Assalamualaikum... Selamat Pagi!
Tajuk asal entri #17 ni saya ubah sebab saya memang takkan buat macam tajuk yang diminta tu.
Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan siapa diri saya sekarang. Hidup saya sederhana dalam semua segi. Dari segi diri sendiri saya pernah la, mengaku la kan sebelum ni tak suka, benci, menyampah dengan diri sendiri. Buktinya tak selalu suka tengok cermin. Bila tengok cermin nampak keadaan diri rasa sedih dan benci. Itu dulu..... dulukala la... masa zaman jahiliah dulu.
Alhamdulillah... sekarang bila tengok cermin saya mampu tersenyum pada diri sendiri dan selalu mengucapkan kata-kata positif pada diri sendiri. Mampu untuk melihat ke dalam mata diri sendiri.
Kalau kawan-kawan nak tau, salah satu punca hidup kita dibelenggu nasib malang adalah kerana kita belum menerima diri kita 100% segala keburukan dan kebaikan. Cuba berdiri di hadapan cermin dan tenung mata kita sendiri sedalam-dalamnya. Lihat apa reaksi kita, secara fizikal dan secara rohani (apa kata hati).
Alhamdulillah hidup saya sederhana dari segi kewangan. Masih ada tempat tidur yang selesa, masih makan walau adakala tak ikut selera tekak, masih boleh ke sana ke mari dengan mudah.
Alhamdulillah saya di kelilingi oleh orang yang sentiasa sayangkan saya dan sentiasa melindungi saya.
Kita adalah diri kita. Apa yang berlaku dalam kehidupan kita adalah atas pilihan kita sendiri. Takde yang menjadi punca sebenar melainkan asbab untuk kita meneruskan hidup di dunia yang fana ni. Jangan kata sebab mak la saya jadi macam ni, sebab awak la saya tak dapat buat ni... No no no no..
Kaji selidik balik, asalnya adalah dari kita sendiri. Pilihan yang kita buat Baik atau Tidak Baik. Dan selebihnya adalah ujian dari Allah untuk kita sebab bila kita ditimpa ujian baru kita kerapkali menyebut namaNya dan itu yang Dia suka.
Bersyukurlah dengan apa yang ada pada diri kita kurang atau lebih sebab itu adalah pinjaman dari Allah. Semua pun bukan kita punya.
Alhamdulillah... Thank you Allah!