Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Tuesday, April 1, 2014

Entri tanpa tajuk.....

Assalamualaikum.... Selamat Pagi...

Entri saya hari ni entri tanpa tajuk....


 Air mata yang menitis hari ni mengekspresikan perasaan saya yang sebenar....

Sedih...

Terharu...

Gembira...

Bersyukur...

Bercampur aduk kesemuanya sekali....

Saya tak tahu nak mulakan dari mana.

Takziah diucapkan buat suami dan seluruh ahli keluarga Ami Schaheera yang telah kembali ke rahmatullah pada 26 Mac 2014.


http://www.amischaheera.com/

 Credit picca from Ami's web.

 Semakin meningkat usia semakin buat saya belajar tentang erti sebenar kehidupan. Saya tak kenal siapa orangnya pemilik nama Ami ini, tetapi berita yang saya terima betul membuat saya terkesan. Saya hanya mengikuti dari sebalik tabir web beliau tentang minat dan dunia fashion beliau. Sekadar suka-suka. Saya agak terkejut apabila mengetahui yang beliau adalah seorang pesakit leukimia. Sangat terkejut!! Kerana dalam setiap gambar yang diselitkan di dalam web atau mana-mana saja tidak menampakkan beliau seorang pesakit!!

Dalam perjalanan hidup kita setiap peristiwa yang berlaku perlu kita ambil iktibar dan hikmah yang tersembunyi perlu dicari. Pemergian Ami, kejadian MH 370, pengalaman hidup peribadi saya sendiri memberikan impak besar dalam hidup saya yang menjadikan saya seorang individu yang sangat berbeza.

Jika sebelum ini, saya melihat hidup dari perspektif yang kecil kini perspektif saya tentang kehidupan penuh warna-warni.

Satu yang ingin saya kongsikan kepada anda

Redha

Bersabar

dan Bersyukur.

Oh ya satu lagi....

teruskan 



Al fatihah....




"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." "

2 comments:

  1. Hidup ni sgkt sgt. Kita pn x tau bila ajal bakal menjemput kita kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sal ya, kerana itu kita kena lebih menghargai dan bersyukur... :D

      Delete

Jom Follow Me