Assalamualaikum... Selamat Pagi!
Saya suka bersembang dengan En. Hubby tentang hal-hal isu semasa (sebenarnya saya tak minat sangat pun). En. Hubby ni bila buka bab isu semasa memang semangat waja!
Isu tu ada kaitan dengan entri saya hari ni yang dapat saya ulaskan secara ringkas, Fitnah akhir zaman.
Fitnah mengikut kamus dewan... leh klik kat sini ye. Itu maksud secara terusnya. Maksud secara selindungnya apa-apa je la yang dikobarkan kepada kita yang buat kita percaya kepada berita yang kita sendiri sebenarnya tak tau pun yang itu betul ke salah. Dan juga, bila kita tau kebenaran kita takut sebab nanti kehilangan kawan, kita akan mengiyakan kobar tu tadi walaupun kita dah tau kobar tu sebenarnya betul ke salah.
Please kawan-kawan, kita dah sampai ke penghujung zaman. Tolong la jangan menjebakkan diri dalam fitnah-fitnah akhir zaman ni. Kebenaran dan yang batil tu dah jelas hitam putihnya, awat la lagi kita nak pi taruh warna purple ke pink ke. Kita terima je bulat-bulat, yang salah tetap salah yang betul tetap betul.
Tapi dah tak tau yang mana satu salah atau yang mana satu betul...... Dok diam-diam kat situ, JANGAN BERGERAK! (intonasi ala-ala polis gitu).
Semoga kita terpelihara dari fitnah akhir zaman ini. Cuba renungi maksud ayat dalam Surah Al-Qalam yang menyebut tentang fitnah ini.
No comments:
Post a Comment