kesesakan yang berlaku di merata highway dan jalan raya. Happening (sebutannya haipening) sungguh kan!!

 Hari ni nak kongsi kisah 1 Syawal di rumah saya. Seronok sangat sebab kali ni saya dapat kumpulkan 2 keluarga besar bersama-sama sambut 1 Syawal #keluargaTokMat #keluargaTokAli. Ikut turn raya tahun ni saya kena raya ngan keluarga mentua. Walau dekat tapi untuk berlaku adil kena take turn gak tau.... So, saya amik peluang untuk kumpulkan keluarga saya bersam-sama dengan keluarga mentua. Apa jadi? Ni la jadinya...... sangat awsome!!

Juadah hari raya

4 sekawan

Part of my in laws family

Part of my in laws family

Me Family


Together gether



Makan together gether

  
Me and other half

 Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin.
 

Thursday, July 7, 2016

Salam Aidilfitri 2016

Assalamualaikum... Morning!!

Di kesempatan ini, saya ingin memohon kemaafan dan keampunan di atas segala salah silap sama ada secara langsung atau tidak yang telah mengguris hati dan perasaan. Semuaya kerana kita manusia biasa yang banyak kekurangannya.

Semoga kedatangan Syawal tahun ini memberikan sinar bahagia dalam kehidupan kita. Amin.... 

Salam Aidilfitri dari kami Sekeluarga.

Jom Follow Me