Assalamualaikum... selamat pagi!
Apa kabar hari ni? Saya alhamdulillah sihat. Hari ni kat ipoh hujan lebat, syok ooo dapat tarik selimut kan... hikhikhik. By the way, meneruskan cabaran hari ni saya kena menulis ikut tajuk tu. Setiap orang pun ada impian, harapan, cita-cita dan matlamat hidup. Hmmm... mana satu saya nak mulakan dulu ye.
Macam ni la.. impian besar saya ialah saya nak sihat dan cantik sampai ke tua, aamiin In shaa Allah..
Suka tengok orang-orang tua yang berbangsa Cina dan Mat Salleh. Dah tua pun masih aktif buat macam-macam aktiviti. In shaa Allah saya pun nak macam tu.
Bila dah capai usia retirement, saya nak terus aktif dan impian saya, saya nak mulakan aktiviti kemasyarakatan. Jadi volunteer kat rumah anak yatim. Mula nak berkhidmat untuk masyarakat, masa ni anak-anak dah membesar dan sedang membina kehidupan mereka sendiri. In shaa Allah semua ni perancangan saya, semoga Allah mempermudahkan aamiin..
Aamin.. In shaa Allah mudahan nnti tcapai impian tu.. Impian murni..semestinya akan dipermudahkan
ReplyDeleteaamiin in shaa Allah.. :D
Delete