Assalamualaikum
Apa kabar anda semua hari ni??
Saya rasa hari ni adalah hari yg sangat luar biasa dari hari-hari yg lain. Kenapa?? Kerana hari ni ada info yang sangat menarik dan sangat2 penting untuk saya sampaikan kepada semua ibu2 yang sedang merancang kehamilan dan juga kepada ibu2 yang sedang hamil, tak kisahlah anak yang ke berapa pun.
Ada tak baca paper utusan pada hari Selasa yang lepas iaitu 8 Mei 2012??
Takde?? Alamak... ruginya... sebab dalam paper aritu ada perkara penting untuk pengetahuan ibu2, terutamanya yang sedang hamil!!
Tapi takpe, saya akan kongsikan kepada anda hari ni.
Satu persoalan hari ini, adakah anda tahu apa itu probiotik?? Tahukah ibu2 sekalian kepentingan probiotik ketika anda hamil? Saya pun tak tau, tapi bila baca artikel kat paper tu baru saya tau.
Antara kebaikan dan manfaat probiotik ialah
"Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti
Kebangsaan Malaysia, Dr. Natasha Ain Mohd. Nor, ibu-ibu mengandung
digalakkan mengambil pemakanan yang mengandungi probiotik seperti tempe,
yogurt, minuman berkultur, miso dan sesetengah minuman jus atau soya.
Ini kerana ulas Dr. Natasha, golongan itu sering menghadapi pelbagai
masalah kesihatan seperti sembelit, pedih hulu hati, keputihan, kencing
tidak lawas dan sebagainya.
Dengan adanya ‘bantuan’ daripada pengambilan makanan-makanan yang
mengandungi probiotik, ia dapat membantu mengurangkan masalah tersebut
dengan penambahan bakteria baik di dalam usus.
Ia juga dapat mengekal dan meningkatkan kesihatan ibu-ibu mengandung
dan anak yang dikandung kerana lazimnya daya tahan wanita semasa
mengandung akan menurun."
Jadi apa sebenarnya probiotik ini?
"Probiotik ialah bakteria baik yang terdapat pada dinding usus untuk menjadikan badan kuat dan sihat.
Ia menggalakkan kesihatan yang baik, menghasilkan keseimbangan dalam
ekosistem usus dan membantu sistem penghadaman berfungsi dengan baik.
Malah sistem ketahanan badan yang baik diperlukan bagi menjaga kesihatan.
Di sinilah probiotik atau ‘bakteria baik’ dalam usus dilihat memainkan peranan penting bagi memperkuatkan lagi sistem imun.
Menurut Dr. Natasha banyak kajian klinikal telah dilakukan mengenai
makanan tambahan probiotik. Salah satunya oleh seorang profesor dalam
bidang perubatan kanak-kanak dari Universiti Turku, Finland, Dr. Erika
Isolauri.
- Kajian yang dilakukan oleh Dr. Isolauri baru-baru ini telah menemui fungsi terbaru probiotik di mana ia mungkin memainkan peranan penting untuk mengawal paras gula dan juga berat badan bagi ibu-ibu mengandung.
Ini bermakna probiotik mampu mengawal kencing manis dan berat badan wanita ketika hamil dan selepas bersalin."
Wow!! Terlalu banyak manfaat dan kepentingan probiotik ini ye. Apa pulak kesannya kalu ibu-ibu mengandung ni kekurangan probiotik?
"Kekurangan probiotik juga menyebabkan sistem ketahanan badan tidak
berkembang dengan baik. Ini boleh membawa kepada gangguan sistem
ketahanan, gejala alahan dan obesiti."
Untuk bacaan lanjut artikel BAKTERIA BAIK UNTUK IBU HAMIL.
Jadinya, preggy mommies sekalian adakah anda perlu tanya pada diri sama ada anda perlukan atau tidak probiotik ini? Jawapannya, tak perlu kerana setiap ibu-ibu yang mengandung perlu mengamalkan pemakanan sihat bukan untuk diri sendiri sahaja tetapi untuk bayi yang kita kandung itu yang paling penting. Dialah yang sangat memerlukan khasiat dan kebaikan nutrisi dari apa yang kita makan.
Persoalan kedua? Macam mana nak dapatkan probiotik??
Jangan susah hati, anda tak perlu risau dan tak perlu pening kepala memikirkan makanan apa yang mengandungi probiotik terbaik dan terbanyak. Ini kerana saya dah pun mengamalkan pemakanan suplemen yang mengandungi probiotik ini iaitu PROBYO.
Untuk keterangan lanjut tentang bagaimana cara mendapatkan probiotik sila ke blog kedua saya iaitu Ibu Ilyanie's Health and Beauty Cottage.
Next entry saya akan kongsikan kepada ibu-ibu mengandung tentang bahaya dan kesan anemia (kurang darah) akibat dari kekurangan zat besi dalam badan.
No comments:
Post a Comment