Kita bersama

Daisypath Anniversary tickers

Nur Ilyanie Najwa

Lilypie Kids Birthday tickers

Nur Ilyanie Najihah

Lilypie Kids Birthday tickers

Follow Me

Friday, January 3, 2014

SELAMAT TAHUN BARU 2014

Assalamualaikum... Selamat Pagi!!

Hari ni hari ketiga dalam tahun 2014. How is your in this early new year? Semua orang nakkan yang terbaik! Insya Allah... Amin... Alhamdulillah..

Biar bagaimanapun keadaannya jangan lupa mengucapkan syukur dan terus tersenyum. Semuanya bermula dan kembali kepada asalnya!

Alhamdulillah untuk saya...perjalanan persekolahan kaklong Najwa dah masuk tahun yang ketiga, dan kali ni dia di tempatkan di sekolah baru, persekitaran baru, cikgu baru dan kawan-kawan baru. Dia dapat menyesuaikan diri cuma ada bercerita tentang seorang rakan sekelasnya yang bernama Iskandar. Apa yang melucukan dia menjelaskan tentang rakannya ini dengan satu ayat, "Otak dia lain...". Bila saya bertanya supaya dia menjelaskan lebih lanjut, katanya kawannya itu ada mencubitnya. Entahlah macam mana keadaannya yang sebenar...

Tentang si kak ngah najihah. Tahun ni dia direhatkan dari menghadiri sesi persekolahan, atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Kesian juga melihatnya begitu bersungguh-sungguh bersiap seperti kakaknya, dengan beg sekolah tapi alih-alih lepas hantar kak long najwa, dia balik ke rumah. Saya aturkan masa lebih kurang dua jam untuk aktiviti homeschooling dengan tema saya sendiri. Setakat 2 hari persekolahan ni nampaknya ada la idea untuk pengisian baginya.

Itu tentang anak-anak. Tentang saya, alhamdulillah kehadiran tahun baru bawa sinar harapan baru dalam hidup saya. Saya berharap agar saya tetap istiqamah untuk melaksanakan satu persatu agenda tahun 2014. Harapnya begitu juga buat anda, Amin....




No comments:

Post a Comment

Jom Follow Me