Assalamualaikum...Selamat Pagi!!
Sambungan cerita dari pengalaman jadi cikgu buat anak-anak saya, Kak Long Najwa 7 tahun dan nanti saya citerkan tentang pengalaman saya homeschooling anak saya yang no 2 Kak Ngah Najihah.
Tahun ni 2015, Kak Long Wawa dah darjah 1. Alhamdulillah dia dah cekap membaca, menulis dan mengira. Alhamdulillah, dia pun dah pandai baca teks berbahasa Inggeris. Kena bantu dia untuk membaca teks-teks bahasa Inggeris supaya dia membaca dengan lebih lancar dan memahami teks tersebut.
Menjadi cikgu kepada anak-anak sendiri lebih mencabar sebab dari pengalaman peribadi saya, saya kena buat ulangkaji di rumah sebelum saya proceed mengajarnya. Nak kena study silibus subjek-subjek tersebut. Dan saya tak tau teknik-teknik terkini pembelajaran budak-budak sekolah. Tapi, since dia masih darjah 1 dan saya full time housewife, elok jugak la saya jadi cikgunya. Seronok jugak 'belajar' semula ni selepas meninggalkannya berbelas tahun.
Semua subjek mencabar jugak bagi budak-budak darjah 1. Dari pemerhatian saya, Kak Long Najwa tak boleh absorb terlalu banyak pemahaman untuk konsep. Jadi saya galakkan dia untuk buat latihan tubi untuk membiasakan diri dia dengan soalan-soalan tersebut. Corak soalan lebih kurang sama sahaja tetapi ada trick yang terselit dalam setiap soalan, dan trick tu la Kak Long Wawa kena kuasai.
Itu citernya tentang Kak Long Wawa. Ni nak citer pasal Kak Ngah Najihah pulak. Tahun ni saya tak hantar dia ke mana-mana, jadi saya buat homeschooling saja. Matlamat dan motif saya nak bagi Kak Ngah Najihah kenal huruf, ingat dan boleh menulis semula huruf tu, at least ada la bentuk huruf dan nombor tu.
Antara aktiviti yang saya buat, banyaknya mewarna dan menconteng! Sekarang ni tengah nak biasakan dia menulis huruf. Untuk nombor, nombor 1 2 3 dan 7 dah pandai tulis dan dah kenal. Sekarang nak ajar huruf pulak. Setiap hari saya luang masa paling kurang setengah jam untuk pastikan dia menulis dan membaca (untuk mengenal huruf dan nombor).
Ni antara aktiviti yang saya buat untuk homeschooling (banyak lagi gambar takleh nak upload kat PC).
Cabaran? Memang la ada... nak ajar budak umur 4 tahun yang suka bermain dan suka hilang fokus tentu sekali mencabar! Sebab tu saya allocate masa at least setengah jam sehari. Masa tengah belajar mesti rasa mengantuk la, letih la, nak baring la, lenguh tangan la... macam-macam! Tapi memang best jadi cikgu kepada anak-anak sendiri.