Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Wednesday, March 7, 2018

#30: Favorite Song

Assalamualaikum...selamat pagi!

Sejak dari bulan Ramadhan tahun 2017, kakyung dah mula berjinak-jinak membuka pintu hati untuk mendekatkan diri dengan Al-Quran. Alhamdulillah setelah mula membaca semula Al-Quran sejak 2014, tahun lepas dapat khatam Al-Quran tak ingat dah kali ke berapa.

Sebelum ni memang biasa buka Al-Quran dan baca. Tapi masa Ramadhan tahun lepas ada niatkan di hati untuk mendalami bacaan Al-Quran. Secara tak langsung semakin hari semakin jatuh cinta untuk mendengar alunan ayat-ayat suci Al-Quran.

Kakyung membesar bukan di kalangan keluarga alim ulama'. Ilmu agama kakyung dapat pendedahan dari sekolah baik sekolah agama atau sekolah kebangsaan. Jadi dengan hidayah Allah jugalah yang menyebabkan kecintaaan terhadap Al-Quran tu mula berputik di usia menginjak ke siri 40.

Sekarang ni kakyung dah mula berjinak-jinak dengan mendalami maksud ayat-ayat suci Al-Quran. Dan dah pasang niat nak menghafal surah-surah dalam Juz 'Amma. Doakan agar dipermudahkan...aamiin.

Jom sama-sama mencintai Al-Quran!


Firman Allah SWT:
Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me