Assalamualaikum... Selamat Pagi!!!
Perkongsian istimewa dari seorang kenalan yang tak dikenali....
Cerita ini asalnya dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Dato’
Roslan Ab Hamid. Dan ia mendapat perhatian ramai dengan menerima jumlah
like dan komen yang tinggi. Cerita ini memberi inspirasi kepada orang
ramai bagaimana mahu hidup dengan lebih bermakna di atas muka bumi ini.
Kami kongsikan kisah Lelaki Tuan Berkain Pelikat ini di bawah. Enjoy!
****
Saya jumpa lelaki tua ini. Selalu lepas Asar dia iktikaf di masjid.
Baca al Quran. Umur 70an. Duduk rumah dekat masjid.
Rumah agam besar dan menarik.
Hartanya disana sini, bangunan komesil tengah bandar. Milikan
RM35juta. Pendapatan pasif kutip sewa RM70,000 sebulan. Belanja
RM20,000. RM50,000 sedekah dan infaq.
Dia tenang bersendirian meladeni anak cucu.
Saya mahu ambil gambar. Dia menolak. katanya malu.
Saya minta formula. Dia berikan 15. Saya catat dan mahu kongsikan. Bolehkah saya kongsikan?
#1 – Pertama, dia kata muliakan ibu bapa. Doa ibubapa adalah segala
galanya. Ia tiada hijab terus termakbul. Raikan ibubapa. jaga mereka
sepanjang usia. Doakan mereka apabila telah tiada.
#2 – Jaga masa. Ia datang dan berakhir. Urus masa antara 5 waktu
solat. Atur kerja dengan sebaik cara. Pada setiap waktu ada perkara yang
kita mulakan. Ada di masjid sebelum azan. masuk waktu terus solat.
Selepas solat bertebaran berusaha cari rezeki.
#3 – Berdoa dengan khusyuk. Serah pada Allah. Tawakal. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita.
#4 – Namun begitu kena usaha. Usaha pagi petang siang malam. Usaha
sungguh sungguh. Usaha bermula dengan pasang niat. Lepas itu buat buat
buat. Sampai dapat. Tidak dapat, usaha lain pula. Masa buat baca al
Quran. Maka dia pun nasihatkan saya,
“Orang yang membaca surah Al-Ikhlas satu kali sama ganjarannya dengan
memperoleh ganjaran membaca sepertiga Al-Quran. Jadi jika membaca surat
Al-Ikhlas tiga kali mendapat ganjaran seperti membaca satu Al-Quran.
Rasulullah SAW pernah bertanya “Siapakah antara kamu yang dapat
khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah UmarAl Khattab r.a telah mengatakan
adalah mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
Ali Abi Talib r.a pun membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10
juzuk kitab Al-Quran. Apabila membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali
khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 juzuk Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”
Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al
Ikhlas. Kadang kadang sampai 1000 kali sehari. Dan tiap lepas asar masa
dia iktikaf dan baca Al Quran.
#5 – Jaga Kesihatan. Jaga kesihatan. jaga kesihatan. Banyak berjalan
kaki. Banyak. minum air masak atau air mineral. Jaga makanan.Kata lelaki
tua ini lagi:
#6 – Hidup kena buat target. Ada wawasan. Ikat perut. Usah membazir.
Mula dengan makanan. Makanan dan minuman mesti habiskan. Usah lagak
orang kaya, padahal kita teman pada syaitan. Sentiasa belanja orang.
Makan dikedai kecil. Perhatikan kebersihan kedai. Apabila bersih masuk.
Disitu kita temui ramai orang susah. Belanja mereka..
#7 – Waktu maghrib usah ada atas jalan. Apabila dalam perjalanan
berhenti. Cari masjid. Apabila dirumah, tutup pintu rapat rapat. Malam
buang sampah sarap. Basuh pinggan mangkuk. Pastikan semua teratur
sebelum tidur. Gunakan waktu antara maghrib dan isyak untuk tuntut ilmu
agama. Boleh dengar orang mengajar. Boleh juga baca kitab. Lepas Isyak
buat kira kira untung rugi. Siapkan bahan dan pakaian untuk kerja esok
hari.
#8 – Usah takut jumpa orang. Walaupun 5 minit mahu berjumpa. Pergi
sendiri. Usah pakai posmen apabila depani soal penting. Kita rangkak
panjat bangunan. Tunggu. Biarlah kita ambil masa berhari hari
perjalanan. yang penting sampaikan dengan tangan sendiri.Tenung mata dan
baca “ayat ayat pengasih”. Hehehe. (Nota tambahan: Surah Yusuf: Ayat 4)
#9 – Balik malam, usah cakap penat. Usah cakap letih. Usah cakap
sakit. Apabila sakit senyum. Allah sedang luruhkan dosa. Lepas sakit
kita lagi bertenaga. Siapakah dalam dunia yang tidak pernah rasa sakit.
Jatuh. dihina. Semua termasuk Rasulullah SAW. Namun, baginda ajar kita
maafkan semua orang.
#10 – Niat mahu kaya. Niat mahu bantu ramai orang. Niat mahu jadi
manusia berguna.Niat itu macam tulis surat. Dulu tiada internet, Macam
tulis surat la. Salah tulis alamat akan sampai salah tempatlah surat
itu. Maka tulis alamat betul betul. Niat mahu kaya, supaya kita dapat
bantu ramai lagi orang. Mahu membahagiakan ramai orang.
#11 – Mula berniaga, usah buat pinjaman. Cukup dengan apa yang ada
ditangan. Itu masa kita belajar. Berniaga ini seni. Kita sahaja tahu
maksud lakaran. Terbakar tangan biasa. Namun, dengan duit sedikit kita
tak rasa sangat panasnya. Usah samakan orang dengan kita. Mereka lain
tak serupa.
(Kedai mula mula di mulut sahaja.) Senyum mesra, mulut manis. Usah
sombong.sentiasa tegur dan sapa manusia. Kita berniaga dengan
manusia.Berniaga dengan siapa sahaja. Andai kata kita kaki surau.
Berniaga dengan orang surau tidak jadikan kita kaya. Berniaga dengan
semua orang walaupun dia haprak keparat. Yang penting tunai. Ada duit
kita cerita. Ada barang kita jual.
#12 – Modal kita adalah daya penarik yang pada diri kita. Daya
penarik adalah ciri yang ada dalam diri yang buat orang lain rasa senang
dengan kita. Cari ilmu tentang produk. Apabila orang tanya jawab dengan
lancar dan petah. Jelas. sebut satu demi satu. Usah ragu ragu dan
termanggu. Kongsi bukan jual. Ingat sentiasa kongsi dengan semangat
membara. Orang jatuh cinta dengan semangat kita.
#13 – Apa lagi..ahaaa..masa mula niaga biar mendalam dulu. Usah cepat
mahu melebar.Fahamkah apa pakcik cakap. Maksudnya biar berjaya satu
demi satu. Apabila mula guna modal sendiri, kemudian buat sungguh
sungguh sampai berjaya. Lepas dah nampak hasil, mula lebarkan. Masa itu
boleh la mahu buat pinjaman. Kita sudah ada ilmu bisnes.
***
(Cukuplah tu. Masa ni Lelaki Tua Berkain Pelikat sudah mahu berhenti.
Saya senyum peluk dia dan kata, “baharu ada 13 anak sungai di syurga.
Tambah sampai 20″. Saya buat contengan kata dia dalam kepala)
***
#14 – Kita kena buat promosi apa jua yang kita bisnes. Produk tak
boleh bercakap.Sejak bila pula lah produk boleh bercakap. Orang kena
tahu apa yang kita buat. Caranya buka bank emosi dengan setiap pelanggan
kita. Pelanggan yang puas hati datang lagi. Datang lagi. Sekarang pun
Pak Cik masih buat bisnes sikit sikit. Perumahan. Pak Ciik buat lima
rumah sekali siap. Siap baharu jual. Pak Cik buat cantik. Jual mahal.
Orang beratur mahu beli. Jual barang siap. Usah jual barang dalam laut
yang tidak tahu tersangkut pada pukat atau tidak. Tidak berkat begitu.
#15 – Apabila bisnes sudah maju, usah berlagak. Dahulu Pak Cik suka
gunting rambut kedai Nawi. Dia tanya “Bagaimana Pak Cik mahu gunting
rambut? Pak Cik jawab , “Dengan senyap senyap tapi cantik”. Anak
fahamkah apa Pak Cik cakap ni? Jawab saya, “Faham Pak Cik, saya juga
gunting rambut disitu sejak umur 15 tahun”. Hehehe. Maksudnya usah gosip
sana gosip sini, balun orang sana balun orang sini. Usah peduli rambut
atas kepala orang lain. Apa yang utama rambut kita tersisir rapi.Bijak
anak ni. Apa nama? Yesss. Dia sudah tanya nama saya. Maknanya saya sudah
dapat Mentor Lelaki Tua Berkain Pelikat.
#16 – Anak..ingat kita hidup sungguh sebentar, macam main bola
sahaja. 90 minit tamatlah permainan. Itulah lebih kurang bandingan hidup
didunia ini. Kita kejar bola. Cuba jaringkan gol. Apabila sampai tiupan
wisel, tahulah keputusan. Apabila malaikat maut datang jemput kita,
habislah kita. Ada dunia kekal abadi di sana. Usahlah kita berlagak
sombong masa berjalan atas bumi Tuhan ini.
Paku yang nampak tidak rapat ke papan, akan diketuk oleh Tuan Rumah.
Itulah perumpamaan hidupan. Rapat ke bumi. Sujud pada Tuhan.
Bacalah surah ar Rahman ayat 46, “Dan orang yang takut akan keadaan
dirinya di mahkamah Tuhannya (untuk dihitung amalnya), disediakan
baginya dua syurga”
#17 – Pak Cik bersyukur sampai ke tahap ini. Pak cik bersyukur.
Syukur itu tandanya apabila Pak Cik rasa tak layak terima, namun Allah
berikan juga. Pak Cik habiskan masa dalam waktu kecemasan ini dengan
memandang yang memberi nikmat bukan pada nikmatnya. Anakku bersyukurlah.
Masih punya masa mengatur tapak menjejaki orang hebat dalam agama.
Dunia ini tidak lebih dari sayap nyamuk sahaja. Usah letak dunia di
hati. Tetapi berusahalah supaya dunia dalam genggaman tangan kita. Pak
Cik pakai kereta besar, bukan untuk apa namun Pak Cik mahu menikmati apa
rasa sayap nyamuk itu. Kalau sayap nyamuk itu sudah rasa nikmatnya,
bayangkan nikmat di syurga.
#18 – Anak… Apabila mahu makan nasi, dapatkan beras. Cakap cakap dan
sembang sembang tidak hasilkan beras. Rajin usaha. sampai waktu solat.
Solat itu tiang agama. Usah terjerat dengan penyakit umat akhir zaman.
Mereka cintakan dunia. Takutkan mati. Hakikatnya mati itu pasti. Namun,
jangan kerana takutkan mati duduk atas masjid semata mata dan harapkan
hidangan turun dari langit.
Tidak boleh begitu. Cuba beri masa untuk semua perkara. Umur macam
Pak Cik sekarang, hari hari biasa, 6 jam tidur. 6 jam bekerja. 6 jam
duduk atas masjid. 6 jam bersama anak cucu cicit. Anak, ada Pak Cik
ingat, Nabi SAW sebut, “Peliharalah lidahmu, luaskan rumahmu dan
tangislah dosamu”. Cuba anak check siapa perawinya. (nota: Hadis riwayat
at Tirmizi)
#19 – Anakku kita bukan orang sufi. Mereka lain. Kita orang biasa,
“Apabila kemiskinan datang bertandang mengetuk di pintu, kasih sayang
segera terbang keluar ikut jendela. Saat itu sahabat dekat mula
menjauh, kesusahan bagaikan banjir besar menghanyutkan segalanya pergi
dan ianya hanya kembali apabila kita kaya semula”
Rajinlah berusaha. Wang bukan segala galanya. Namun banyak perkara
dalam dunia sekarang perlukan wang anakku. Wang bukan raja. Wang adalah
hamba perkasa yang memudahkan banyak perkara. ramai orang sedikit
sedikit sebut Tuhan, pada hal hati mereka bersimpang simpang.
#20 – Cuba sedaya upaya supaya ada wuduk pada tubuh kita. Ianya
adalah cara terbaik cucikan diri. Cuba mandi setiap kali sebelum masuk
waktu. Tidak dapat kerana banyak masa di pejabat, mandi 3 kali sehari.
Sebelum subuh, sebelum maghrib dan sebelum isya’. InsyaAllah kita rasa
bersih dan tenang dari segi luaran. Sewaktu berdiri mahu solat, rasakan
ketakutan luar biasa. Kita sedang menghadap Allah Raja dan Tuan kepada
segala Raja.
No comments:
Post a Comment